CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Rentas Negeri Sambut Anniversary, Pasangan ‘Instafamous’ Dipenjara Sehari, Denda RM2,500

20-4-2021 04:07 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 17112| Komen: 135

PETALING JAYA: Mahkamah Majistret Kuala Lumpur menjatuhkan hukuman penjara sehari dan denda RM2,500 terhadap “Instafamous” dan suaminya selepas mengaku bersalah memberi maklumat palsu untuk mendapatkan kebenaran rentas negeri.


Majistret Wong Chai Sia menjatuhkan hukuman itu selepas Iram Naz Hafiz Sabir Muhammed, 25, dan Azharique Shah Abdul Jalil, 23, mengaku bersalah terhadap tuduhan berkenaan.


Foto: Malaysiakini

Pasangan itu dituduh melakukan kesalahan di Balai Polis Wangsa Maju pada 2 petang, 15 Mac lalu, ketika memohon kebenaran rentas negeri bagi kawasan perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) untuk ke Johor.

Kedua-duanya didakwa memberi maklumat palsu secara bertulis kepada Ketua Balai Polis, Fairul Nizam Anuar dan didakwa mengikut Seksyen 22(D) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).


Jika sabit kesalahan mereka boleh dipenjara hingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Wan Ahmad Hakimi Wan Ahmad Jaafar, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Terdahulu, Wong berkata perbuatan tertuduh memberi contoh buruk kepada masyarakat yang mana tidak dibenarkan melakukan rentas negeri dalam tempoh perintah kawalan pergerakan (PKP).

“Tempahan tempat penginapan tidak dapat dibatalkan dan wang tidak dikembali bukan satu alasan untuk merentas negeri,” katanya sebelum membacakan hukuman ke atas pasangan itu, menurut laporan Harian Metro.

Iram Naz merayu mahkamah tidak mengenakan hukuman penjara, mengambil kira dia wakil tunggal yang menyara keluarga dan berjanji untuk tidak mengulangi kesalahan sama.

“Kami membuat tempahan hotel pada 26 Disember lalu ketika rentas negeri dibenarkan untuk menyambut ulang tahun perkahwinan namun ditunda beberapa kali.

“Kami cuba membatalkannya, namun pihak terbabit tidak mahu kembalikan wang tempahan penginapan menyebabkan kami meneruskan hasrat (dengan) merentas negeri pada 17 Mac lalu,” katanya.

Bulan lalu, tular di media sosial apabila selebriti itu memuat naik “Instastory” menyatakan beliau memujuk polis untuk melakukan aktiviti rentas negeri sehingga menimbulkan kemarahan dan kecaman warganet. -CARI

Sumber: Free Malaysia Today

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote hareeeesah 20-4-2021 04:14 PM
Kalau semua diam tak viral kan baguih
Quote shernazz 20-4-2021 04:15 PM
Cash lahhh
Leyana rahman.bila lagi nak kena?
Quote saviour_09 20-4-2021 04:15 PM
lain kali diam2 sudeehhh

ramai je rentas berjimba sis

ada pulau tu penuh org time coti sekolah baru ni

nak tak nak je kantoi kan diri sendiri

ko je cerdik semua nak di post medsos

berjimak tak nak post?
Quote epuepy 20-4-2021 04:17 PM
Padan muka. Dh dpt rentas, gi upload. Bebal.
Quote bambimo 20-4-2021 04:18 PM
oh bukan datin ke?
ingt dia ni datin
Quote monsterwife 20-4-2021 04:20 PM
Walaupun sehari tetap bekas banduan
Bagus majistret ni, tapi klau bg sebulan ke lg best
Biar beraya dlm prison
So , risteena dgn jah birah bila plk dgn psgn masing2
Quote MelahJanda 20-4-2021 04:21 PM
nilopak dan pubird shaking?
Quote tobobon 20-4-2021 04:27 PM
shernazz replied at 20-4-2021 04:15 PM
Cash lahhh
Leyana rahman.bila lagi nak kena?

leeyaana tu siap rentas negeri lagi hantar kereta..hadiah untuk parents katanya...
kt twitter ramai ckp pas ni nak rentas negeri bagi alasan nak bg hadiah kereta kat mak ayah..
Quote Carcosa 20-4-2021 04:28 PM
PADANNNNN MUKA KAUUUUUUU, SETANNNNNNN.

Puas hati aku. Bahahahahahaaaaa
Quote shernazz 20-4-2021 04:32 PM
tobobon replied at 20-4-2021 04:27 PM
leeyaana tu siap rentas negeri lagi hantar kereta..hadiah untuk parents katanya...
kt twitter ram ...

Khens..
Boleh lah memasing beli kete bagi kat mak pak alasan utk.rentas negeri...
Kelakar betul..pastu uploas kat soc med
Kebodohan instapemes.tak.berkesudahan
Quote darkness 20-4-2021 04:34 PM
Kalau berhanimun dalam bilik tidak siok ka? sorry still inesen
Quote MissYouSayang 20-4-2021 04:35 PM
Haa bole pun kena denda.igt ke x bole langsung smpai nak kena bukak kertas siasatan .pastu kena lalu pegawai undang2 lg .so jahlendir bila nak kena
Quote sharlenetexas 20-4-2021 04:41 PM
Berjubah kopiah lagi tu
Quote mawarika 20-4-2021 05:00 PM
Jah pun patut kena jel berhari2.. jah terlepas mmg tak adil.
Quote alesandra 20-4-2021 05:06 PM
Rasenya denda tu xde sgt... part penjara tu yg sakitnya tu disini.... walaupun sehari baru ada akai
Quote SANKURIANG 20-4-2021 05:11 PM
Asal masuk mahkamah aja, pakai kopiah. Kalau berkopiah, kenapa kau nipu alasan hrtu? Maka rosak la ye nama sebab dah tercop BANDUAN? Adoi....syok sekejap, tapi kena 2.5k dan tidur semalam di rumah grill besi padu.
Quote prettyuglybabe 20-4-2021 05:17 PM
dapat anak nanti boleh cerita mak pak aku banduan rentas negeri.. kau ada???
Quote jalfa 20-4-2021 05:29 PM
Mmg kena penjara ekk.....rasanya penjara lokap je kalo sehari kan buat rugi buat swab test je nak sumbat diorg dlm penjara biar dia rasa berak dlm jamban lokap dulu
Quote nesloice 20-4-2021 05:33 PM
syukurrrrr

Lihat semua komen(135)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 04:54 PM GMT+8 , Processed in 0.074723 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top