Pembukaan Ramadan membawa berita sedih buat pelakon Faralyna Idris apabila disahkan mengalami keguguran ketika kandungan berusia empat bulan. Berkongsi mengenai keguguran tersebut, Faralyna memberitahu dia tetap bersyukur kerana Allah memberi rezeki bayi lelaki untuk dia dan suami biarpun hanya sekejap sahaja.
"Dari awal tahun, ramai tegur dan tanya mana bonda. Kenapa lama tak update IG. Mana IGStory bonda. Inilah sebabnya. Alhamdulillah diberi lagi rezeki untuk mengandung kali ketiga. "Selama mengandungkan yang teristimewa ni, bonda dengan phone bertukar status, jadi love-hate relationship, sorry. Namun, sekali pun Dia (Allah) beri rezeki, bila-bila masa juga Dia boleh ambil kembali.
"Tiada rezeki bonda ayah untuk peluk cium dia, tapi rezeki kami merasa gembira dan teruja bila tahu, kami akan dapat baby boy!" kongsi Faralyna.
|
kakakgarang replied at 13-4-2021 02:09 PM
jap dia ni ke dulu bercinta dgn kekrul? pastu putus kekrul pilih keknis kan... huhu
sukacactus replied at 13-4-2021 04:38 PM
Masa kekrul masuk fear factor masih dgn faralyna ni
Tp masa kat situ dpt phone no keknis dr jehan m ...
misssakura replied at 13-4-2021 05:44 PM
kurang ajarnya kekrul tu. rasanya lama jugak theyol kapel. bukan faralyna ni ke yang bawak kekrul ...
ADVERTISEMENT