CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Jari Berbonjol Tak Macam Orang Lain, Wanita Bersyukur Suami Terima Kekurangan

16-4-2021 05:58 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 7866| Komen: 24

Tidak semua orang sempurna di dunia ini. Masing-masing mempunyai kekurangan dari segi fizikal mahupun mental.

Jangan pula kekurangan itu menjadi punca untuk kita sedih atau tidak mahu meneruskan hidup.



Kredit foto: IG Ateyn

Menerusi video tular dimuat naik pengguna TikTok, Ateyn mempunyai masalah keadaan jari berbeza daripada orang lain yang dialaminya sejak kecil.



Menurutnya lagi, penyakit itu tumbuh di sekitar kawasan mata, lutut serta di belakang tubuhnya. Akibat daripada itu, dia sukar untuk mengemas rumah atau membersihkan lauk-lauk yang basah seperti ayam atau ikan. 

Walaupun, sakit pedih ketika memasak namun dia masih lagi meneruskan kerjanya itu tanpa mengeluh.




Penyakit dihadapi wanita berkenaan sebenarnya sukar untuk sembuh dan ianya juga dialami ahli keluarga yang lain. 

Walaupun, dia telah mencuba pelbagai kaedah rawatan seperti kaedah tradisional ataupun moden masih tiada hasil untuk dirinya sembuh.



Dia sangat bersyukur andai kata suatu hari nanti akan bertemu penawar untuk penyakitnya itu.



Kredit foto: IG Ateyn

Walau bagaimanapun, dia masih bersyukur kerana suaminya masih menerima seadanya.


Sumber: OhBulan
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
2

Lawak

Bosan

Friends Rank (3 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote doubleA 16-4-2021 06:24 AM
Siannya. First time tengok, macam ketumbuhan la eh. Bagus laki dia terima seadanya, nampak macam baru kawen ye
Quote depresio 16-4-2021 06:35 AM
Kesiannya.. moga ada cara untuk sembuhkan.
Quote haifawehbe 16-4-2021 06:44 AM
sheols beruntung ada laki boleh terima kekurangannya.
zaman skrg manusia lebih pandang luaran susah nk dpt partner yg boleh terima kita seadanya..
Quote makneng 16-4-2021 08:18 AM
Muka cun... Selamat berbahagia hingga akhir hayat
Quote Kurex 16-4-2021 08:28 AM
Cuba kalau muka haukkkkkk.... Kompom kau tak diterima. Kenyataan sis. Lagi satu, ada je yg kekurangan, tapi takde la nak garit buat video bagai.. puihhhh puihhh puihh puihhhhhhh puihhhhh
Quote sarah82 16-4-2021 08:35 AM
Ramai juga follower dia kat tiktok.
Quote bakingsoda 16-4-2021 09:37 AM
maksudnya dari kecik benda ni size sama atau naik turun? aku tengok pon seksa je nak guna tangan tu sbb dia kata pedih kan
Quote bluebutter 16-4-2021 09:42 AM
Siannya. Sedih I. Sabar dik. Allahu.
Quote Carcosa 16-4-2021 10:19 AM
Muka mcm Sheila Amzah masa belum bam bam dan masih belum berangan ada slang Bri-ish
Quote zuri154 16-4-2021 11:50 AM
apa nama sakit ni? elok la budak ni inaikan jari dia setiap masa supaya x ngeri sgt org luar yg pertama kali terpandang. terbonjol2 tu nmpk ngeri
Quote any42 16-4-2021 01:30 PM
Kesiannya klau dh rsa pedih2 tiap kli tu. mcm mnggngu khidupan sharian. xde rwatan ke ye.

Tgk jari dia teringat pula kt dr Lee pimple popper
Quote Artemesiaa 16-4-2021 04:17 PM
Moga jodoh berpanjangan jangan awal2 je wangi lama2 jadi lain pulak bila ada yang cuba masuk jarum
Quote anony-mous 17-4-2021 12:08 AM
aotearoa replied at 16-4-2021 03:21 PM
Haah betulla. Dr Lee tu ada youtube tunjuk dia buat treatment  Lipomas, lebih kurang gini juga..

I x rasa ni lipoma. Lipoma x sakit n lipoma tu just excess fat tissue. Yg ni tgk mcm cyst dkt sendi tu je
Quote mesmerize 18-4-2021 12:15 AM
kesiannya..semoga cepat sembuh dek
Quote salmon-suki 19-4-2021 10:48 AM
Ni bkn ke rheumatoid arthritis?tp mcm teruk sgt tu bengkak2 dia..n mmg xde ubat lg kalau betul sakit rheumatoid nih..my mom ada jgk sakit ni,jari dah start bengkok2 tp still lg boleh bt keje..kena urut selalu laa n gerak2an jari dan sendi2 tu..

Nasib baik ada rupa..kalau xde rupa,maybe org xpndg kot..ada hikmah di sebaik ketidaksempurnaan ni
Quote any42 19-4-2021 11:53 AM
aotearoa replied at 16-4-2021 03:21 PM
Haah betulla. Dr Lee tu ada youtube tunjuk dia buat treatment  Lipomas, lebih kurang gini juga..

mungkin klau jumpa pakar yg btul dlm bidang bkaitan insyallah ade rawatan yg ssuai kot. Kesian jgk klau smpai mngganggu khidupan sharian. stress jgk klau byk bnda tbatas nk bt.  
Quote Ninjanunu 17-5-2021 01:26 PM
Dugaan dia..
Quote makita 18-5-2021 09:23 PM
Meols ada kawan muka cun baby face. Tapi kulit tangan dia berkedut2 mcm org tua.
Quote luvcomot87 5-7-2021 08:39 PM
salmon-suki replied at 19-4-2021 10:48 AM
Ni bkn ke rheumatoid arthritis?tp mcm teruk sgt tu bengkak2 dia..n mmg xde ubat lg kalau betul sakit ...

I ade psoriatic athritis.. Lebih krg dgn rheumatoid.. mmg pn xde ubat just ambik supplement,jage berat badan,pntng makan daging merah gitu je la dan xboleh stress2.. Alhamdulillah stkt ni suami bole terima la.. Nak sgt ad pakar yg betul2 boleh kaji penyakit ni..

Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 02:37 PM GMT+8 , Processed in 0.140852 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top