Kuala Terengganu: "Berasa sangat bertuah kerana dipilih untuk melihat kalimah di langit dan saya terus berdoa," kata Mohd Nor Firdaus Ibrahim. Mohd Nor Firdaus, 34, dari Kampung Kuala Belara, Manir antara individu yang melihat kalimah Allah terbentuk di awan ketika menjalankan tugas di Pasar Borong Gong Pauh, Wakaf Mempelam, di sini, hari ini.
Kalimah Allah yang jelas terbentuk di awan kira-kira 3 pagi itu menjadi tular di media sosial sehingga ada yang mengaitkan peristiwa itu dengan malam lailatul qadar yang berlaku sekali pada Ramadan. Katanya, dia sedang menjalankan rondaan di pasar berkenaan sebelum melihat awan yang berbentuk kalimah di langit.
"Ketika itu tidak ramai lagi pengunjung di pasar itu dan kejadian itu berlaku sangat singkat sehingga tidak semua orang sempat merakam gambarnya. "Hanya kurang lima minit awan itu terbentuk kalimah sebelum ia dibawa angin dan tidak lagi berbentuk kalimah. "Pengalaman yang sangat bermakna kepada saya sepanjang menyambut Ramadan, melihat kebesaran Allah melalui kalimah itu menyebabkan tangan menadah ke langit dan berdoa," katanya. Tambahnya, dia tidak berani untuk mengaitkan kejadian itu dengan malam lailatul qadar. "Memang kalimah itu dilihat pada malam Jumaat dan pada Ramadan tetapi ia tidak berlaku pada 10 akhir Ramadan. "Bagaimanapun kejadian itu tetap memberi keinsafan dan ingatan kepada saya terhadap kebesaran Allah SWT," katanya yang juga Pembantu Penguatkuasa Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT). Menurutnya, dia meminta rakan setugasnya merakam gambar kalimah itu di awan ketika kejadian. "Telifon rakan saya lebih canggih oleh itu imej kalimah itu nampak lebih jelas di langit apabila dirakam menggunakan telifon bimbitnya," katanya. -CARI Sumber: Harian Metro
|
kakikuDibibirmu replied at 23-4-2021 03:15 PM
Dah boleh sembah awan dekat langit, mintak awan tu turunkan rezeki juga
Skuau: berharap sgt 'kejadian' yg dpt menginsafkan pegawai MBKT ini..dpt juga dilihat oleh pegawai pbt(yg lain),polis,scammer,instafamous,retis,peniaga psr r ...
angelofish replied at 23-4-2021 05:27 PM
jangan la di amal kan sifat macam ni.awan tu macam macam bentuk ada.bentuk jesus.bentuk salib .bentu ...
angelofish replied at 23-4-2021 05:27 PM
jangan la di amal kan sifat macam ni.awan tu macam macam bentuk ada.bentuk jesus.bentuk salib .bentu ...
addved replied at 23-4-2021 02:39 PM
Allahu akbar, bertuah sapa yang sempat lihat dan berdoa.
kakikuDibibirmu replied at 23-4-2021 03:15 PM
Dah boleh sembah awan dekat langit, mintak awan tu turunkan rezeki juga
dodolgemok replied at 23-4-2021 08:49 PM
Berdoa kat awan tu ke? Kalau ikutkan, Tuhan ada di mana2, xperlu tggu waktu ajaib sebegini bru nak ...
nolya replied at 23-4-2021 11:21 PM
Sebenarnya Allah ada di mane2 dn tidak bertempat keberadaanNya. Andainya seseorang itu terlihat ...
" Pengalaman yang sangat bermakna kepada saya sepanjang menyambut Ramadan, melihat kebesaran Allah melalui kalimah itu menyebabkan tangan menadah ke langit dan berdoa," katanya.
"Bagaimanapun kejadian itu tetap memberi keinsafan dan ingatan kepada saya terhadap kebesaran Allah SWT," katanya yang juga Pembantu Penguatkuasa Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT).
ADVERTISEMENT