CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Tak Terfikir Jadi Popular, Iman Troye Terhutang Budi Dengan Cikgu

15-4-2021 01:11 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 12284| Komen: 64

Jauh di sudut hati, bakat baharu, Iman Troye, 19, tidak pernah terfikir bergelar seorang penyanyi, apatah lagi, meraih populariti sekelip mata.

Namun, siapa sangka, pertaruhan Iman menerusi single pertama berjudul Teman ciptaan Ezra Kong membawa nama Iman terbang tinggi hingga menjadi pujaan ramai. Dalam tempoh lima bulan, single Teman mencecah 34 juta tontonan di saluran YouTube.

Bukan sekadar mempertaruhkan bakat besar dalam dunia nyanyian, malah wajah comel Iman atau nama sebenarnya, Siti Nur Alyssa Sahabudin turut menjadi dambaan lelaki. Gelagatnya dalam video aplikasi TikTok membuatkan ramai peminat lelaki cair dengannya.

Sebelum bergelar penyanyi, Iman yang juga selebriti media sosial berjaya menarik perhatian ramai dengan 'challenge' tarian yang dihasilkan dalam TikTok.


Foto: IG


Tanpa berselindung, Iman mengakui, dia terhutang budi kepada guru sekolah yang dipanggil Cikgu Joe kerana mempercayai bakatnya.

Sebelum itu, katanya, dia tidak pernah terdetik mahu menjadi penyanyi, namun Cikgu Joe yakin dengan kemampuan untuk pergi jauh dalam bidang seni. Malah, atas saranan gurunya itu juga dirinya mencuba nasib dalam program I Can See Your Voice, dua tahun lalu.

"Saya akui aktif menyertai kelab muzik seperti gamelan, koir dan tarian ketika di bangku sekolah. Saya pernah menyertai Pak Ngah Productions dan Akar Budaya.

"Cikgu Joe beritahu saya boleh pergi jauh sebagai penyanyi, tetapi saya tidak yakin. Bagi saya, setakat menyanyi koir memang boleh, tetapi tidak sebagai penyanyi solo.

"Namun, Cikgu Joe tetap berkeras dan membawa saya menyertai pelbagai pertandingan. Nyata, apa yang Cikgu Joe katakan benar apabila saya berjaya muncul juara. Malah, Cikgu Joe juga mendorong saya menyertai program I Can See Your Voice. Beliau sanggup menghantar saya ke sesi uji bakat," katanya kepada BH Online.


"Jika tidak kerana semangat yang ditiupkan, mungkin saya tidak akan berada pada tahap hari ini. Namun, saya sentiasa ingat pesan Cikgu Joe dan Mama supaya menghargai apa yang dikecapi.

"Ini kerana peluang tidak selalu datang bergolek depan mata. Kejayaan ini bukanlah usaha saya seorang, tetapi merekalah menjadi tulang belakang saya," kata Iman.

Penuntut tahun pertama Diploma Seni Muzik, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam itu berkata, meraih populariti sekelip mata menjadi dambaan setiap artis baharu, namun, perasaan bimbang tetap menguasai diri dalam keterujaan.



Bukan tidak gembira dengan pencapaian single Teman memperoleh 34 juta tontonan dalam YouTube, malah kehadirannya juga mula diperkatakan ramai. Namun, harapan tinggi diletakkan peminat untuk single akan datang menjadi kebimbangannya.

Anak jati Kuala Lumpur itu berkata, tekanan sudahpun dirasakan apabila bersama Ezra menyiapkan single terbaharu.

Akuinya, dia menjadi cukup cerewet apabila memilih single baharu untuk dirakamkan.


"Secara jujur, terlalu banyak rezeki dikurniakan dalam tempoh singkat. Saya bersyukur, malah saya tidak menyangka segala-galanya berlaku dengan terlalu cepat.

"Saya akui, bukan semua penyanyi baharu bernasib baik seperti saya. Ada penyanyi terpaksa melakukan pelbagai gimik untuk dikenali. Ada pula tidak berputus asa mencuba single demi single untuk diterima peminat. Jadi, saya tidak boleh mempersia-siakan peluang keemasan ini.

"Disebabkan itu juga, saya menjadi terlalu cerewet ketika proses pemilihan single kedua. Saya bernasib baik syarikat pengurusan dan Ezra memahami kemahuan saya demi peminat.

"Saya yakin peminat meletakkan harapan tinggi untuk single kedua, jadi saya tidak mahu mengecewakan mereka," ujar gadis yang mula menyanyi lagu saduran dalam Instagram (IG) sejak berusia 16 tahun.



Anak bongsu daripada tiga beradik itu berkata, itu bukanlah bermakna dirinya 'besar kepala' dan membelakangkan syarikat pengurusan serta pencipta lagu dalam membuat keputusan. Sebaliknya, apa sahaja keputusan yang diambil mengambil kira suara ramai.

Minggu lalu, single kedua yang mempertaruhkan lagu raya berjudul Pejam Celik Hari Raya dilancarkan. Sebelum dilancarkan secara rasmi, single berkenaan sudah pun berjaya meraih perhatian peminat.

Malah, menerusi aplikasi TikTok, cabaran #pejamcelikraya yang dimulakan oleh Iman sudah pun meraih perhatian 1.9 juta pengguna laman itu.

Iman berkata, media sosial memainkan peranan besar terhadap kerjaya seninya. Meskipun agak kecewa tidak boleh mengadakan persembahan secara terbuka ekoran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), namun media sosial menjadi ruang promosi yang cukup efektif.




"Bohonglah jika saya katakan tidak terkilan apabila PKP dilaksanakan. Ini kerana saya tidak dapat membuat persembahan secara terbuka di hadapan peminat.

