CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Badut Meriahkan Suasana Bazar Ramadan, Ingatkan Pengunjung Patuh SOP

19-4-2021 01:49 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2488| Komen: 17

Pada kebiasaannya, badut sering berada di majlis keraian, hospital atau rumah perlindungan kanak-kanak bertujuan mengukir senyuman pada setiap wajah yang melihat gelagat mereka.

Berbeza kali ini apabila sekumpulan badut hadir ke bazar Ramadan, bukan sahaja untuk tujuan sama, malah turut menyampaikan mesej dan mengingatkan pengunjung agar terus patuh pada prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan dalam suasana pandemik COVID-19.


Kehadiran empat badut dari Komuniti Muslim Clown Malaysia Negeri Perak pada petang Sabtu itu mencuri tumpuan pengunjung di bazar ramadan Taman Jati, di Ipoh, Perak.


Kehadiran badut daripada Komuniti Muslim Clown Malaysia Negeri Perak pada petang Sabtu mencuri tumpuan pengunjung di bazar ramadan Taman Jati. -Astro AWANI

Mereka memegang dua plakad yang tertera “Stay Safe #penjarakanfizikal” dan “COVID-19 watching us #jagasop” selain mengedarkan pelitup muka secara percuma kepada pengunjung di laluan masuk ke bazar tersebut.


Wakil Komuniti Muslim Clown Malaysia Negeri Perak, Nazirah Abd Rahman berkata kehadian mereka di bazar Ramadan itu bertujuan mengingatkan para pengunjung supaya sentiasa patuh kepada SOP COVID-19.

"Bila kita orang turun macam ini, kita mengharapkan agar pengunjung lebih patuh kepada SOP supaya tidak jadi kluster bazar Ramadan pula.

"Dahlah nak raya ni. Nanti kes makin meningkat. Tak nak jadi macam tu.

"Jadi, kita berharap dengan adanya kita kat sini, bila pelanggan tengok, lain kali bila mereka datang, mereka akan ingat.

"Jaga SOP. Sebab takut jadi macam sesetengah tempat yang bazar Ramadannya ditutup sebab tidak patuh SOP. Jadi, kita berharap di kawasan ini tak jadi macam itulah," kata Nazirah.

Tambahnya usaha yang julung kali dilakukan komunitinya itu dibuat susulan laporan berita sejak akhir-akhir ini yang memaparkan ketidakpatuhan pengunjung terhadap SOP di bazar Ramadan.

Selain itu Nazirah yang mesra disapa dengan panggilan "Mama Pinky" tidak menolak kemungkinan komunitinya akan melakukan kempen kesedaran sama ke bazar-bazar Ramadan yang lain di sekitar bandar raya dan negeri ini.


Sumber: AWANI
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote wirazam 19-4-2021 02:43 PM
letak polis je kat bzar ramadhan tu...then ko akan tgk masing2 akan pandai jaga sop ..boleh la pulak hahahaha
Quote Artemesiaa 19-4-2021 02:58 PM
Ok gak abam badut pun mesti dah lama tak banyak job sejak covid19 melanda dapat gak income
Quote msdummy.2018 19-4-2021 03:01 PM
wirazam replied at 19-4-2021 02:43 PM
letak polis je kat bzar ramadhan tu...then ko akan tgk masing2 akan pandai jaga sop ..boleh la pulak ...


Betul tuh..msia ni kalo nmpk polis depan dan2 pki seatbelt..dr rumah xreti plak nk pki
Quote tipah89 19-4-2021 03:02 PM
wirazam replied at 19-4-2021 02:43 PM
letak polis je kat bzar ramadhan tu...then ko akan tgk masing2 akan pandai jaga sop ..boleh la pulak ...

kan... nk harap netizen jaga sop mmg kelaut. menyalak nk rentas negeri nk balik raya, tapi bersesak kat bazaar mcm xde pedoman..

Quote bakingsoda 19-4-2021 03:14 PM
badut pakai face shield je
Quote HuoJingJue 19-4-2021 03:15 PM
badut tak badut..jgn memain dgn org lapar..hehe
Quote Kurex 19-4-2021 03:15 PM
Dekat forum ni ada supermoderator acehend, jadi badut utk hiburkan forumer
Quote She-Ra 19-4-2021 03:17 PM
letak abg polis disebalik badut itu.. mengenali warga Malaysia, ada polis semua patuh, yelah takut kena saman/compound
Quote renko 19-4-2021 03:49 PM
badut pun xfolow sop xpakai mask
apoooooooo
memang badut betul
Quote Supersirap 19-4-2021 07:37 PM
Satu inisiatif yang baik dan kreatif
Quote domestobot 19-4-2021 07:48 PM
SOP diperbadutkan
Quote Decaffeinated 20-4-2021 06:24 AM
Badut is badut lah.

Badut pun nak ada badut muslim badut kapir. Mujur lah takde badut Kristian badut buddha badut hindu bagai. Lepas ni kalau masyarakat kekal berpuak2 sendiri juga yang bising.
Quote pyropura 20-4-2021 09:37 AM
Badut kena ingatkan juga peniaga jangan jual bende basi.
Quote pyropura 20-4-2021 09:40 AM
Ada beza ke clown dgn. Muslim clown?
Kehadiran empat badut dari Komuniti Muslim Clown Malaysia
Quote TabletSusu 20-4-2021 10:09 AM
bazar area rumah aku ni, awal2 dah bgtau kanak2 bwh 13thn x boleh masuk
tetap jgk parents bwk anak2 beramai2
kena tegur dgn pakcik rela.. bebel2
Quote Decaffeinated 20-4-2021 12:16 PM
TabletSusu replied at 20-4-2021 10:09 AM
bazar area rumah aku ni, awal2 dah bgtau kanak2 bwh 13thn x boleh masuk
tetap jgk parents bwk anak2 ...

bazar Putrajaya one day aku pergi dia kata 'kanak2 dan warga emas TIDAK DIGALAKKAN bla bla bla...' I was like defuk sangat ko ingat they care ko galak ka tak. hari tu kes nasional melonjak 2 ribu, padan muka
the next day aku pergi ayat dah tukar 'kanak2 dan warga emas TIDAK DIBENARKAN...'


Quote Punat_button 20-4-2021 12:22 PM
pyropura replied at 20-4-2021 09:40 AM
Ada beza ke clown dgn. Muslim clown?


muslim clown bayar zakat macam ultraman

hanya di Malaysia


image.png

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 09:23 AM GMT+8 , Processed in 0.168155 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top