Pelakon meningkat naik dan personaliti media sosial, Aisar Khaleed mendedahkan dirinya telah dikompaun oleh pihak polis gara-gara tidak mengimbas ‘qr code’ di aplikasi MySejahtera ketika sedang bersahur di sebuah restoren pada pagi Ahad.
Bagaimanapun, Aisar mengakui kesalahan tersebut adalah berpunca daripada kesilapannya sendiri yang tidak mengambil serius akan saranan yang telah ditetapkan oleh kerajaan itu. Katanya lagi, pada ketika itu, dia berasa agak letih sehingga terlupa untuk mematuhi prosedur operasi standard yang kini telah menjadi norma baru di kalangan masyarakat. “Tengok ni guys, makanan pun dah habis. Tadi aku tengah bersahur, tiba-tiba tu dia…tadi aku kena serbu dengan polis.
“Tapi itu memang kesalahan aku la sebab aku tak scan MySejahtera tadi. Jangan contohi macam saya. Saya cuai tadi penat baru habis gym “Aku penat sangat sampai terlupa. Meja scan pun dekat dalam. Haa nampak tu saya kena RM1500. Aduh, pening kepala,” katanya. Kisah tersebut dikongsikan oleh pelakon drama, Chandelier itu menerusi sebuah video berdurasi hampir seminit yang dimuat naik di aplikasi Tiktok. Selain Aisar, dua individu lain yang datang bersamanya turut dikenakan kompaun yang sama. Ke semua mereka difahamkan telah dikenakan kompaun berjumlah RM1500 setiap seorang. Setakat ini video tersebut telah pun meraih hampir 90,000 jumlah tontonan selain turut dihujani ratusan komen.
|
SweetRehan replied at 20-4-2021 11:40 AM
Awat kepit sgt gambar yang kat jembatan tu...
AKAZ85 replied at 20-4-2021 11:44 AM
Geli siot gambar kat jambatan tu.. Kesian betul generasi bbnu ni yang lelaki dia hilang dah sifat ke ...
Asdira replied at 20-4-2021 10:58 AM
jap..
siapa dia ni?
gideoncross replied at 20-4-2021 12:06 PM
Prmpuan2 muda zmn skrg mmg suka kat llaki set2 cenggini, mcm mamat2 jambu Kpop. The more jambu the ...
ADVERTISEMENT