CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Nak Menunjuk-Nunjuk Ada Pistol, Tertembak Kawan Sendiri

20-4-2021 12:32 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4369| Komen: 21

Parit Buntar: Tindakan seorang pengawal peribadi yang mahu menunjuk-nunjuk sepucuk pistol miliknya kepada tiga rakan mengundang tragedi apabila dia tertembak salah seorang rakannya semalam.


Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak, Senior Asisten Komisioner Anuar Othman, berkata dalam kejadian sekitar 6.30 petang itu, lelaki berusia 33 tahun terbabit dikatakan sedang minum minuman keras di pinggir sungai di Jalan Swee Lee Kuala Kurau bersama mangsa berusia 23 tahun dan dua lagi rakan mereka masing-masing bekerja sebagai pemilik syarikat lori berusia 37 tahun dan penjaga stor berusia 48 tahun.

Menurutnya, sewaktu kejadian lelaki itu mengeluarkan sepucuk pistol jenis CZ 75 dengan niat mahu menunjuk-nunjuk kepada rakannya.

Kredit foto: Harian Metro



"Ketika kejadian, lelaki itu sedang duduk di tembok batu manakala mangsa berdiri di hadapannya dengan jarak kira-kira 1satu meter.

"Bagaimanapun ketika mengeluarkan 'magazine' pistol itu, lelaki itu tidak menyedari masih ada sebutir peluru di dalam 'chamber' dan ketika menarik picu, pistol itu meletup dan terkena pada rakan yang berada di hadapannya.

"Mangsa mengalami pendarahan akibat terkena tembakan pada bahagian kiri perutnya," katanya dalam satu kenyataan.

Katanya, cemas dengan kejadian itu, lelaki terbabit melepaskan satu lagi tembakan di dalam beg sandang miliknya dengan niat hendak mereka-reka cerita bahawa pistol itu meletup dengan sendirinya.

"Mangsa yang cedera kini dirawat di Hospital Parit Buntar dan keadaannya dilaporkan stabil. Siasatan awal mendapati, suspek berkerja sebagai pengawal peribadi di sebuah syarikat keselamatan di Kuala Lumpur dan datang ke sini untuk upacara sembahyang kematian rakannya yang genap setahun.

"Susulan kejadian polis menahan tiga rakan mangsa dan merampas senjata yang digunakan bersama sebuah magazine berisi lapan butir peluru jenis 9mm, sebutir kelongsong tertera tulisan 9mm serta sarung pistol," katanya.

Katanya, kes disiasat dibawah Seksyen 37 Akta Senjata Api 1960 dan semua tangkapan direman sehingga Jumaat. -CARI

Sumber: Harian Metro
1

Bagus
2

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (7 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Skuau 20-4-2021 12:38 PM
pengajaran nya...'jangan menunjuk nunjuk'.sekian.
Quote sarah82 20-4-2021 01:05 PM
Waduh.. X pasal2 kena hukum penjara.
Quote cha-cha 20-4-2021 01:15 PM
Lol.... mabok + pistol
Quote MarryPottet 20-4-2021 01:21 PM
Bodigad saper tuuuuuu?
Boleh pulak rentas negeri semata utk attend majlis sembahyang KAWAN yg dah setahun mati
Atau dia menipooo masa mohon kelulusan polis utk rentas negeri?
Harap polis buka kertas siasatan kes dia rentas negeri jugak
Quote tripleid 20-4-2021 01:53 PM
Minum arak pastu main pistol..mmg saja cari nahas la
Quote taji2906 20-4-2021 02:00 PM
ni mesti baru dapat pegang pistol. tak kan tak tau da masuk mag, ko cekah memang sebutir peluru masuk dlm chamber tu. pastu nak kencing pistol meletup sendiri. tamil nadu betul
Quote Belibis 20-4-2021 03:10 PM
cha-cha: Lol.... mabok + pistol

Bagus orangnya..mabuk2 pun balik jgak utk semayang kawan dia.
Quote Artemesiaa 20-4-2021 03:14 PM
Mabuk sambil pegang pistol bakal bawak padah
Quote zorrro_03 20-4-2021 03:28 PM
tripleid replied at 20-4-2021 01:53 PM
Minum arak pastu main pistol..mmg saja cari nahas la

arak dan benda2 yang memabukkan mmg benda paling celaka yang wujud atas muka bumi.  sebab tu Islam larang nya.
Quote prettyuglybabe 20-4-2021 03:40 PM
mujur dia tak hantar kawannya berjumpa kawan yang lagi satu tu..
Quote Babai 20-4-2021 05:16 PM
Padah orang nak berlagak
Quote b_n_c 20-4-2021 06:28 PM
hahahaha

kelakar komen2
Quote Cece1234 20-4-2021 06:30 PM
Xpasal2 kan..
Quote mamarock 20-4-2021 10:44 PM
Yang ni boleh dimasukkan ke dalam kategori hak asasi manusia jugaklah kan?
Quote ChildrenOfBodom 20-4-2021 10:48 PM
Accidents will happen?
They all heard Ricky say
He fired his six-shot to the wind
That child blew a child away, ye-yeah
Quote mikasa 20-4-2021 10:51 PM
Aku pun ada sorang sedara yang baru posting xxlxx. Bergambar bagi anak umur 2 tahun main pistol kat umah.
Bangga pulak share ngam kaum kerabat.
Quote budaktua 20-4-2021 10:54 PM
yg paling muda pulak yg jadi mangsa....  kesian..


23 tahun dh blh jadi bodigad ke..?
Quote Trumpettt 20-4-2021 11:18 PM
Jgn show off....
Quote Lolalala 21-4-2021 04:00 AM
mikasa replied at 20-4-2021 10:51 PM
Aku pun ada sorang sedara yang baru posting xxlxx. Bergambar bagi anak umur 2 tahun main pistol kat  ...

Gila bodoh bg anak main walaupun kosonh. Parents sebolehnya nak elak anak tahu bapaknya ada pistol kot. Budak2 dgn perasaan ingin tahu dia kuat kot.

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 02:35 PM GMT+8 , Processed in 0.047631 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top