CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Wanita Berpantang Cuba Bunuh Diri, Jerut Leher Sendiri

19-4-2021 10:37 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 7047| Komen: 49

KOTA BHARU - Seorang wanita sedang berpantang bertindak luar kawalan apabila cuba menjerut lehernya sendiri menggunakan kain yang diikat pada jendela di dalam sebuah bilik di Jalan Pasir Hor, di sini pada Ahad.


Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Tumbuh, Penolong Penguasa Bomba, El Taraff Mohd Zachariah berkata, wanita berusia 38 tahun itu baru melahirkan anak kembar pada 11 April lalu.

Beliau berkata, wanita berkenaan terlebih dahulu bertindak berkurung dalam bilik dan mengunci pintu.


Foto: Sinar Harian

"Kita menerima panggilan kecemasan pada jam 12.29 tengah hari apabila suami mangsa memberitahu isterinya telah menguncikan diri dari dalam bilik.

"Sebaik tiba di rumah itu, kita berusaha memanggil wanita berkenaan tetapi tidak diendahkan. Oleh kerana itu, anggota bomba terpaksa bertindak memecahkan pintu bilik menggunakan 'paratech rescue tool'," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Ahad.

Beliau berkata, sejurus berjaya membuka pintu, wanita berkenaan didapati berada dalam keadaan terbaring di atas katil dengan keadaan muka yang pucat.

"Melihat kepada situasi tersebut, kita tidak menolak kemungkinan mangsa cuba membunuh diri," ujarnya.

El Taraff berkata, mengikut dakwaan suami, wanita berkenaan sebelum ini pernah cuba berbuat demikian, bagaimanapun gagal. -CARI

Sumber: Sinar Harian

Bagus

Marah

Terkejut
3

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (3 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote luvemedaa 19-4-2021 10:42 AM
Postpartum depression ke?
Quote funz_universe 19-4-2021 10:44 AM
Kesiannya.
She need help.
Penat kot bika dapat anak kembar
Quote Kakasinci 19-4-2021 10:51 AM
Double penat..Nak hande baby sorg pon sukar. Suami n family members lain kena main peranan tolong ibu2 baru lepas berpantang. Dengan masih berhadas xboleh mengaji. Emosi jd terganggu.
Quote syamzana 19-4-2021 11:06 AM
kesiannya. harap dia pulih seperti sediakala.
kesian jugak kat babies tu kalau mak depa tak sihat
Quote jejarihalus 19-4-2021 11:13 AM
Sindrom baby blues...mmg bahaya sgt,suami memainkan peranan YG sangat penting,penat malam2 anak meragam..X cukup tidur
Quote doubleA 19-4-2021 11:36 AM
Rasanya husband pun penat lagi2 kalau kena kerja. Pls family members lain tolong, mak ke mil ke adik beradik, at least 2-3 bulan juga utk tempoh berpantang ni. She needs help and support. Memang letih tak habis, anak meragam lagi
Quote NurAlia14 19-4-2021 11:37 AM
Kalo suami tak tlg mmg la ssh sesgt
Quote NurAlia14 19-4-2021 11:38 AM
Nk taip lg kalo suami tak tlg mmg susah sesgt
Quote any42 19-4-2021 11:44 AM
kesiannya depress sbb pnat/stress jga bby twin ke. Tp kesian lg kt both babies klu hilang mak nnti
Quote kuihbakar 19-4-2021 11:52 AM
Kesian sangat dia terlalu penat tu
Quote sapeka 19-4-2021 12:04 PM
Oleh itu
Berfikir panjang la sebelum mempunyai anak
Memang perlu merancang
Nak mempunyai anak perlu kekuatan mental dan fizikal selain berkemampuan dari segi kewangan
Perlu perancangan rapi
Betul anak itu rezeki
Tapi biar la kita mampu dari segala segi

Quote ninja boy 19-4-2021 12:09 PM
Dah beranak takkan nak gostan balik, X semua org bernasib baik dpt kembar taw
Quote roserouen 19-4-2021 12:11 PM
sapeka replied at 19-4-2021 12:04 PM
Oleh itu
Berfikir panjang la sebelum mempunyai anak
Memang perlu merancang

Yup. Kalau bersalin twins memang kena get ready mentally & physically. Tambah2 lagi bila umur semakin meningkat. She needs help. Tired & restless.
Quote lavendernovella 19-4-2021 12:40 PM
Betulah tu stress. iol jaga anak buah pun kejap boleh jadi stress. So tak leh imajin camnner rasanya jadi ibu postpartum.
Quote haruslah 19-4-2021 01:01 PM
Dah penah buat?
Kena bagi perhatian lebih ni
Jgn la tinggal sorang2...
Quote batmana 19-4-2021 01:02 PM
sebelah bomba tu selfie ke ape?
Quote irish_ieka 19-4-2021 01:03 PM
baby twin mmg penat. jaga baby sorg pon penat. emosi mudah terganggu. time aku dulu dpt plak staff nurse Klinik kesihatan yg hauk lagi depression jd nye aku. asyik kene marah je waktu checkup. last skali suami aku suruh gi swasta je. tenang sikit hati.
Quote matchstick 19-4-2021 03:25 PM
Umur 38 dpt anak kembar mmg penat nk uruskan. Tenaga dh tak sama mcm umur 20-an
Quote Nham22 19-4-2021 03:38 PM
Sape yg nak kawen.. Doa2xlah dpt jodoh yg ringan tulang juga... Tak payab nak bersuruh2x... Die dah tau tanggungjawab memudahkan isteri...

Lihat semua komen(49)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 03:15 PM GMT+8 , Processed in 0.059362 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top