CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Bonda Rozita Benci Dengar Suara Sumbang Aliff Syukri - “Syukur Tak Menyanyi Dengan Jadian”

21-4-2021 10:52 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 6052| Komen: 26

Selepas kejayaan lagu Jom Raya pada tahun 2019, usahawan kosmetik yang juga bergelar penyanyi iaitu Datuk Seri Aliff Syukri tampil pula dengan lagu baharu sempena Aidilfitri ini.


Menurut Aliff atau nama sebenar Aliff Syukri Kamarzaman, 34, dia nekad merakamkan lagu raya baharu selepas menyedari ramai peminat merindui suara lunaknya itu.


Foto: IG

"Hari ini saya di tempat rakaman. Alhamdulillah berkat sokongan peminat setia yang merindui saya, hari ini terbukti suara saya jadi igauan rakyat Malaysia. Mereka semua suka!

"Ini komposer terkenal Abang Amy Ukays. Lagu sebelum ini pun dia buat. Kita teruskan ya sebab ramai orang nak dengar lagu La La Raya ini," katanya menerusi laman Facebook.




Lagu berjudul La La Raya 2021 itu merupakan hasil ciptaan Amy Ukays bersama isteri Aliff iaitu Datin Seri Nur Shahidah Mohd Rashid.

Pada tahun 2019, Aliff menyanyikan lagu Jom Raya bergandingan bersama Bella Astillah dan Zizi Kirana.

Lagu pertamanya itu menerima pelbagai reaksi pendengar dan rata-ratanya terhibur melihat aksi bersahaja jutawan kosmetik ini.

Sementara itu, menerusi laman Instagram Aliff meminta pandangan orang ramai mengenai perancangan untuk tampil dengan single baharu itu.


Salah satu komen yang menarik perhatian pengikut ialah komen ibunya iaitu Rozita Ibrahim yang mengakui tidak suka mendengar suara usahawan itu.

Meskipun begitu, Rozita tetap meluahkan rasa syukur kerana Aliff tidak mengundang rakan rapatnya dalam lagu baharu ini.

"Kri (nama panggilan Aliff) oh Kri... sudahlah nyanyi-nyanyi, benci mak tengok kau menyanyi sumbang tunggang-langgang.

"Suka buat orang marah, kau tak kaya sebab menyanyi, saja bahan orang tapi mak bersyukur la dalam marah ni, kau tak menyanyi dengan jadian.

"Bosan tiap tahun nak buat lagu raya... memang hati kebal budak ni, malas nak layan," tulis Rozita.





Komen yang ditulis oleh pengasas produk kesihatan tradisional itu menerima pelbagai reaksi pengikut hingga ada mengaitkan dengan rakan baik Aliff iaitu Nur Sajat.

Sebelum ini Aliff pernah menyanyikan lagu Bobo Di Mana bergandingan bersama Nur Sajat dan Lucinta Luna pada tahun 2018. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tipah89 21-4-2021 01:06 PM
definisi kejayaan bagi seketul alip sukri is bila dikecam bertubi2.. dia punya level confident bukan kaleng2, level 7 petala langit
Quote Dodod 21-4-2021 01:17 PM
haha mak dia mmg xmenahan. selamber je sound.
Quote kiahkonar 21-4-2021 01:22 PM
sedia maklom
Quote laksmanabentan 21-4-2021 01:36 PM
next.. meluattt...
Quote Orix 21-4-2021 01:40 PM
sama jah dedua mak ngan anak.....
Quote None68 21-4-2021 08:07 PM
Orang bisnes mcm tu ler..
Quote Rogue98 21-4-2021 08:16 PM
Mak anak sama jer ...Aku dah u follow dua2 lama dah.
Quote slyfynx 21-4-2021 09:30 PM
Eh, jgn bg publisiti free leh x
Quote nurkasih74 21-4-2021 10:21 PM
Nyesal bukak.. dlm pd tak suka abak membazir, disebut2 juga harga beg2 tu.. nasib org berada..
Quote samshik 21-4-2021 11:21 PM
Baik mak baik bini die.. Sume dah gv up.. Bibik2 die sebab mkn gaji jer.. Tu yg cerca dlm ati.. Still, I wonder how ppl kat studio react time nak rekod sore terkepit belut letrik nie.. Deaf tone meh?
Quote NataliaLuiz 26-4-2021 11:27 PM
Mak sendiri yg cakap tu.
Quote user.name 27-4-2021 05:29 AM
usaha tanggal kejayaan?
Quote user.name 27-4-2021 05:30 AM
[youtube]2dtEpjtX6RY[/youtube]
Quote user.name 27-4-2021 05:34 AM
[youtube]zcZPLBRJhYM[/youtube]
Quote user.name 27-4-2021 05:35 AM
[youtube]Gub1WENalBQ[/youtube]
Quote songhara1226 27-4-2021 05:48 AM
Rogue98 replied at 21-4-2021 08:16 PM
Mak anak sama jer ...Aku dah u follow dua2 lama dah.

Haha iolls ni bukan takat unfollow, dh kena blocked dh pon dengan mak dia tu , sebb bonda tu hati cepat koyak
Quote Cik_jantung 27-4-2021 05:53 AM
samshik replied at 21-4-2021 11:21 PM
Baik mak baik bini die.. Sume dah gv up.. Bibik2 die sebab mkn gaji jer.. Tu yg cerca dlm ati.. Stil ...

Orang studio dibayar wakkk.. semua pun redho mendengor suara belut
Quote Cik_jantung 27-4-2021 05:54 AM
songhara1226 replied at 27-4-2021 05:48 AM
Haha iolls ni bukan takat unfollow, dh kena blocked dh pon dengan mak dia tu , sebb bonda tu  ...

Apa ko carutkan si bonda tu smpi kena block haa... Hahaha
Quote user.name 27-4-2021 05:55 AM
[youtube]WjoCGQJR5R0[/youtube]

Lihat semua komen(26)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 07:32 PM GMT+8 , Processed in 0.117398 second(s), 49 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top