Selepas beberapa minggu berehat daripada media sosial, pelakon Janna Nick tampil mendedahkan dia rupa-rupanya menghidap penyakit bipolar. Menerusi perkongsian di Instagram, Janna atau nama sebenarnya, Nurul Jannah Muner, 26, berkata dia kini sedang menjalani rawatan dengan mengambil ubat atas nasihat doktor.
"Selama ini saya ingatkan fikiran saya berfungsi sama seperti orang lain... ingatkan semua orang ada lebih daripada tiga atau empat suara dalam kepala mereka," katanya. Bipolar merupakan penyakit kemurungan manik yang menyebabkan gangguan mental. Pelakon drama Marry Me Senorita ini juga menganggap suara-suara dalaman yang sering bermain di fikirannya adalah sesuatu yang normal sehinggalah dia mendapatkan rawatan. "Sehinggalah saya sedar (yang perkara itu tidak normal) selepas saya mula makan ubat.
"Saya tak tahu (penyakit bipolar ini datang) disebabkan faktor genetik atau disebabkan kehidupan masa silam saya," ujarnya lagi. Kekasih kepada aktor Dini Azan Schatzmann, 27, ini juga membuat pendedahan mengejutkan bahawa dia pernah membuat cubaan bunuh diri sebanyak dua kali diusia remaja. "Seawal usia lapan tahun saya rasa nak mati. Kehidupan kanak-kanak saya tidak seperti rakan-rakan yang lain. Seingat saya, sepak terajang memang jadi 'makanan' buat saya. "Saya pernah cuba untuk bunuh diri ketika usia 14 tahun dengan menelan beberapa biji panadol yang dicampurkan dengan ubat-ubat lain yang saya boleh dapati pada ketika itu. "Saya tidak mempunyai sebuah keluarga yang sempurna... dulu duduk dekat sekolah berasrama, jauh. "Kali kedua saya cuba bunuh diri adalah setahun selepas itu... ketika tahun saya sedang menduduki PMR (Penilaian Menengah Rendah), saya kelar pergelangan tangan di hadapan adik saya sendiri," luahnya. Menerusi laporan mStar sebelum ini, Janna memuat naik sebuah video sedang menangis disebabkan tekanan yang dihadapinya.
|
taji2906 replied at 22-4-2021 03:18 PM
apa citer family dia dulu? mangsa dera ke apa?
taji2906 replied at 22-4-2021 03:18 PM
apa citer family dia dulu? mangsa dera ke apa?
rikuren replied at 22-4-2021 03:23 PM
maybe susah kot.. n sekarang dia tanggung keluarga la kot...sampai kena amik job banyak2 sampai t ...
Seingat saya, sepak terajang memang jadi 'makanan' buat saya.
printercomel replied at 22-4-2021 07:50 AM
Come one la. Orang dah menyampah. Drama tak laku sendu tade sambutan ke lepas kes blackpig? Now play ...
ADVERTISEMENT