CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

"Allahu, Berbirat Anakku Ditibai Cikgu Hanya Kerana Tak Siap Kerja Sekolah"

23-4-2021 07:05 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 26376| Komen: 222

Seorang ibu terkejut dan sedih apabila anaknya mengadi dirotan guru. Sampai menggigil tubuh, katanya.






Menerusi perkongsiannya di Facebook, Puan Eda Ni memuat naik beberapa gambar bukti tubuh anaknya berbirat dirotan.

Malah, wajahnya juga terdapat kesan calar selain gambar serpihan pembaris kayu patah dipercayai digunakan untuk merotan kanak-kanak terbabit.

Perkongsian tersebut menimbulkan tanda tanya di sebalik motif kejadian berkenaan yang disifatkan tidak wajar. 


Bercerita lebih lanjut, wanita itu mendakwa guru anaknya berbuat demikian kerana kanak-kanak itu gagal menyiapkan kerja sekolah yang baru sahaja diberi.





Kredit foto: FB Puan Eda Ni

Menerusi beberapa posting lain, Puan Eda memaklumkan bahawa dia sudah membawa anaknya ke klinik dan membuat laporan polis dan difahamkan, kes kini dalam siasatan. - CARI

Bagus
1

Marah

Terkejut
3

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (4 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kakakpositifker 23-4-2021 07:16 AM
Degil sangat agaknya anak dia ni. Tah lah.
Quote vee_zara 23-4-2021 07:17 AM
kakakpositifker: Degil sangat agaknya anak dia ni. Tah lah.

Degil atau bodoh bukan alasan cikgu untuk pukul sampai mcam tu sekali.. ni pukul atas emosi.. bukan hukuman sewajarnya.
Quote matjerk 23-4-2021 07:21 AM
Dulu sekolah rendah..aku penah gak kena pukul berbirat mcm ni.. kat betis.. balik rumah.. aku tgk je betis aku tu..sambil menangis... tak bgtau pun mak ayah... dan aku dendam cikgu tu sampai hari ni. Hahahahaha
Quote songhara1226 23-4-2021 07:29 AM
I reserve my comment until further investigation, sebab budak2 pon ye lah maybe cikgu ada pukul, tpi maybe haritu jugak diorang ada bergaduh ke sesama sendirii.... Kita x thu  
Quote Nenolen 23-4-2021 07:33 AM
Cikgu kesurupan ker bulan2 posa nie...
Quote laradelara 23-4-2021 07:44 AM
Agak2 lah. Kan ada peraturan & guideline. Time aku skolah pun aku ingat bnda ni. Utk setiap jenis kesalahan, ada proper tindakan yg boleh diambil. Itu pun ada jenis kesalahan, level dia, siapa boleh ambik tindakan n etc. Bukan ikot suka hati jaa

Setakat tak buat homework nk tibai anak org camni. Ni dah salah namanya. Aje gila cikgu ni pun.

Harap dikenakan tindakan undang2. Benci btol aku ngn org gila suka tibai anak org ni...ingat takdak undang2 apa

Quote zehra2 23-4-2021 07:53 AM
betul tu. buat pemeriksaan perubatan n report polis.
kita ada sistem SSDM kalau budak buat salah. report je situ.. cukup point buang je sekolah.
kenapa nak sakitkan anak org.

pukul tak kan jadikan budak lebih rajin atau  pandai.
Quote shernazz 23-4-2021 07:54 AM
Cikgu ada masalah anger management ke?
Kita dengar pihak cikgu punya alasan mcmana..
Jangan cite pasal dedolu kena pung skang jadi orang...
Quote isseliparjepun 23-4-2021 07:58 AM
Panjang karangan mak di fesbuk. Macam menulis cerpen pun ada.
Quote LadyCarefree 23-4-2021 08:05 AM
matjerk replied at 23-4-2021 06:21 AM
Dulu sekolah rendah..aku penah gak kena pukul berbirat mcm ni.. kat betis.. balik rumah.. aku tgk je ...

Jahatnya cikgu
Quote taji2906 23-4-2021 08:17 AM
gila la kalau pukul sampai pecah pembaris tu. melampau sangat.
aku dulu kena rotan kat bontot, berbirat. duduk tak boleh, baring tak boleh. tp haram la aku nk citer kat mak pak aku. punca kena rotan? sebab kat buku tulis aku ada kesan minyak terkena bekal makanan aku bawak ke sekolah. setompok besar sikit dari syiling 50sen. bagero punya guru besar. puii
Quote TomyamPuteh 23-4-2021 08:28 AM
Betul ke ni? Ke mak sndiri yg belasah? Lps tu nk selamatkn diri ko ugut ank tu supaya jgn bkk mulut. Ank pon nmpk mcm x berapa je. Just my 2 posyen.
Quote shy79 23-4-2021 08:34 AM
jgn x tau ye ramai je cikgu yg ada mental illness kt skolah
tp tetap la simpan jgk cikgu mcm tu
tunggu masa je end up jd mcm ni la
Quote salmon-suki 23-4-2021 08:35 AM
Anak mcm mana perangai kt sekolah..?kdg2 dpn makpak kemain mcm malaikat...kt sekolah tnjuk lagak..n ai nk tgk jgk kenapa ckgu tu sebegitu sekali memukul student.. sepatutnya kena tahan sabar..kalau betul xsiap keje sekolah,setakat pukul tapak tgn ok lg laa..ke budak tu menjawab balik?y bt ckgu ni hilang sabar?kalau senang2 ckgu hilang sabar,mohon ltk jawatan lah..
Quote gujiwa 23-4-2021 08:39 AM
Nak dgr both side dulu...
hurmmmm...
Quote mdhelmi 23-4-2021 08:48 AM
ada cikgu2 kat sini x?
dari dulu aku x paham nape cikgu angin sgt kalo xbuat keje sekolah
cikgu tu masa budak2 hingusan dulu keje sekolah x pernah x siap ke?
Quote Cahya669 23-4-2021 08:49 AM
Tak wajar... Hukuman tujuannya untuk mendidik.  Kalau begini bukan mendidik dah namanya...  
Me sebagai guru pun frust tengok cikgu hukum begini. Besar mana je kesalahan murid sekolah rendah tu...  Alaaaahai...
Quote gaara_X 23-4-2021 08:50 AM
lepas nie anak sipolan nie takkan disuruh buat kerja sekolah pun....tak de cikgu nak amik risiko....benda sebelah pihak....susah juga nak amik port
Quote lifeline 23-4-2021 08:54 AM
aduhai yg cikgu pon nak pukul tak agak2
smpai berbirat gitu ha

tp kt tgn n dahi tu mcm luka terjatuh
boleh jd jugak bergaduh ngn kawan ke kan

xkan cikgu tu tolak budak tu kot smpai terjatuh

Lihat semua komen(222)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 04:38 AM GMT+8 , Processed in 0.055903 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top