"Ketika PKP dilaksanakan, single Teman baru dilancarkan, jadi saya tidak sempat mempromosikan lagu ini dalam persembahan terbuka.

"Namun, saya bernasib baik kerana platform media sosial banyak membantu. Saya hanya mempromosikan lagu baharu di semua platform yang ada. Alhamdulillah, cara ini memang berkesan dalam tempoh pandemik ini," katanya.

Mengulas pertanyaan bergelar seorang pelakon, Iman berkata, buat masa ini, dia hanya ingin memberikan tumpuan kepada kerjaya nyanyian terlebih dahulu.

Akuinya, jadual sebagai seorang penyanyi agak padat, apatah lagi, perlu membahagikan masa dengan pengajian.

Justeru, Iman berkata, dia berasakan ini bukan masa sesuai untuknya mencuba bidang lain.



"Saya terpaksa tolak ketepi dahulu bidang lakonan kerana ingin memberikan fokus pada nyanyian. Banyak lagi perkara dan selok belok dalam bidang nyanyian yang perlu diterokai.

"Saya juga bakal muncul dengan single ketiga selepas Aidilfitri berjudul Yang Terbaik Daripada Teman.

"Syarikat rakaman juga merancang menghasilkan mini album, jadi saya terpaksa lupakan perkara lain. Saya takut tidak mampu membahagikan masa, apatah lagi, saya bergelar seorang pelajar," katanya yang meminati penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza, Liza Hanim, Siti Sarah Raisuddin, Ning Baizura, Fauziah Latiff dan Misha Omar. -CARI

Sumber: Berita Harian
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Thunderclouds 15-4-2021 01:58 PM
Pelik naw pakai sluar senteng tp kepala blitup elok
Quote mamajawie 15-4-2021 01:58 PM
X silap aku dia letak nama troye sbab suka kt retis us surname troye tu..euuww da la retis tu gayah gigih la hai nk letak nama ummah lgbt jadi nama komersial ko dekk
Quote Kurex 15-4-2021 02:56 PM
Oh begitu..........
Quote ashk4nn 15-4-2021 02:57 PM
dia ni comel..muka mcm mesra je.. tp jangan la makeup tebal2 sangat dik, nanti dh tu muka rosak..
Quote jijilaaa 15-4-2021 03:01 PM
tp budak ni mmg ada 1 aura yang buat org suka tgk dia

aku la tu yang salah sorang suka tgk budak ni..cam comelll je cam comelll jeeee
Quote sukacactus 15-4-2021 03:11 PM
Comel ke, pada aku dia berwajah basic mcm MF
Cuma ada bubbly personality dgn putih je la kot
Org melayu kan ke kulit putih baru kata lawa
Quote toteng 15-4-2021 03:12 PM
Dia ni kalau lagu sebutir bicara pun tak jelas.
Quote mrseller 15-4-2021 03:47 PM
muka cam ni kat pasar mlm pun banyak. adeiiii
Quote bungamelurindah 15-4-2021 04:07 PM
apasal aku tak suka yek minah gigi kecik nie, tak tau nape, mcm menyampah, wakakakka
Quote uori 15-4-2021 04:10 PM
bulan puasa masa untuk menjaga tutur kata dan jari, k. ingat tu. peringatan untok diri sendiri

{:hero
Quote irish_ieka 15-4-2021 04:13 PM
ni salah satu calon2 yg akan jd macam nabila razali
Quote anony-mous 15-4-2021 04:22 PM
Kenal muka dia pon sbb dlu model LR. Lagu apa pon smpai sudah xtau / xpernah dgr. Dia cute tp xsuka tgk muka dia sengih annoying
Quote kakigebang 15-4-2021 04:23 PM
"muka comel menjadi dambaan lelaki"  malu aku baca...{:shy
Quote tripleid 15-4-2021 04:25 PM
20 tahun lg bakal masuk GV bawah kategori one hit wonder
Quote minime88 15-4-2021 04:26 PM
Edited by minime88 at 23-12-2021 09:10 PM

delete....
Quote gideoncross 15-4-2021 05:44 PM
mamajawie replied at 15-4-2021 01:58 PM
X silap aku dia letak nama troye sbab suka kt retis us surname troye tu..euuww da la retis tu gayah  ...

Bukn US lh tpi Aussie, full name Trove Sivan Mallette gitu, an openly gay singer. Last yr bru ptus dgn bf for 4 yrs & esok nak release lgu bru, gmbr2 pun smuanya tnjuk nmpk pkai thong hahahaha.
Quote gideoncross 15-4-2021 05:45 PM
kakigebang replied at 15-4-2021 04:23 PM
"muka comel menjadi dambaan lelaki"  malu aku baca...{:shy

Pompuan2 camni mmg jdi dmbaan jejantz Meleis.
Quote gideoncross 15-4-2021 05:46 PM
sukacactus replied at 15-4-2021 03:11 PM
Comel ke, pada aku dia berwajah basic mcm MF
Cuma ada bubbly personality dgn putih je la kot
Org m ...

Klau ada filters mmg smuanya jdi lawa & cute, Da'i Syed pun jdi flawless bila ada filters.
Quote gideoncross 15-4-2021 05:47 PM
jijilaaa replied at 15-4-2021 03:01 PM
tp budak ni mmg ada 1 aura yang buat org suka tgk dia

aku la tu yang salah sorang suka tgk budak  ...

Psl dia cntik je, cuba muka basic & brkulit crah, pndng sipi2 pun x sudi.

Lihat semua komen(64)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 03:26 AM GMT+8 , Processed in 0.086105 second(s), 49 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top