CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Caliph Buskers Bukan ‘Demand’, Cuma Terima ‘Job’ Yang Berbaloi Dikongsi Berlima

23-4-2021 12:59 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3607| Komen: 10

Selepas lebih tujuh tahun bergiat aktif dalam industri hiburan tempatan, kumpulan Caliph Buskers tidak menafikan masih lagi terdapat beberapa penganjur yang memberikan tawaran harga tidak berpatutan dengan usaha mereka.


Menurut vokalisnya, Azmi Saat atau nama sebenarnya, Khairul Azmi Mohd Saat, 34, kumpulan itu kini meletakkan harga bukanlah bermaksud 'meninggi diri' dengan kejayaan yang dikecapi mereka.

Sebaliknya, mereka kini sudah menpunyai nilai harga yang bersesuaian agar ia berbaloi dengan kudrat yang dicurahkan mereka demi menjayakan sesebuah persembahan.



"Saya memang tidak tahu rate card artis-artis lain macam mana tetapi kalau kumpulan Caliph Buskers memang kami meletakkan sejumlah harga yang bersesuaian dengan kami berlima.

"Dulu ada penganjur mahu kami buat persembahan di Kedah dengan tawaran harga sebanyak RM1,000, jadi kami terpaksa menolak sebab jumlah yang ditawarkan itu termasuk sekali kos pengangkutan kami ke sana.


Foto: IG

"Saya rasa sekarang mana-mana buskers pun tidak akan terima persembahan di luar KL jika ditawarkan RM1,000 sahaja. Ia bukan bermaksud kami demand sebaliknya harus bersesuaian dengan usaha kami untuk sampai ke sana," katanya kepada mStar.

Sementara itu, Azmi juga berkata Caliph Buskers tidak akan sesekali berkira sekiranya persembahan itu melibatkan program amal atau kebajikan.

"Kalau kami diundang untuk program amal, kami akan pergi tanpa banyak tanya sebab buat benda baikkan. Lainlah, kalau ada mana-mana syarikat besar yang buat undangan memang kami ada harga-harga tertentu.

"Setakat ini saya tak dengar pula ada mana-mana penganjur kata kami semakin kekwat (sombong) disebabkan rate card yang diletakkan oleh kami," ujarnya.



Selain Azmi, Caliph Buskers turut dianggotai Zaki selaku pemain bass, Fendy (pemain dram), Nirwan (pemain gitar) dan Nadira (shaker).

Kumpulan ini mula mendapat perhatian ramai selepas tampil dalam pentas Anugerah Juara Lagu ke-29 (AJL 29) dengan menyanyikan lagu Romancinta nyanyian asal kumpulan Mojo pada tahun 2015. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote helicornia 23-4-2021 05:23 PM
1000-100 minyak - 100 tol :800, bahagi 6 campur driver dpt le dlm rm130 sorang.mmg tk berbaloi.minta sedekah, jual tisu lagi byk.dpt
Quote Fazsemput 24-4-2021 05:45 AM
Agk2 la pengnjur pun..  Ambik artis mmg la mahal.. Hadap la harganya.. Xde duit x pyh pangil artis..
Quote imanjannah 24-4-2021 05:53 AM
betul la dah tu
Quote supernaturalee 25-4-2021 03:01 AM
Award winning artiste
Perform live pun bgs
They deserve better price

Quote epuepy 25-4-2021 06:27 AM
Hamboi.. Mentang2 diorg oku, suka hati je letak rate RM 1000. Benci btl dgn penganjur yg Amik kesempatan mcm ni. Layan la manusia seadil nya.
Quote siasia 25-4-2021 07:54 AM
Tahnya penganjur pun kalau bajet sgt ko jemput je la sapa2 anak lokal sana dtg nyanyi.
Quote Redmyvi 26-4-2021 02:31 PM
Agak2 la dari kl pi kedah nk bg 1000 pastu nk share 5 org lagi.. bek duk busker kt kl tu jer..
Quote NataliaLuiz 27-4-2021 12:31 AM
Setuju. Biar la berpatutan..
Quote True-X 28-4-2021 09:30 AM
sorry la aku ni tak amik taw sgt diorg ni wpon diorg ni femes... semua member band ni buta ye?
Quote tipah89 28-4-2021 10:57 AM
ntah penganjur pon jgnla amek kesempatan sgt.lainla dia solo nk bagi rm 1k tu ok la kot.

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-11-2024 12:04 PM GMT+8 , Processed in 0.073828 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top