CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Masih Menanti Anak Kedua, Mawi Minta Doa Moga Dikurniakan Zuriat

16-4-2021 12:47 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 9978| Komen: 44

Setelah hampir 13 tahun melayari bahtera perkahwinan, penyanyi dan penyampai radio Asmawi Ani atau selesa disapa Mawi memberitahu masih menanti untuk dikurniakan cahaya mata kedua bersama isterinya, Ekin Rahmat.


Menurut penyanyi berusia 39 tahun ini memberitahu dia dan isteri tidak merancang dan berserah kepada Yang Maha Esa mengenai perihal zuriat.

Meski masih belum dikurniakan cahaya mata kedua, bintang kelahiran program realiti nyanyian Akademi Fantasia musim ketiga ini tetap meluahkan rasa syukur dan gembira kerana mahligai cinta bersama isteri kekal bahagia.

Kredit foto: IG
“Anak saya yang pertama dah umur 9 tahun dan sejujurnya saya ada berbincang dengan isteri saya untuk tambah anak, tapi itu semua rezeki daripada Allah jadi berserah sahaja kalau ada rezeki, InsyaAllah.


“Tapi kami gembira dengan hidup kami sekarang ini. Alhamdulillah walaupun seorang anak kami boleh beri tumpuan yang lebih kepada antara satu sama lain.

“Kalau tengok umur sekarang saya rasa dah tak boleh nak merancang ni sebabnya kita ni makin lama makin tua. Kalau ada rezeki, ada lah buat masa sekarang ni masih belum ada lagi,” katanya kepada MH.




Dalam pada itu, Mawi mengharapkan agar peminat sentiasa untuk mendoakan agar dirinya dan isteri dikurniakan cahaya mata lagi.

Imbas kembali, Mawi mendirikan rumah tangga bersama pelakon Ekin Rahmat pada 28 Disember 2008 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama, Cahaya Malaikha. -CARI

Sumber: Media Hiburan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote makneng 16-4-2021 01:03 PM
Mesti jap lagi porumer bandingkan heolls dgn munge
Quote CiliPadiSedap 16-4-2021 01:20 PM
kena berurut dengan sohai gigi penjarakan agar dapat tambah ilmu di dada
Quote jerukkedondong 16-4-2021 01:23 PM
Muka asal Ekin mmg mcm tu ke...
Klu mmg gitu muka asli dia..Ekin ni consider cantik la..bertuah ko mawi
Quote lazim 16-4-2021 01:45 PM
Ank mawi xdpt muka moden ekin. Menurun belah felda tab andak kot
Quote mh17 16-4-2021 01:46 PM
makneng replied at 16-4-2021 01:03 PM
Mesti jap lagi porumer bandingkan heolls dgn munge

Muahahahahahaha....adui
Quote doubleA 16-4-2021 02:04 PM
Ekin ni tak aging langsung ke rupa macam tu jugak
Quote haruslah 16-4-2021 02:08 PM
Masa mula2 diorg kawen i mcm
Sedar x sedar dah 13thn....
Quote sfrnna 16-4-2021 02:28 PM
Pergi berurut kat sohai laaa. Takda nombo bolah p carik kat grinder. Kahkahkah
Quote virgo19 16-4-2021 08:40 PM
Ekin ni muka mcm arab, mawi walaupun jawa tapi muka dia boleh tahan, ensem putih. Tapi anak diorg biasa2 je muka.
Quote Cece1234 16-4-2021 08:48 PM
jerukkedondong replied at 16-4-2021 01:23 PM
Muka asal Ekin mmg mcm tu ke...
Klu mmg gitu muka asli dia..Ekin ni consider cantik la..bertuah ko  ...

I rasa muka ekin dr tepi nak dekat sama ngan azza elite..
Quote kaka_tima 16-4-2021 08:51 PM
Muka anak macam muka ekin sebelum repair ke
Quote setori_mori 16-4-2021 11:00 PM
jerukkedondong replied at 16-4-2021 01:23 PM
Muka asal Ekin mmg mcm tu ke...
Klu mmg gitu muka asli dia..Ekin ni consider cantik la..bertuah ko  ...

Seingat iolls mmg tu muka dia. Sebab dulu iolls nampak muka dia mcm bitchy sikit sbb iolls antara org yg bersimpati kat munge ahaks
Quote setori_mori 16-4-2021 11:02 PM
kaka_tima replied at 16-4-2021 08:51 PM
Muka anak macam muka ekin sebelum repair ke

Tak lah, anak ikut muka darah jawa belah ayah tu
Quote Carcosa 16-4-2021 11:46 PM
Cece1234 replied at 16-4-2021 08:48 PM
I rasa muka ekin dr tepi nak dekat sama ngan azza elite..

Haaaaa. Me'ols dok terpikior. Sapaaaalah muka dia sama dengan ni. Kihkihkih.
Azza Sireh ghopernya
Quote jargon 17-4-2021 12:21 AM
Kikin jnis xmo ank kot..kang nnti xleh metime..sorg ckuplerr
Quote Belibis 17-4-2021 12:30 AM
Siyes ehhh tak merancang???
Quote Joysparta 17-4-2021 12:34 AM
Ikut muka apak kot...kampung.com
Quote dua_chzy 17-4-2021 05:23 AM
Edited by dua_chzy at 17-4-2021 05:27 AM
lazim replied at 16-4-2021 01:45 PM
Ank mawi xdpt muka moden ekin. Menurun belah felda tab andak kot


Takpe la. Yang penting budak tu sihat dan membesar penuh kasih sayang.

Rupa ni superficial sangat. Kita patut ajar anak2 kita untuk percaya dan konfiden dengan diri sendiri supaya dah kertu kelak tak bitter asyik bandingkan hidup ka fizikal ka dengan orang lain pehtu sebok cucuk, repair sana sini untuk lawa/hensemkan diri dari segi luaran tapi malangnya dalaman tetap sama yakni ngkau masih tetap seorang manusia yang insecure dan low self confidence disebabkan membesar dalam suasana penuh toksik kerana sentiasa dikritik/dibandingkan dengan orang lain.
Quote Lylyna 18-4-2021 01:39 AM
Kenapa aku tngok muka anak ekin mcm muka mak mawi. Sebiji

Lihat semua komen(44)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 01:03 PM GMT+8 , Processed in 0.116395 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top