CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

4 Ditahan Kes Lelaki Dipukul Majikan Kerana Berpuasa

15-4-2021 04:42 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 17357| Komen: 112

Polis menahan empat individu dipercayai terbabit dalam kejadian dua lelaki dipukul di belakang badan dengan rotan oleh majikannya seperti tular di media sosial.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, pihaknya menerima satu laporan berhubung kejadian itu.



Kredit foto: Harian Metro

"Kes disiasat mengikut seksyen 324 Kanun Keseksaan, 506 Kanun Keseksaan dan 298 Kanun Keseksaan.

"Semua suspek akan direman di Mahkamah Klang esok (Khamis)," katanya dalam kenyataan, malam tadi.

Beliau berkata, siasatan awal polis mendapati kejadian berlaku ketika lelaki berkenaan berada di rumah majikannya di Bukit Tinggi.

Katanya, kejadian dipercayai berpunca daripada majikan memarahi mangsa kerana berpuasa dan lelaki itu juga mengambil pistol yang berada di pinggang seorang daripada dua mangsa dan mengacukan ke arahnya dan mengeluarkan ugutan yang menghina agama.


"Bagaimanapun, Polis Klang Selatan ingin menegaskan bahawa kes ini tidak membabitkan sebarang isu perkauman.

"Masyarakat atau mana-mana individu dinasihatkan agar tidak menyalahgunakan media sosial dengan berkongsi sebarang provokasi yang boleh menyentuh sensitiviti perkauman sehingga menjejaskan keharmonian kaum.

"Tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana individu yang bertindak di luar batasan undang- undang," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah mengesahkan ahli perniagaan antara empat individu ditahan berkaitan kes itu.

Katanya, lelaki berusia 43 tahun itu ditahan 8.20 malam tadi di ibu kota hasil risikan polis susulan laporan dibuat mangsa.

"Ya suspek sudah ditahan malam tadi dan akan direman pagi esok (Khamis) untuk siasatan lanjut," katanya ketika dihubungi.


Sumber: Harian Metro

Bagus
2

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pyropura 15-4-2021 04:46 AM
Kalau bende ni berlaku zaman PH, lunyai lah Mujahid kena lahar dituduh bekap Cina Dapig. Penuh lah Padang Merbok lobai2 buat demo sambil teriak islam terancam  
Quote tuttt 15-4-2021 04:49 AM
Bos depa ni kongsi gelap ke. Hanat sungguh perangai
Quote Kurex 15-4-2021 05:31 AM
Leluhur........... .
Quote sarahmirza 15-4-2021 05:43 AM
Siap ada pistol bagai..... Mesti geng jahat.
Geng jahat puasa, geng jahat dipukul majikan...
Cuba join geng surau... Samada diterima secara terbuka atau dapat sindiran "bulan puasa baru jumpa jalan surau/masjid ye". . Boleh tahan puaka juga mulut sesetengah geng surau..
Quote jalfa 15-4-2021 05:46 AM
Nampak rambut sepesen..mmg kurang ajar lah...kongsi gelap dah betobat dibulan ramdan...tapi tgk kesan birat tu kalo iols separuh nyawa melayang tu
Quote blythes 15-4-2021 05:53 AM
Kecoh kat whatsapp groups my husband. Dia cakap bodyguard kena pukul dengan bos. Bihtu apa yang heboh sangat? Ropanya cina vs melayu
Quote zidane_ziege 15-4-2021 05:55 AM
Isele masih terancam..kita kena kekalkan pemerintahan lobai
Quote helicornia 15-4-2021 05:57 AM
baca repot polis bos cina tu ckp lu puasa sapa bayar gaji lu?saya bayar ke Allah bayar? celaka betul! menyirap baca
Quote Carcosa 15-4-2021 05:58 AM
Baru nak ckp, ehh badan bolehla 40% katang. Kok kena libas? Rupanya boss nya org besau2 gengster.
Alahhh, senyap punyalah case ni. Tgklah. Sogok atas, sogok bawah. Settle. Masyarakat pun lupaaa.
Utk abg 40% berdua, eloklah menyorok lps ni. Takut si gengster buat apa2 lps tu.
Quote cap_ayam 15-4-2021 06:08 AM
Inspirasi dari kisah Bilal bin Rabah?

Quote RED 666 15-4-2021 06:20 AM
kurang ajar, pegi mampos je la org rasis mcm ni
Quote sarah82 15-4-2021 06:35 AM
Teruk berbiarat belakang.. Guna apa?
Quote sukacactus 15-4-2021 06:39 AM
Gangster pun nak posa tau, sampai kena2 pukul lg
Yg sengaja tgl posa tu aku xtau la nak kata apa
Quote MissYouSayang 15-4-2021 06:48 AM
pyropura replied at 15-4-2021 04:46 AM
Kalau bende ni berlaku zaman PH, lunyai lah Mujahid kena lahar dituduh bekap Cina Dapig. Penuh lah P ...

Ko nak ckp ketua pembangkang zmn ph tu reti buat kerja kan.louder siz louder .hahahaha
Quote lampor 15-4-2021 06:54 AM
Hannah yeoh kata cina2 malaysia tertindas katanya.... Elok la x yah bagi peluang dah kat cina2 dap ni... Zahid je yg bodo nk kerjasama dgn dap... Dasar caprut
Quote Decaffeinated 15-4-2021 07:15 AM
Diorang ni memang dah ditrain tak melawan bos. Libas pun tadah ja. Kalau lawan terus extreme tembak. Apa2 pun pistol kena amik dulu.

Jangan guna puasa alasan tak boleh buat kerja. Kalau kerana puasa sampai tak boleh buat kerja bukan ka ada kelonggaran.
Quote Simunggu 15-4-2021 07:22 AM
hukum buang negara balik negara asal...
Quote dodolgemok 15-4-2021 07:41 AM
Bodoh laknat mmg kena la tahan, harap dijel smpai mampos! Ingat negara ni lu punya ka apek gangster?? Apek2 bodoh sebegini yg buat org meluat kat bangsa lu!
Quote dodolgemok 15-4-2021 07:42 AM
pyropura replied at 15-4-2021 04:46 AM
Kalau bende ni berlaku zaman PH, lunyai lah Mujahid kena lahar dituduh bekap Cina Dapig. Penuh lah P ...

Yg ni dodol setuju. Habis dituduhnya mujahat komunis blablabla. Sekarang ni aman2 jah menteri ugama naik jet gi saudi

Lihat semua komen(112)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 04:49 PM GMT+8 , Processed in 0.085531 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top