Datuk Awie, 52, baru sahaja menimang anak keenamnya pada 18 Januari lalu. Isteri Awie iaitu Datin Sharifah Ladyana Syed Samsuddin, 34, selamat melahirkan cahaya mata lelaki di pusat perubatan swasta KPJ Ampang Puteri, Selangor.
Memetik laporan mStar, Awie ketika ditemui berkata, dikurniakan cahaya mata pada usia 52 tahun adalah anugerah dan rezeki yang tidak terbanding. Awie bagaimanapun tidak membawa bayi lelakinya, Andeeka keluar sebagai langkah berjaga-jaga kerana risau dengan wabak Covid-19. Malah, Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman turut meletakkan anaknya yang berusia tiga bulan di dalam bilik jika ada tetamu datang ke rumahnya. Baguslah Awie. Usaha membudayakan norma baharu merupakan tugas dan tanggungjawab setiap masyarakat. Mencegah lebih baik dari mengubati. - CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|