CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Zahirah Macwilson Dipuji Tak Tinggal Anak Walaupun Keluar Bekerja

22-4-2021 01:46 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 12742| Komen: 58

Tindakan pelakon Zahirah MacWilson yang tidak sesekali meninggalkan anak kecilnya, Isaac Raees ketika keluar bekerja dipuji peminat.

Menerusi Instagram Story, Zahirah atau nama sebenarnya, Nur Zahirah MacWilson Zainol Johari MacWilson, 26, berkongsikan foto dia memerhati anaknya itu ketika sedang disolek.



Foto: IG

Menurut Zahirah, dia berasa beruntung dapat membawa sekali anaknya ke tempat bekerja, namun memahami tidak semua ibu dapat melakukan perkara sama.



"Alhamdulillah, saya sangat beruntung dapat bawa sekali anak lelaki saya ke tempat kerja tapi tidak semua ibu di luar sana dapat kesempatan seperti ini.

"Kalau tinggal, tidak bermakna kita tak sayang baby. Sesetengah ibu tiada pilihan dan terpaksa berkorban demi mencari rezeki untuk keluarga.

"Kita mesti hargai dan memberi sokongan terhadap ibu-ibu bekerjaya di luar sana yang di atas segala pengorbanan mereka," katanya.


Foto: mStar
Zahirah turut menambah sejak bergelar seorang ibu, dia kini lebih memahami pengorbanan yang dilakukan ibunya, Maslinda Yusof selama ini.

"Bila dah jadi ibu ini, kita sendiri akan sedar betapa besar pengorbanan yang telah dilakukan oleh ibu kita sendiri.

"Bukan sahaja daripada sudut kerjaya tetapi juga daripada segi mental, fizikal, emosi serta ketenangan minda mereka.

"Sekarang pergi peluk ibu anda masing-masing (untuk tunjukkan rasa penghargaan)," katanya.




Pelakon filem Bulan Dan Pria Terhebat ini berkahwin dengan aktor Aiman Hakim Ridza, 32, pada 20 Februari tahun lalu di Damansara Perdana, Selangor.

Hasil perkahwinan, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Isaac Raees yang dilahirkan pada 5 Januari lalu di Perth, Australia. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sofyayra 22-4-2021 02:31 PM
Ada tak companies kat Malaysia ni yg boleh bawak anak pi opis?

Yg aku tau staff gomen la yg kdg dok bawak anak pi opis
Quote SeriBunga 22-4-2021 03:41 PM
sofyayra replied at 22-4-2021 02:31 PM
Ada tak companies kat Malaysia ni yg boleh bawak anak pi opis?

Yg aku tau staff gomen la yg kdg  ...

i bawak je ..tapi sabtu je la. sabtu nurseri tutup.. abih tu baby nk tinggal mana.. terpaksa la bwk dtg keje. mula2 tu management cam mmmmmmmmmmm.. abis, xkan i nk cuti taip sabtu pulak kannn.. lgpun sabtu halfday je
Quote lolipopbiru 22-4-2021 03:45 PM
dia bawak sbb dia takde nanny nk jaga ank dia
Quote NotYou 22-4-2021 04:38 PM
Cute nye baby dia hisshhh geram iols....smoga baby selamat dan sihat slalu...kena hati2 juga time2 pandemic ni tak sesuai sgt bawa baby kat luar or tempat byk org...isaac sho cute
Quote Tudungpink 22-4-2021 05:14 PM
Semoga dijauhkan drpd penyakit bahaya.. Kadang2 terpaksa bawak.. Tp kalau boleh elakkan.. Kesian tgk baby kene swab test ni disebabkan oleh org lain..
Quote sofyayra 22-4-2021 08:05 PM
SeriBunga replied at 22-4-2021 03:41 PM
i bawak je ..tapi sabtu je la. sabtu nurseri tutup.. abih tu baby nk tinggal mana.. terpaksa la bw ...

Kalu ada anak kecik selalu kita struggle tang pengasuh la. Nk berenti, komitmen tak mengizinkan. Iols pun kalu terpaksa pi event hari Sabtu, usaha la cari pengasuh untuk anak2 yg masih kecik. Extra cas pun pejam mata jelah diknon. Bila dh besar, boleh la bawak skali.

