CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Azwan Kombos Jenguk Ibu Di Sabah Selepas Dua Tahun, Tak Beraya Dengan Anak Dan Isteri

19-4-2021 12:59 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3994| Komen: 7

Lebih dua tahun tidak pulang ke kampung halamannya di Sabah, pelakon Azwan Kombos bersyukur akhirnya dapat peluang untuk bertemu keluarga.

Bagaimanapun, Azwan atau nama sebenarnya, Mohamad Al-Azwan Kombos ini berkata, tujuan dia ke Sabah bukan atas tiket bercuti sebaliknya bagi menjalani penggambaran sebuah drama.


Pelakon berusia 36 tahun ini berkata biarpun jadualnya padat dengan penggambaran setiap hari namun dia tetap akan mencari masa untuk menziarahi ahli keluarganya di Kota Belud, Sabah.

Kredit foto: IG


"Saya ke Sabah atas urusan kerja... ada shooting drama 20 episod di Kota Kinabalu. Sebagai orang Sabah, sudah tentu saya berbesar hati untuk membintangi drama tersebut.

"Tapi saya bukan ambil kesempatan, cuma kalau ada masa, mestilah saya akan menziarahi keluarga di Kota Belud memandangkan sudah dua tahun lebih tak dapat pulang ke kampung.

"Ikutkan setiap hari juga ada shooting dan saya bukan saja-saja pergi bercuti. Jadi, saya tak ada rasa takut dikecam ke apa sebab saya tak buat salah apa-apa," katanya ketika dihubungi mStar pada Sabtu.



Terdahulu, Azwan memuat naik foto bersama isterinya yang juga aktres Ezzaty Abdullah di sebuah lapangan kapal terbang menerusi laman Instagram miliknya pada Jumaat.

Sebelum ini, netizen kurang senang dengan tindakan beberapa Instafamous dan selebriti antaranya Neelofa serta suaminya iaitu Pencetus Ummah (PU) Riz berkongsi foto ketika di Pulau Langkawi dengan alasan urusan kerja.

Dalam pada itu, pelakon filem Nasi Tangas ini memberitahu dia juga akan menyambut Hari Raya Aidilfitri di kampung halamannya memandangkan penggambaran mengambil masa selama lebih satu bulan.

Biarpun teruja dapat beraya dengan keluarga setelah sekian lama, namun Azwan tetap berasa sedih kerana pertama kali terpaksa berjauhan dengan isteri dan anaknya iaitu Harum Dalia.



"Saya akan berada di Sabah selama lebih satu bulan dan mungkin akan balik KL dalam raya kedua atau ketiga. Memang agak sedih sebab ini kali pertama saya akan beraya tanpa isteri dan anak. Sekarang ini, dengar lagu raya menusuk jiwa.

"Tapi inilah pengorbanan... kelebihan shooting ini dapat raya dengan keluarga di Sabah tapi terpaksa berjauhan pula dengan isteri dan anak. Ezzaty menangis juga masa hantar saya di airport tapi dia memahami.

"Anak pula faham yang saya bekerja, jadi dia okay saja sebab saya kata kalau rindu, boleh buat panggilan video. Lagipun, saya tak risau sangat sebab Ezzaty akan beraya bersama ahli keluarga di Shah Alam," ujarnya.

Azwan mendirikan rumah tangga dengan Ezzaty pada 16 Julai 2016 dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Harum Dalia yang kini berusia empat tahun. -CARI

Sumber: mStar Online
1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote krustykrab 19-4-2021 01:37 PM
Buat keje..buat keje je le..yg nk gi merayap balik kg tu buat pe?
Artis ni kalau kata bodoh marah...tp mmg bodoh pun..
Quote snowater 19-4-2021 01:40 PM
dari org taktau jadi tau plk. simpan srg2 dahla. ko g permit urusan kerja tp melencong, kang org bising ko sentap plk. yg bini pun alahai pjj smpi raya je pon, kecoh lebih..
Quote lanse 19-4-2021 02:16 PM
snowater replied at 19-4-2021 01:40 PM
dari org taktau jadi tau plk. simpan srg2 dahla. ko g permit urusan kerja tp melencong, kang org bis ...

Kan...Daripada orang tak tau jadi tau. Bila kena kecam marah.
Quote Suchi 19-4-2021 02:22 PM
Edited by Suchi at 19-4-2021 02:24 PM
krustykrab replied at 19-4-2021 01:37 PM
Buat keje..buat keje je le..yg nk gi merayap balik kg tu buat pe?
Artis ni kalau kata bodoh marah.. ...


Kan,lainla shoot mmg bebetul kat umah mak pak dia tu.

Quote sukacactus 19-4-2021 09:00 PM
Org skrg mmg suka buka pekung sdr ye
Quote nordin84 19-4-2021 09:04 PM
ok jah dia declare awal2.. nanti org da viral br terkicit keluar statement mcm talent iklan judi tu.. da sebulan shooting br nk berwicis bagai..
lagipn dia ke sana sorg2 bukan angkut ank bini mcm retis tila rempits, ristisa kemut atau pun lopak.. yg kabarnye urusan kerja tp berangkut satu lori family...
Quote anony-mous 19-4-2021 09:34 PM
snowater replied at 19-4-2021 01:40 PM
dari org taktau jadi tau plk. simpan srg2 dahla. ko g permit urusan kerja tp melencong, kang org bis ...

Setuju. Nk buat urusan selain keje, xpyh la letak dlm socmed. Sama mcm owner leeyana rahman tu. Nk bg hadiah pon xikhlas. Siap tayang dlm ig. I pon ada company ssm semua. Boleh je kalau kata nk pegi rentas nk buat keje. Klau i buat mcm tu, mmg i xupload g mkn2 ngn mak ayah

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 02:56 PM GMT+8 , Processed in 0.040244 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top