Gara-gara kebosanan, empat remaja perempuan di Pennsylvania, Amerika Syarikat membuat kerja gila dengan membakar sebuah rumah. Mereka didakwa membakar rumah tidak berpenghuni di Pennsylvania sebelum memuat naik rakaman kebakaran itu di Snapchat.
Memetik New York Post, polis menggunakan hantaran di media sosial itu bagi mengenal pasti suspek sebelum menahan empat remaja berusia antara 12 hingga 14 tahun. Mereka didakwa melakukan perbuatan itu pada 3 April lalu di sebuah rumah jenis duplex di Ferndale. Ketua Polis Ferndale, John Blake berkata, remaja perempuan itu membuat pengakuan mereka membakar rumah itu kerana kebosanan. Katanya, mereka menggunakan beberapa penyembur aerosol termasuk untuk serangga dan lysol untuk menyalakan api. Sementara itu laporan menyebut, seorang pegawai polis dan bomba mengalami kecederaan ringan semasa memadamkan kebakaran itu.
Remaja berkenaan didakwa melakukan pembakaran, menyebabkan malapetaka, menceroboh dan membahayakan orang lain. Mereka dibebaskan dan perbicaraan kes mereka akan berlangsung di mahkamah juvana di Cambria. Sumber: Harian Metro
|
Nana_Man replied at 14-4-2021 12:15 AM
Bagi covid virus kt budak2 tu bagus. Biar tak bosan.
BoongaKertas replied at 14-4-2021 08:19 AM
legit cadangan ni. hahahah! tp kang bosan2, dia bantai batuk dpn nurse or doc plak sbb bosan dok i ...
Nana_Man replied at 14-4-2021 12:46 AM
Hahaha.. bakar je lah budak2 tu... biar kojol cepat.
BoongaKertas replied at 14-4-2021 08:51 AM
agree, kecil2 dah mental mcm ni. besar nnti taktaulah mcm mana
BoongaKertas replied at 14-4-2021 08:51 AM
agree, kecil2 dah mental mcm ni. besar nnti taktaulah mcm mana
DayangKirana replied at 14-4-2021 12:11 AM
sesaje membakar sebab bosan?
bahaya ni.. ade ciri2 pyromaniac..
ADVERTISEMENT