CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Anak Zarina Zainuddin Hilang Di Bazar Ramadan

20-4-2021 11:25 AM| Diterbitkan: kp5x| Dilihat: 9806| Komen: 53|Original author: Oleh: kp5x

Kredit foto : Instagram zarinazainuddin

Baru-baru ini, menerusi perkongsian di laman instagramnya, pelakon Zarina Zainuddin, 50, memuat naik video live dia sedang mencari anak lelakinya Azil, 24, di Bazar Ramadan Stadium Shah Alam.

"Anak saya hilang di Bazar Ramadan Stadium Shah Alam. Saya rasa dia nak pegi buang air kecil", katanya.

Salah satu komen netizen memaklumkan yang Azil keluar mencari tandas ketika dia ditinggalkan di dalam kereta. 

Meskipun ada segelintir komen  mempersoalkan tindakan Zarina Zainuddin membawa anaknya ke tempat sesak dan sempat lagi merekod video walaupun sedang mencari anak hilang, namun rata-rata komen yang lain mendoakan Azil segera ditemui dan meminta netizen bersangka baik bahawa Zarina membuat video live supaya orang ramai yang menonton 'live'nya dan kebetulan berada di tempat sama dapat turut membantu mencari Azil. 


Melalui muat naik video seterusnya, Zarina memaklumkan yang Azil telah berjaya ditemui.

"Alhamdulillah, dah jumpa Azil, dia pergi dekat kereta lagi satu yang parking bawah stadium...kami datang dua kereta...terima kasih semua", kapsyennya.


Kredit foto : Instagram zarinazinuddin
Kredit foto : Instagram zarinazainuddin



Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (3 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote helicornia 20-4-2021 11:30 AM
adoi la.dh tau keadaan anak mcm tu, covid lagi. malas la nk komen
Quote sarah82 20-4-2021 11:45 AM
Masa aku tgk tu.. Aku menahan diri dari komen..dah tau anak dia mcm tu.. Elakkan la bawa pi ke tempat sesak mcm tu.
Quote sweetgirl 20-4-2021 11:54 AM
sarah82 replied at 20-4-2021 11:45 AM
Masa aku tgk tu.. Aku menahan diri dari komen..dah tau anak dia mcm tu.. Elakkan la bawa pi ke tempa ...

maybe anak dia tantrum nak ikut kot... sbb Azil ni kan sejenis suka keluar berjalan n pegi kedai...

#donehusnuzon hehe
Quote sarah82 20-4-2021 11:55 AM
sweetgirl replied at 20-4-2021 11:54 AM
maybe anak dia tantrum nak ikut kot... sbb Azil ni kan sejenis suka keluar berjalan n pegi kedai.. ...

Hehehe... Ok.. Berhusnuzon japp.. Muahaha..  

Quote ezacbee 20-4-2021 12:04 PM
Pakai face shield xkena saman ek?
Quote Madel 20-4-2021 12:27 PM
Acik Zarina ni dah banyak kali cuai dan sesetgah tu mmg dia sengajakan
Mcm kes tayang kasi Azal duit belanja, bahaya kot kasi anak duit bebnyk gitu.
Pastu biar lepas Azal berjalan keluar smpai mlm tak balik2, pastu kalut..dlm kalut2 marah anak tetap la on video
Ada dulu dia biar kan aje Azil lari keluar dari kereta kan..dia nya tetap la on video
Sorry la aku nak simpati dgn sejenis mak batak hfon berjahit kat tangan ni.
Attention seeker.
Quote msamyrazi 20-4-2021 12:32 PM
tak ada sesiapa ke escort anak dia gi toilet ? yakin nya kamu lepas kan anak sorang sorang ke sana sini .  zz patut fikir  satu cara untuk handle  anak autism kat public area  . nie tak asyik dok buat reel kat ig , lepas tu gelak , tersengih -sengih . cuba  zz tengok ada satu video youtube mat salleh , macam mana mat salleh tu handle anak dia yang autism  non verbal . belajar . bila net nasihat , tak habis habis dok gebang anak saya tak sama macam anak awak , anak saya tak boleh cakap and blah blah sampai ajm.
Quote ~boolean 20-4-2021 12:36 PM
kejap..kejap..anak dia hilang dia boleh sempat lagi buat live???

kejadah!
Quote msamyrazi 20-4-2021 12:38 PM
Madel replied at 20-4-2021 12:27 PM
Acik Zarina ni dah banyak kali cuai dan sesetgah tu mmg dia sengajakan
Mcm kes tayang kasi Azal dui ...

bukan sahaja cuai , tapi macam tak boleh pikir apa akibat bila zz ni dok asyik rakam video anak tantrum tanpa ambil tindakan tuk selamatkan anak dia . i ada tengok video tu, i dok cakap kalau 1 day anak dia tetiba berlari ke jalan yang sibuk dan banyak kenderaan , apa kah zz masih mahu rekod  video ?


