Susulan kemarahan ramai berhubung video promosi aktiviti perjudian dalam talian bertemakan sambutan Hari Raya yang tular di media sosial, tiga pelakon dalam video muzik (MV) berkenaan tampil membuka mulut.
Menerusi pertemuan secara eksklusif bersama mStar, ketiga-tiga model dan pelakon sambilan itu mendakwa pada awalnya diberitahu bahawa khidmat mereka diperlukan bagi menjayakan rakaman MV sempena Hari Raya. "Wakil produksi hubungi dan masukkan kami dalam group WhatsApp bernama ‘Raya MV Shoot March 2021’. "Saya beli baju raya semata-mata untuk penggambaran tu tanpa mengetahui ia bagi mewakili jenama apa. "Sudah jadi kebiasaan pemilik brand nak rahsiakan produk mereka... malah semasa kita buat penggambaran pun mereka cakap jangan ambil (rakam) video, jangan beritahu sesiapa sebab surprise," kata salah seorang pelakon lelaki yang enggan dinamakan kepada mStar. Untuk rekod penggambaran MV judi raya yang dibintangi lima individu beragama Islam terdiri daripada tiga lelaki dan dua perempuan itu diadakan di Kampung Jawa di Hulu Langat, Selangor. Penyebarannya secara meluas di media sosial mengundang kecaman ramai hingga mendorong polis membuka kertas siasatan susulan satu laporan polis dibuat di Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman. Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani, berkata video berdurasi dua minit satu saat itu jelas melanggar undang-undang dan boleh mendatangkan kegusaran awam. Selain itu menurut pelakon yang memegang watak pembantu itu lagi, dia dan rakan-rakannya hanya menyedari mereka terlibat dalam sebuah iklan mempromosi judi pada hari penggambaran, 13 Mac lalu. "Kami desperate, freelance macam kami terjejas teruk (akibat Covid-19). "Apabila dapat job ni saya ambil je tanpa banyak tanya soalan. Untuk job ni mereka bayar pun sikit sangat. "Kita buat sebab tak ada cara lain cari duit... kami freelancer," katanya. Bagaimanapun, tambah pemuda berusia 26 tahun itu lagi, dia menyesal kerana tidak mempunyai keberanian untuk menarik diri daripada meneruskan penggambaran. "Masa awal-awal memang berkaitan raya, tapi apabila masuk bahagian kedua dipenghujung penggambaran baru kami sedar ia adalah judi. "Pihak produksi minta kami lip sync empat baris lirik lagu yang jelas berkaitan perjudian. "Saya menyesal sebab tak berani pull out, padahal kami tiada kontrak apa-apa pun. Saya jadi panik, bukan saya je... kawan-kawan pun kena dan saya rasa bersalah," katanya. Sementara itu pelakon utama MV berkenaan iaitu, Saifullah Mohd Yunus, 24, berkata dia kecewa dengan apa yang berlaku namun terpaksa meneruskan penggambaran kerana mahu bersikap profesional. "Kami sangat profesional, takkan kita nak minta produksi hentikan dan kami akan pulang... tidak! "Memandangkan dah 70 peratus siap, kami hanya teruskan seperti yang dirancang," katanya. Tambah Saifullah lagi, dia dan rakan-rakannya sedia memberi kerjasama kepada pihak polis dalam isu berkenaan. Sumber: mStar
|
Orix replied at 17-4-2021 12:15 PM
Malas nk komen. T ummah meleis sentapp. Tang judi kemain mengelupo. Bila ummah isele bg rasuah schem ...
notM replied at 17-4-2021 12:06 PM
Pada meols biar jela...okey je buat job camni....
Yang Salah main Judi tapi Tak untung....kalau u ...
asamfish replied at 17-4-2021 12:21 PM
Setuju!! Bodyguards kerja dgn big time scammer/gangster kena pukul pun dorang sentap. Terhina la ...
Orix replied at 17-4-2021 12:28 PM
Judi tu tak menyusahkan org. Ujong2 sendiri yg rugi... kalau rasuah, songlap duit bukan hak sendir ...
Orix replied at 17-4-2021 12:28 PM
Judi tu tak menyusahkan org. Ujong2 sendiri yg rugi... kalau rasuah, songlap duit bukan hak sendir ...
highcastle replied at 17-4-2021 12:56 PM
Judi tak menyusahkan orang??
raxief replied at 17-4-2021 12:43 PM
tak susahkan org? ko biar betul..
bersepah taik judi pukul bini sbb x dpt duit..
Orix replied at 17-4-2021 01:08 PM
Adoi bingainya. Itu salah sendiri sbb tak dpt kawal perasaan n tak ada duit. Org kalau tak ada d ...
Orix replied at 17-4-2021 01:08 PM
Adoi bingainya. Itu salah sendiri sbb tak dpt kawal perasaan n tak ada duit. Org kalau tak ada d ...
raxief replied at 17-4-2021 12:43 PM
tak susahkan org? ko biar betul..
bersepah taik judi pukul bini sbb x dpt duit..
raxief replied at 17-4-2021 12:43 PM
tak susahkan org? ko biar betul..
bersepah taik judi pukul bini sbb x dpt duit..
ADVERTISEMENT