Kalu ada management yg considerate Alhamdulillah.
Quote gundah37 22-4-2021 08:39 PM
comelnye baby
Quote bukan_ustazah 22-4-2021 09:04 PM
Hambar dia ni lepas kawin cuba mencapub sikit macam aeril dan wawa nyanyi lagu hindustan mesti naik balik nama
Quote cikenit2007 22-4-2021 09:18 PM
Mmg le hambar ..bakat pun so and so ajer...jauh lagi nk smpi level fazura
Quote bambimbom 22-4-2021 10:59 PM
Hmm tak abes2 lg ke dgn cite psl anak dia ni.. Tu je modal nak kekal relevan.. Laki dia mane time shoot ni? takkan la tak boleh jaga jap
Quote aechae 22-4-2021 11:32 PM
Musim pandemic gini kurg2 kn lh bwa baby kecik keluar tmpt public, x berapa sesuai.. peringatan je utk semua org ni
Quote mendeluk 23-4-2021 12:58 AM
cikenit2007 replied at 22-4-2021 09:18 PM
Mmg le hambar ..bakat pun so and so ajer...jauh lagi nk smpi level fazura

Fazura tu pun bkan gah mana.. kalau tak takde banyak crita buruk duluu.. Jganlah compared.. tetap rase artis yg ok mcm zahirah, maya karin
Quote markonahlah 23-4-2021 03:18 AM
bambimbom replied at 22-4-2021 10:59 PM
Hmm tak abes2 lg ke dgn cite psl anak dia ni.. Tu je modal nak kekal relevan.. Laki dia mane time sh ...

ZM reply kat komen IG dia sebenarnya lepas tu jadilah headline kat portal..bukan dia di interview kat papers..laki dia x ikut sbb dah start berlakon

Nowadays artis reply komen kat IG drg or komen netizen kan sng dijadikan headlines bosan
Quote markonahlah 23-4-2021 03:23 AM
cikenit2007 replied at 22-4-2021 09:18 PM
Mmg le hambar ..bakat pun so and so ajer...jauh lagi nk smpi level fazura


nasib ZM ni tahu dia tak berbakat menyanyi tak mcm org tu x sedar suara x best tapi nak ada lagu
Quote blekkep 23-4-2021 03:49 AM
Sorry to say tp retis yg bawak anak pi keja ni sbenarnya nyusahkan org keliling kt set...nak bawak gak bleh,make sure ade pengasuh ikut skali...xde la time ko tgh shoot, crew pulak nk kena jaga anak ko...crew byk lg keja lain nk buat...celaka retis yg rasa entitled nie...ingat crew x komplen ker kena jaga anak korang? Bodoh
Quote Perawankota 23-4-2021 07:10 AM
Boleh lah bawak anak klu dah shooting tu kt hotel.. Cuba kena shoot kt tgh ladang getah kat kampung2 tu, sanggup ke nak bawak anak oit
Quote MatDeghem 23-4-2021 07:27 AM
blekkep replied at 23-4-2021 03:49 AM
Sorry to say tp retis yg bawak anak pi keja ni sbenarnya nyusahkan org keliling kt set...nak bawak g ...

Betul. Bg mat setuju.
Lagi satu...
Bila nak beranakkk plan lah esok nak benti keje atau nak terus bercareer. Kalo nak career plan Cari pembantu....
Baby mudah sakit...perlu tido dan makan yg cukup.
Membesar kat set lah budak ini....
Quote BarbiePink 23-4-2021 08:14 AM
blekkep replied at 23-4-2021 03:49 AM
Sorry to say tp retis yg bawak anak pi keja ni sbenarnya nyusahkan org keliling kt set...nak bawak g ...

Yes sbagai seorang ibu iols setuju
Baby sgt lh tak sesuai dbwa ditempat kerja
Apa pun alasan dan tujuannya
Kalau tu tempat kita tu lain cerita ler
Kalau bwa tuk photoshoot ler
Nak bwa sebab breastfeed lain ler
Tp pls bwa helper
Bukan semua org suka bunyi bising baby
Ada yg rimas koser nak layan baby



Quote jalfa 23-4-2021 08:28 AM
Sorry zahirah big no ok...tak nampak cerdik dan berdikari pon camni...bawak anak tmpt kerja terdedah dgn org luar yg x tau asal usul kesana kesini dikala pandemic ni nampak mcm try hard sgt nak pujian gitu hati meols hitam dibulan pose

Lihat semua komen(58)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 02:32 AM GMT+8 , Processed in 0.044468 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top