CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Kekal Harmoni - Tip Privasi Di Rumah Mertua Tapi Masih Jaga Hati!

21-4-2021 02:38 PM| Diterbitkan: natrahn| Dilihat: 5335| Komen: 2|Original author: Oleh: natrahn


Situasi pasangan yang sudah berkahwin tinggal dengan keluarga mentua dalam kalangan masyarakat bukan sesuatu yang baharu.

Apabila tinggal sebumbung, menjaga aurat dan tatasusila perlu diberi perhatian yang serius, lebih-lebih lagi apabila tinggal dengan ipar-duai yang berlainan jantina di bawah bumbung sama.

Malah, duduk bersama dengan mentua selepas kahwin boleh wujudkan konflik. Ketahui cara untuk pastikan privasi anda terjaga tetapi masih menjaga hati orang tua!

1) Pastikan ada ruang sendiri

Kredit foto - Property Guru


Privasi pasangan adalah yang paling disebut-sebut bila tinggal sebumbung dengan mertua. Pastikan segala pertelingkahan rumah tangga tidak dilakukan di hadapan orang tua kita.


2) Pilih bilik terbaik

Pastikan bilik yang dipilih tidak menganggu ahli keluarga lain atau lebih baik kalau ada bilik air sendiri. Privasi di bilik tidur adalah rahsia suami isteri. Sebab itu, orang luar tak kira saudara, mertua atau adik beradik sekalipun dilarang masuk kerana di situ semua aktiviti sulit suami isteri dilakukan.

Kredit foto - Property Guru

Pastikan anda hias bilik atau ruangan tu untuk keselesaan anda. Lakukan aktiviti memperindahkan bilik tidur demi kebahagiaan rumahtangga. 


3) Hartanah dwi kunci atau townhouse

Jika ada rezeki lebih, bolehlah melaburkan sedikit wang untuk membeli hartanah yang menjaga privasi tapi masih duduk serumah samada kondo dwi kunci atau townhouse.

Kredit foto - Property Guru

Kondo dwi kunci adalah dua unit dengan pemilikan hartanah sama yang memisahkan bilik tidur dan air tapi berkongsi dapur, ruang tamu dan lain-lain.

Townhouse juga pilihan yang baik. Ia seperti duduk dalam satu rumah sama cuma di tingkat dan akses serta ruangan yang berbeza. 


4) Berbincang dan tetapkan batasan masa


Kredit foto - Property Guru

Pembentukan rutin harian penting untuk mewujudkan pemahaman yang pada waktu-waktu tertentu, anda tak boleh diganggu terutama ketika bekerja dari rumah.

5) Rajin dan tak berkira

Kredit foto - Property Guru

Janganlah terlalu menunjuk sikap malas semasa tinggal di rumah mertua. 

6) Jangan masuk campur dengan masalah tertentu

Sebagai anak atau menantu, seeloknya kita jangan mencampuri urusan yang berlaku antara mereka. Hormati orang yang tinggal serumah.

Kredit foto - Property Guru

Dah duduk sebumbung di rumah mertua, kita kena ikut peraturan mereka. Jangan memandai ubah apa yang dah sebati dalam rumah.


Kredit foto - Property Guru

Hati orang tua tidak dinafikan memang mudah tersinggung walaupun anda merasakan perbuatan anda tidak salah. Memang anda memerlukan privasi, tapi itu tak menjadikan tiket untuk bersikap biadab dengan mereka.

Semoga bermanfaat.


Kredit artikel - Property Guru



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cariplease 26-7-2021 10:01 PM
True true make sense
Quote CikPuanPadilla 27-7-2021 12:09 AM
Betui tu...setuju

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 08:03 PM GMT+8 , Processed in 0.044378 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top