CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Baju Raya Caprice Juga Dia Tipu Orang" - Caprice Tawar RM5,000 Tangkap Scammer

21-4-2021 01:55 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3903| Komen: 8

Penyanyi rap Caprice enerusi Instagram menawarkan ganjaran RM5,000 kepada sesiapa yang mengenali atau mempunyai maklumat berkaitan seorang lelaki yang menjadi ‘scammer’ menjual baju raya miliknya.




Lebih teruk, kegiatan lelaki tersebut bukan hanya melibatkan penjualan baju raya sahaja malah turut menipu menjual ‘hoodie’ sebelum ini.

"Ganjaran wang tunai RM5,000 kalau siapa-siapa dapat tangkap scammer ni yang sudah scam ramai orang jual hoodie caprice dan sekarang baju raya caprice juga dia tipu orang. Minta semua pihak yang kene scam terus buat report polis and forward to me please. InsyaAllah kita dapat tangkap dia dalam masa terdekat," katanya.



Menurut Caprice, lelaki berkenaan menggunakan akaun Instagram @rindu_by_caprice untuk menipu mangsanya. 

Justeru, Caprice memohon kepada semua mangsa untuk membuat laporan polis agar ‘scammer’ tersebut berjaya ditangkap.

"Muhammad Fa***, kamu ada 24 jam untuk telefon saya atau tidak esok kita tak puasa ganti selepas raya," ujarnya memberi amaran.


Kredit foto: IG Caprice

Caprice turut memuat naik gambar lelaki disyaki ‘scammer’ pada status di IGnya.

Selain gambar suspek, penyanyi itu turut memuat naik transaksi penipuan yang telah dilakukan.



Di samping itu, Caprice turut memaklumkan bahawa suspek telah melakukan perbuatan terkutuk itu sejak tahun 2019 lagi dengan menjual kucing, produk termasuk kereta.


Sumber: OhBulan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Carcosa 21-4-2021 05:17 PM
Apa maksud dia "esok kita tak puasa ganti raya"?
Quote None68 21-4-2021 07:54 PM
Dah dapat ke orangnya?
Quote sukacactus 21-4-2021 08:36 PM
Carcosa replied at 21-4-2021 05:17 PM
Apa maksud dia "esok kita tak puasa ganti raya"?

Mcm nak gaduh sampai terbatal puasa
Lps raya gantl puasa blk la
Quote Carcosa 21-4-2021 10:23 PM
sukacactus replied at 21-4-2021 08:36 PM
Mcm nak gaduh sampai terbatal puasa
Lps raya gantl puasa blk la

Ohhh gichew..
Quote SalenaGomez 21-4-2021 10:29 PM
sukacactus replied at 21-4-2021 08:36 PM
Mcm nak gaduh sampai terbatal puasa
Lps raya gantl puasa blk la

Awal2 dah niat nak batal posa...agak2 esok sah x?
Quote sukacactus 21-4-2021 10:32 PM
SalenaGomez replied at 21-4-2021 10:29 PM
Awal2 dah niat nak batal posa...agak2 esok sah x?

Sembang kena lebat
Mulut caprice ni bknnya kita xtau
Pandai2 dia la
Quote dudaberhias 21-4-2021 11:04 PM
Kenapa scammer semua muka hodoh2 ya dan nerd2, jarang jumpa yang herlok2, kalau herlok2 pun pic pilot dia rembat mana entah lepastu duk goda andartu2 level 41 ke atas (forever). Sekarang ni jadi andartu pun boleh level UP character macam game, Max level 50 kata ifan
Quote GegarVaganja 21-4-2021 11:08 PM
Carcosa replied at 21-4-2021 05:17 PM
Apa maksud dia "esok kita tak puasa ganti raya"?

Dia nak beromen dengan scammer tu di siang hari ka?
Soalan ye. Bukan fitnah

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 02:36 AM GMT+8 , Processed in 0.034289 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top