CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Islam Benci Hipokrit, PU Amin Bertindak Wajar - A Kadir

20-4-2021 11:57 AM| Diterbitkan: rikuren| Dilihat: 4501| Komen: 28|Original author: Oleh: rikuren


"Bagi saya (ia) bukan saja tidak salah malah patut dipuji jika ada pendakwah Islam yang sanggup mengambil pendekatan sejagat bergaul dengan sesiapa sahaja, lebih-lebih lagilah dengan orang bukan Islam atau orang Islam di pinggiran" 

Demikian pandangan Tokoh wartawan negara A Kadir Jasin dalam hantaran di media sosial pagi ini yang berpendapat  adalah wajar buat bekas peserta siri realiti televisyen , PU Amin hadir di majlis yang melibatkan wanita berpakaian seksi di sebuah hotel di Kuala Lumpur.


Kredit foto: Instagram Nadira Isaac

Memang begitulah tugas asasi seorang pendakwah iaitu berdamping dengan sebanyak mungkin kumpulan manusia tanpa mengira tempat, masa dan suasana untuk menyampaikan Islam, menurut pandangannya.


"Lebih baik orang agama bergambar dengan wanita cantik di khalayak ramai ketika berdakwah daripada bersekongkol dengan pemimpin yang merampas kuasa atau yang rasuah. Islam benci hipokrit!" katanya lagi memetik laporan MalaysiaKini.

Sementara itu. PU Amin sebelum ini mengakui hadir di majlis berbuka puasa berkenaan kerana melihat ada peluang untuknya berdakwah secara berdepan dengan golongan yang ditentang sebelum ini.


Kredit foto: Harian Metro

"Viral gambar saya dengan dua individu dalam sebuah acara tertutup baru-baru ini. Ceritanya, saya dijemput untuk baca doa berbuka puasa dan tazkirah Ramadan sebelum berbuka puasa.

Saya hadir dengan niat menyampaikan dakwah dan menyempurnakan tugas saya secara face to face (bersemuka) lalu membaca doa agar Allah menerima segala amal kebaikan kita dan mengampunkan dosa-dosa kita.

Ini peluang untuk menyampaikan dakwah secara berhadapan. Saya tahu kesan fitnah sangat besar. Tapi kalau bukan waktu itu, bila lagi nak beri tazkirah secara berdepan dengan golongan yang saya lawan sebelum ini," katanya. 


Kredit foto:  FMT

Tambah A Kadir lagi, apa yang dilakukan PU Amin itu adalah betul dan niatnya baik iaitu untuk menyebarkan dakwah dan menyempurnakan tugasnya secara bersemuka.

Berbanding tanggapan orang ramai di negara ini terhadap pendakwah Islam, katanya, mubaligh Kristian pula berdakwah dengan sesiapa saja dan di mana-mana yang dirasakan boleh. - CARI
1

Bagus
2

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (7 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote imransulaiman 20-4-2021 12:00 PM
Edited by imransulaiman at 20-4-2021 12:06 PM

Pakaian terbelah nampak paha tu perempuan jadian kan?
Quote Skuau 20-4-2021 12:27 PM
benda ni viral/jadi isu..sb wanita tu cantik ke atau seksi@mencolok mata@dedahkan aurat???
Quote insulin 20-4-2021 12:37 PM
Gangguan seksual secara terang-terangan kepada kaum lelaki.
Quote dodolgemok 20-4-2021 12:43 PM
Dodol tgok gmbar tu mula2 ingat edit, rupanya betul! Takziah la pada penonggeng ugama. Zaman PAS PNtek ni, kejadian menghina ugama makin menjadi2.
Quote salmon-suki 20-4-2021 12:51 PM
Pondan kan semua tu..{:smile
Quote MissVixen 20-4-2021 12:57 PM
Ada jugak yang sokong pu2 ni semua.
Quote zidane_ziege 20-4-2021 01:10 PM
Islam semakin liberal dibawah pemerintahan lobai pas
Quote kelapaparut 20-4-2021 01:59 PM
pu amin sampai tutup crotch xmenahan nak menegang ke tu..
Quote Orix 20-4-2021 02:15 PM
salmon-suki replied at 20-4-2021 12:51 PM
Pondan kan semua tu..{:smile

tiga2 tu pondan di mata iols
Quote c===8 20-4-2021 02:16 PM
amin dtg majlis tu free atau dibayar?
Quote MelahJanda 20-4-2021 02:18 PM
tak pakai mask. kompaun
Quote Johi 20-4-2021 02:35 PM
Dia ni bukan ambik port pun pu2 ni,janji boleh kaitkan tebuk atap,sendiri bodoh salahkan orang lain ,cuba madir tunaikan janji serah PM pada nuar takda lah kerajaan 22 bulan dan tebuk atap
Quote lemanusopp 20-4-2021 03:01 PM
Knp la bnyak sgt cite pasal perosak agama musibat ni SEMA...
Dh tentu musibat2 pu la apa la ni celebriti...apa NK heran..kaki maksiat SEMA...
Skrang market kosmetik agama tgh laku...sbb ramai yg jahil tp perasan baik
Quote batmana 20-4-2021 03:06 PM
Klu org tu pondan.lpas majlis ajakla tarawih situ
Quote ally9970 20-4-2021 03:16 PM
Alah... dulu ada menteri agama, hadir dan duduk dgn kaum lgbt, tak pe pun...
Quote salmon-suki 20-4-2021 03:16 PM
Orix replied at 20-4-2021 02:15 PM
tiga2 tu pondan di mata iols

Baidewei,boleh plak pondan ni jd influencer?nk influence psl apo?kepondanan?n sapa y bg gelaran tuh kt pondan2 nih?
Quote Orix 20-4-2021 03:17 PM

entahnya, x pkai mask... kompaun laaa
Quote Nham22 20-4-2021 03:19 PM
Mengarutttt... Mengaruttttt... Mengarutttyt
Quote helicornia 20-4-2021 03:37 PM
insulin replied at 20-4-2021 12:37 PM
Gangguan seksual secara terang-terangan kepada kaum lelaki.

kan, wpun iols perempuan iols benci pompuan pakai dedah2. bila lelaki pandang lelaki plak dicop gatal.
kadang kesian gak kt geng lelaki, serba salah tak tau nak pandang mana.
konon itu hak asasi perempuan nak pakai apa
tapi orang lain pun ada hak juga untuk hidup dalam persekitaran yang tenang

Lihat semua komen(28)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 03:13 PM GMT+8 , Processed in 0.169631 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top