CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Instafamous Tertonggek Seksi Dikecam Persenda PU Amin

19-4-2021 02:05 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 27352| Komen: 85

Tindakan personaliti media sosial dikenali Nadira Isaac memuat naik foto bersama Pencetus Ummah (PU) Amin semasa menghadiri majlis berbuka puasa di laman Instagram mengundang rasa kurang senang segelintir netizen.




Rata-rata pengikut mempersoalkan kehadiran PU Amin di majlis tersebut dan niat usahawan berusia 21 tahun itu berkongsi foto berkenaan yang dilihat kurang sesuai untuk tatapan umum.

Tampil menjelaskan tujuannya hadir ke majlis berkenaan, penceramah bebas ini memberitahu dia diundang bagi menyampaikan tazkirah agama sebelum acara bermula.

Sebagai pendakwah, PU Amin atau nama sebenar Mohamad Amirul Amin Maulana Lokman Hakim, 30, berkata, dia perlu mendekati pelbagai golongan masyarakat.

"Dakwah bukan sekadar di masjid dan surau sahaja, saya hadir memberi tazkirah dan nasihat iman kepada mereka semua... semoga menjadi asbab hidayah untuk mendekati golongan seperti ini.


"Doakan agar dakwah dapat diluaskan. Dakwah di lorong-lorong, kelab-kelab malam perlu dilaksanakan agar dapat menarik mereka kepada cinta Allah dan Rasul," katanya menjawab komen salah seorang pengikut diperkongsian terbaharunya di laman Instagram.


 \

Pengikut berkenaan meluahkan rasa kecewa apabila Nadira memuat naik foto bersama PU Amin dalam keadaan kurang sopan kerana memperlihatkan bentuk tubuh.

"Entahlah kenapa saya rasa orang yang jemput ustaz tu macam mempermainkan ustaz sebab yela sebelum ini kan PU Amin antara orang yang lantang menentang golongan itu.

"Ini macam nak mempersendahkan PU Amin dengan bergambar tonggek macam itu, pakai terdedah sana-sini, transgender hmmm," tulis pengikut tersebut.

Difahamkan PU Amin diundang bagi menyampaikan tazkirah semasa majlis berbuka puasa dan pelancaran produk kecantikan Troieka yang diadakan di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur pada Sabtu lalu.



Sementara itu, Nadira menerusi Instastory memohon maaf kepada orang ramai yang tersinggung dengan perkongsiannya itu.

"Maaf atas fitnah. Niat saya panggil PU Amin hanya untuk memeriahkan suasana, tak sangka viral," tulisnya.

Perkongsian Nadira itu menerima kritikan netizen dan ada yang menganggap ia sebagai salah satu taktik publisiti bagi mempromosikan produk jualan miliknya.


Sumber: mStar/IG PU Amin & Nadira Isaac
2

Bagus
2

Marah
2

Terkejut
2

Sedih
3

Lawak
4

Bosan

Friends Rank (15 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote helicornia 19-4-2021 02:12 PM
ye la, mmg tak sopan kan
dah tau orang tu PU, ustaz whatever it is pakai la elok2
dah majlis pun berbuka puasa
napa pakai mcm tu
PU pun agaknya tak sangka penganjur pakai macam tu, tapi dia nak kata apa
berpakaian biar la kena pada tempat
nak solat, nak jumpa agong, nak keje, sume ada tatacara berpakaian
Quote sharlenetexas 19-4-2021 02:21 PM
Dah kehabisan baju dalam wardrobe? Takde sponsor?
Quote addved 19-4-2021 02:22 PM
Bulan Ramadan ni respek la sket, pakai la sopan sket. Tak segan ke weii?
Quote merrissa 19-4-2021 02:24 PM
teruknya pakaian....ptt pu tu ckp je la NO...dh tau manusia seksi depan mata buat apa p situ lagi...lari jela...kene saman ke kalau lari??

teruk betul bila ustaz ppn dh takde pendirian
Quote shiraloveyou 19-4-2021 02:28 PM
Malunya tgk sikit pun xde rasa malu ke
Quote printercomel 19-4-2021 02:32 PM
Tangan bersih pegang tahi.
Quote black_handbag 19-4-2021 02:41 PM
eh tu kan tonnn tu.. letops ko ton
Quote pxlbb 19-4-2021 02:46 PM
Percayalah ponder2 gini mmg akan panggil ustad la anak yatim la untuk jadi dekorasi majlis supaya tampak islamic di luaran sbb depa nak tarik downline and distributor melayu. Ustaz tolong la jangan mencemar nama islam dlm acara sebegini confirm meriah dgn muzik-muzik dan tarian. Tazkirah tu hanya utk ritual majlis je bukan untuk penghayatan. Tak tau la kalau ada yang dpt manfaat. Kadang dorang upah pembaca doa byk jugek.
Quote ninnamina 19-4-2021 02:53 PM
Setuju. Pakaian kene la ikut tempat
Quote capiloton 19-4-2021 02:55 PM
bukan main suka ostad di apit oleh 2 ekor succubus  

Quote tipah89 19-4-2021 03:01 PM
yg ustad pun da nmpak gaya pakaian gitu xle tolak utk tak bergambar ke? boleh plak sengih mcm kerang busuk kat tengah.
Quote cikanggun 19-4-2021 03:03 PM
Dia belanja paha dgn pungkoq utk dessert berbuka posaaaaa {:nose
Quote noor2 19-4-2021 03:03 PM
Siapa ni...kalah kim kardashian..
Quote HuoJingJue 19-4-2021 03:07 PM
mesti ustaz ni kena bahan sesaja..hahahaha
Quote bakingsoda 19-4-2021 03:11 PM
mesti pu pon tak sangka betina tu pakai separa bogel di majlis buka puasa
Quote KIM.K 19-4-2021 03:17 PM
capiloton replied at 19-4-2021 02:55 PM
bukan main suka ostad di apit oleh 2 ekor succubus

Pergh basinggris dia
Quote jargon 19-4-2021 03:32 PM
Irahana,bubuateyn,nadira isacc,sharifah elen,sara anna adakah mereka2 ni social climber?wlupun ada yg dah upgred jd bini..tp pakaian..nk seksi takpe tp klau yg ada lelemak babat plss laa jgn malukan diri sndri
Quote skinsandstars 19-4-2021 03:37 PM
badan dia hot, terpaksalah tunjuk agaknya walaupun di bulan ramadan. penat dia pilates everyday.
Quote Themilo 19-4-2021 03:40 PM
acah-acah elit memang macam ni sis, padahal baru m40

Lihat semua komen(85)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 10:04 AM GMT+8 , Processed in 0.072919 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top