CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bayi Tujuh Bulan Maut, Kepala Tersepit Celah Besi Katil

21-4-2021 02:59 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 7467| Komen: 51

Jitra: Seorang bayi lelaki berusia tujuh bulan ditemukan meninggal dunia dipercayai tersepit besi katil di sebuah asrama kebajikan di sini, semalam.

Menurut sumber, polis menerima panggilan daripada sebuah hospital pada jam 8.30 malam tadi, berhubung kematian mangsa sebelum bergegas ke lokasi untuk melakukan siasatan.

Katanya, ketika kejadian terdapat dua pekerja asrama iaitu lelaki berusia 43 tahun dan wanita berusia 60 tahun sedang bertugas pada waktu itu.


Gambar Hiasan

"Kejadian dipercayai berlaku antara jam 7 hingga 8 malam selepas pekerja lelaki dan wanita itu meninggalkan bayi berkenaan di atas katil dalam keadaan terbaring bersama bantal di bahagian kiri dan kanannya kerana hendak berbuka puasa dan menunaikan solat Maghrib.


"Wanita itu kemudian memeriksa kawasan katil asrama selepas selesai solat dan mendapati mangsa tersepit dalam keadaan kepalanya tersangkut pada celah besi katil berkenaan," katanya.

Difahamkan, asrama itu mempunyai 26 penghuni berusia antara 22 hari hingga 15 tahun dengan majoritinya adalah kanak-kanak yang mempunyai masalah kesihatan, kurang upaya dan cacat.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati terdapat kemungkinan mangsa merangkak dan cuba keluar melalui celahan besi katil.

"Hasil pemeriksaan awal pada badan mangsa tidak menemui sebarang kecederaan yang boleh dikaitkan dengan perbuatan jenayah.

"Berikutan kejadian itu polis menahan dua pekerja terbabit bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001," katanya.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar untuk dibedah siasat.

Mangsa dihantar ke asrama berkenaan untuk jagaan sementara mulai 1 April lalu, berikutan ibu bapanya berada dalam tahanan berkaitan kes dadah.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Rodzi Abu Hassan ketika dihubungi, mengesahkan kejadian terbabit dan siasatan lanjut masih dilalukan. -CARI

Sumber: Berita Harian

Bagus

Marah

Terkejut
2

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Meiizu 21-4-2021 03:01 PM
Aduhai anak
Quote Buritan 21-4-2021 03:06 PM
Eloklaa Allah ambil bslikk.. mak pak belum tentu dpt bela baby ni.. jadilaa dpt merasa hidup kat dunia yg tah ape ape ni sementara aje.. now berseronok laa dgn Allah.. ade penjaga yg baik ati.. untung ko dik
Quote cap_ayam 21-4-2021 03:06 PM
Tak tau nak kata apa.
Quote doubleA 21-4-2021 03:07 PM
Siannya. On a positive note ini yg terbaik utk baby ni, makpak selfish taik dadih
Quote hareeeesah 21-4-2021 03:20 PM
Innalillah, husnuzon percaya la sebab budak umur tu memang tengah nak explore tengok itu ini..
Quote nazzse 21-4-2021 03:23 PM
Bukan salah penjaga, dah ajal baby.
Utk mak bapak padan muka, drug addict pun sibuk nak beelaki, beranak pinak.
Quote helicornia 21-4-2021 03:26 PM
siannye..dh le duduk pusat jagaan
Quote prizadane 21-4-2021 03:30 PM
Innalillah.. sedih baca berita ni. Umur camtu memang kalau baru belajar merangkak, memang laju je.. takpe nak, dah confirm confirm bermain di taman syurga. Nak salahkan pekerja asrama tu pun tak boleh.

Iols harap nanti mak pak nya tak claim nanti anaknya akan tarik deols ke syurga bersama-sama.
Quote MoonRise 21-4-2021 03:30 PM
dia dah berada kat tempat yang lagi baik dah
Quote mama_neko 21-4-2021 03:40 PM
sedih mmg sedih baca... but fikirkan condition dia, dia dah pi tempat yang lebih baik.. mesti jenis katil yang gap besi tu luas.. budak baru nak melasak..
Quote bottombikini 21-4-2021 03:45 PM
Buritan replied at 21-4-2021 03:06 PM
Eloklaa Allah ambil bslikk.. mak pak belum tentu dpt bela baby ni.. jadilaa dpt merasa hidup kat dun ...

sedih aku baca tan..
Quote husna_amal 21-4-2021 03:45 PM
kesiannya baby tu...
Quote roserouen 21-4-2021 03:50 PM
Berlarilah nak kt taman syurga. Allahu, sedihnya
Quote rikuren 21-4-2021 03:53 PM
Allah.. sedihnya..
Quote manehnya 21-4-2021 04:13 PM
majoritinya adalah kanak-kanak yang mempunyai masalah kesihatan, kurang upaya dan cacat.


sedihnya
Quote depresio 21-4-2021 04:18 PM
Sekelip mata je..
Quote Buritan 21-4-2021 04:32 PM
bottombikini replied at 21-4-2021 03:45 PM
sedih aku baca tan..

Realiti sis.. kalo hidup pun sgt sacrifice..
Quote Ciktiekus 21-4-2021 04:52 PM
Better pusat jagaan hire lagi ramai staff untuk rotate khas utk bayi2 yg masih kecil..umo 60 tahun nak suruh handle ramai2..mcm xlogik..
Quote Nana_Man 21-4-2021 04:53 PM
It’s ok baby. U’re lucky. Terselamat dari kekejaman dunia.

Lihat semua komen(51)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 10:29 PM GMT+8 , Processed in 0.060155 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top