Quote salmon-suki 20-4-2021 12:55 PM
Ntah laa,ai jahat kot..ai pk dia ni mcm nak "jual" anak dia utk populariti..ai pernah tgk budak autistic,tp mak dia cuma record achievements dia je..kalau bt perangai ke apa,mak dia xde record pn..xsempat2 haa nak record sbb nk kena calm he down..
Quote xein 20-4-2021 01:03 PM
salmon-suki replied at 20-4-2021 12:55 PM
Ntah laa,ai jahat kot..ai pk dia ni mcm nak "jual" anak dia utk populariti..ai pernah tgk budak auti ...

bukan ko sorang je yg fikir macam tu

memang nampak gaya macam nak menjual sambil raih simpati & publisiti
Quote bulalof 20-4-2021 01:10 PM
alllaaahhhhhhhh semua benda ko nak dokumentasikan bagi org tgk.
Quote salmon-suki 20-4-2021 01:14 PM
xein replied at 20-4-2021 01:03 PM
bukan ko sorang je yg fikir macam tu

memang nampak gaya macam nak menjual sambil raih simpati & ...

Nasib ada geng..hihihi..ntah laa.. parents nowadays..anak terdedah pd bahaya,lg dorg suka record..igt lg y anak dia tersepit kt fridge,mak kemain record..ntah kalau tiba2 kena renjatan letrik,mmg pdn muka parents gitu...n perangai mcm ni nti anak2 akan buat..makpak batak perhatian..
Quote tipah89 20-4-2021 01:15 PM
aku kagum dgn semangat dia, tapi dlm kes ni maapler aku nak kecam, da tau anak tu gitu, musim2 covid gini xle duduk rumah diam2 ke.
Quote xein 20-4-2021 01:21 PM
salmon-suki replied at 20-4-2021 01:14 PM
Nasib ada geng..hihihi..ntah laa.. parents nowadays..anak terdedah pd bahaya,lg dorg suka record.. ...

batak perhatian sambil nak tunjuk yg diri sendiri konon "super mom"

ramai je yg berpe'el macam ni sekarang ni, lapar sangat perhatian & nak buktikan apa pada siapa pun entah la

&memang pun sekarang ni kalau apa2 jadi memang step 1: capai handphone & snap/record dulu, step 2: upload dgn caption dramatik/konon kelakar, step 3: tolong or walk away... ooye step 2.5: kalau boleh cilok apa2 barang jom cilok dulu, then baru step 3

aku ni harap sangat la kalau takdir aku mati nanti biar la kematian yg bukan dikhalayak ramai macam lemas ke, kemalangan ke, sedih mengenangkan kalau disaat ajal/sudahpun mati, segala tu jadi tontonan & diperkatakan orang

moga segala aib kita terjaga
Quote salmon-suki 20-4-2021 01:26 PM
xein replied at 20-4-2021 01:21 PM
batak perhatian sambil nak tunjuk yg diri sendiri konon "super mom"

ramai je yg berpe'el macam  ...

Tulaa..even skrg ni kalau nak tegur org pun,rasa mcm diperhatikan je..yelaa,semua org bz nak jd "superhero"..sakit mental sejak penggunaan socmed secara meluas nih..org pn dah xreti beza kegunaan sbnr socmed tu apa..y dorg taw nak viral je walaupun xtaw citer sebenar..sick people is everywhere
Quote nena9042 20-4-2021 01:29 PM
Alasan buat live supaya orang nampak & boleh tolong tak boleh pakai la. Buat igs & post lagi berkesan. Dulu macam kagum dengan dia sebab memang susah nak handle anak autistic, lelagi twins and dia sorang buat. Tapi lelama nampak macam dia gunakan alasan tu untuk raih simpati.
Quote electricopop 20-4-2021 01:30 PM
Hmmm patut duk umah je masak.
Quote wirazam 20-4-2021 01:32 PM
~boolean replied at 20-4-2021 12:36 PM
kejap..kejap..anak dia hilang dia boleh sempat lagi buat live???

kejadah!

org ramai  tak notice pun dia...like mcm org biasa je...wonder mcmana ye kalau DCT ke yg ke param...

Lihat semua komen(53)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 11:54 AM GMT+8 , Processed in 0.234174 second(s), 48 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top