CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ajal Ketika Bekerja, Mekanik Maut Dihempap Bas Persiaran

20-4-2021 12:27 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3004| Komen: 14

Klang: Mekanik maut selepas dihempap bas persiaran sedang dibaikinya di bengkel kenderaan di Pandamaran dekat sini, semalam.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon Klang, Hussin Ab Rahman berkata, mangsa yang dikenali sebagai Hermang Amir, 33, maut di tempat kejadian.


Katanya, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 8.31 malam dan sepasukan pegawai serta anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) bergegas ke lokasi kemalangan.


Foto: Harian Metro

"Sebaik sampai di lokasi, didapati berlaku kemalangan yang mana seorang lelaki warga tempatan tersepit di bawah bas yang sedang dibaikinya.

"Bagaimanapun, mangsa sudah dikeluarkan orang awam dan disahkan meninggal dunia.


"Bas berkenaan dipercayai mengalami kerosakan 'air balloon shock absorber' (alat tambahan menyokong penyerap kejutan untuk membuat bas lebih stabil) yang bocor menyebabkan bas menghempap mangsa," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote eyansss 20-4-2021 12:42 PM
salam takziah...  aku takut betul tengok mekanik repair kereta nak2 kereta tergantung n diorang kat bawah...  skeri...
Quote Babai 20-4-2021 12:48 PM
eyansss replied at 20-4-2021 12:42 PM
salam takziah...  aku takut betul tengok mekanik repair kereta nak2 kereta tergantung n diorang kat  ...

Yang kat pusat servis kereta tu tak risau, dia ada safety mechanism yang pegang/lock pada position tu walaupun pneumatic dia tiba2 mati.
Quote MissVixen 20-4-2021 12:56 PM
Innalillah. Kesiannya. Tengah mencari rezeki.
Quote sarah82 20-4-2021 01:06 PM
Innalillah wainna ilaihi rajiun
Quote cha-cha 20-4-2021 01:11 PM
But how? Freak accident... kesian.
Quote ais_kosong 20-4-2021 01:45 PM

Innalillah wainna ilaihi rajiun.. Takziah untuk keluarga arwah.
Quote Artemesiaa 20-4-2021 02:39 PM
Takziah buat keluarga beliau
Quote darkness 20-4-2021 02:57 PM
Slalu nampak mekanik kampung baiki kereta mcmni...mmg serau. Sb tu kata  org klu naikkan kereta, biar tepi kereta tu disanggah 2 biji tayar utk mengelakkan kemungkinan kemalangan berlaku.
Quote arm_band 20-4-2021 05:43 PM
kesiannya, malam2 pun keje lagi dalam bulan puasa ni
Quote sfrnna 20-4-2021 09:19 PM
Innallillah. Seriau tgk. Kadang2 dok terpikir jugak camni bila tgk pomen repair kereta.
Quote sambaldurian 20-4-2021 09:25 PM
harap bengkel tu ada la caruman perkeso ke, klu ada waris ringan sikit beban.
Quote Jitu 20-4-2021 09:32 PM
Innalillah...

Quote haruslah 20-4-2021 09:33 PM
Malam2 masih keja
Demi mencari rezki
Takziah
Quote Nenolen 20-4-2021 10:44 PM
Innalillah...Al Fatihah

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 02:34 PM GMT+8 , Processed in 0.218070 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top