CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Suami Isteri Parah, Kereta Bertembung Kenderaan Lawan Arus

15-4-2021 11:57 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2575| Komen: 5

Butterworth: Suami isteri parah selepas kenderaan dinaiki tiga beranak bertembung dengan kereta yang dipandu secara melawan arus di Kilometer (KM) 13.0 Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (LLB) arah Bagan Ajam, di sini, malam tadi.


Dalam kejadian 8.20 malam itu, Yong Kee Seong, 35, yang memandu Toyota Corola Atlis yang membawa isteri berusia 31 tahun dan anaknya berusia tiga tahun dikejutkan dengan insiden berkenaan.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, siasatan di lokasi mendapati kemalangan itu membabitkan tiga kenderaan iaitu dua kereta dan motosikal.


Foto: Harian Metro

"Insiden bermula apabila Honda City dipandu lelaki berusia 43 tahun dipercayai memandu secara melawan arus dari arah Bagan Ajam menghala Sungai Dua.


"Pada masa sama, datang sebuah motosikal ditunggang lelaki berusia 24 tahun yang membawa pembonceng berusia 28 tahun sebelum bergesel dengan kereta yang memandu arus terbabit yang kemudiannya melanggar kereta yang dinaiki tiga beranak itu," katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.

Jelasnya, dalam kejadian itu penunggang dan pembonceng motosikal tidak mengalami sebarang kecederaan.

"Pemandu dan penumpang Toyota Corola Atlis iaitu Yong dan isterinya parah, manakala anak mereka tidak mengalami kecederaan. Pemandu Honda City pula tidak sedarkan diri.

"Kesemua mereka dibawa Hospital Seberang Jaya bagi mendapatkan rawatan lanjut.

"Sehingga kini, punca pemandu itu bertindak memandu melawan arus masih belum dapat dipastikan memandangkan dia masih tidak sedarkan diri," katanya.

Noorzainy berkata, orang awam yang menyaksikan kejadian itu diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Nur Syafinaz Abd Aziz di talian 018-2881424 atau tampil di balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote koko2 15-4-2021 12:00 PM
chinkies vs chinkong kah?
Quote MissVixen 15-4-2021 12:48 PM
Kenapa suka sangat pandu lawan arus. Celaka sangat. Tak reti nak uturn ikut simpang lain ke? Haritu pun aku baru nampak avanza nak reverse terlepas simpang. Dah la dia duduk lorong paling kanan. Selfish betul. Pergi ke depan dulu, ikut jalan lain.
Quote FanTasyCreaTioN 15-4-2021 01:00 PM
Thread awal dah ada...
https://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=1247210


@CARI-MRO  Mohon tolong mergekan ...
Terimakasih



Quote CiliPadiSedap 15-4-2021 01:07 PM
Selipar lofa tu cantik persis sandal bata
Quote freakazoid 16-4-2021 12:37 AM
batalkan je lesen orang yg suka lawan arus ni.

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 11:02 PM GMT+8 , Processed in 0.046486 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top