CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Tragedi kapal selam nuklear K-141 Kursk Rusia yang mengorbankan 118 Anak Kapal di Laut Barent

24-4-2021 04:39 PM| Diterbitkan: bubuk_bearbear| Dilihat: 7059| Komen: 15



Pada tahun 2000, sebuah kapal selam raksasa lautan milik Russia, iaitu K-141 Kursk telah tumbang akibat senjata yang dibawanya sendiri ketika tahun pertama pentadbiran Putin.

Kegagalan dan kelambatan negara Rusia pada ketika itu untuk segera menyediakan kapal penyelamat juga menjadi faktor kesemua 118 anak kapalnya tidak dapat diselamatkan. 

Namun, pihak berkuasa tidak mendedahkan butiran lanjut mengenai kapal terbabit atau bagaimana kemalangan itu berlaku, tetapi beberapa pegawai kanan mendakwa ia bukanlah satu tugasan biasa.

"Ia adalah satu kehilangan besar kepada tentera laut, dan kepada seluruh pasukan tentera.

"Ia bukan satu kapal biasa, kerana seperti yang kita ketahui, ia adalah kapal penyelidikan saintifik, semua anak kapal adalah sangat profesional," kata Putin kepada Menteri Pertahanan, Sergei Shoigu dalam satu mesyuarat tergempar di Kremlin.


Putin berkata, antara mangsa, termasuk tujuh pegawai berpangkat Kapten Peringkat Pertama, iaitu pegawai paling kanan dalam tentera laut Russia.

Dua daripada mangsa pernah menerima anugerah Hero Russia, iaitu anugerah tertinggi yang diberikan oleh presiden.



The Kursk adalah kapal selam berkuasa nuklear 500 kaki panjang dan berat 24,000 tan. Ia mempunyai dua reaktor nuklear dan mampu mencapai kelajuan 28 knot. Ia adalah kapal selam serangan terbesar di dunia, kira-kira tiga kali ganda saiz kapal selam terbesar di Tentera Laut Amerika Syarikat.

Bencana bermula dari kebocoran tabung gas di kompartemen torpedo. Dua ledakan terjadi dan mengorbankan hampir semua kru, kecuali 23 pegawai yang berhasil mengunci diri di sebuah kompartemen. Upaya penyelamatan telah dilakukan berulangkali selepas pasukan penyelamatan (SARS Rusia) mendapat isyarat SOS daripada 23 pegawai yang membuat ketukan pada dinding kapal selam.



Namun, usaha menyelamat masih gagal dilakukan akibat kekurangan peralatan dan dihari berikutnya tidak lagi kedengaran isyarat dari kapal selam tersebut.

Ketika peristiwa itu, beberapa negara telah menawarkan diri untuk menyumbang kepada usaha penyelamatan, tetapi pemerintah Rusia menolak sebarang bantuan. 

Setelah segala upaya dilakukan menemui kegagalan, akhirnya Rusia bersetuju menerima bantuan dari negara lain. Norway segera mengirim kapal induk Normand Pioneer yang membawa kru dan peralatan lengkap, termasuk kapal selam mini yang canggih, LR5.

Para penyelam Norway akhirnya berjaya sampai ke kapal Kursk dan membuka pintu kapal. Sebahagian dari 12 penyelam dizinkan masuk untuk mencari kru yang mungkin masih selamat.

Masih mungkinkah ada kru yang selamat, sementara semua ruangan yang ditemukan semua sudah dimasuki air?

Tragedi yang terjadi  pada Sabtu, 12 Ogos 2000 ini sangat memilukan. Semua kru kapal selam Kursk telah gugur menjadi pahlawan bagi bangsanya.

Dari 118 tentera di kapal selam berkenaan, tiga kru kapal tidak berjaya ditemukan.

Beberapa waktu kemudian, bangkai kapal selam pun berjaya diangkat untuk keperluan penyelidikan. Bahagian layarnya (sail) kini dijadikan sebahagian daripada tugu peringatan di Russia.





Perisitiwa ini diadaptasi menjadi sebuah filem berjudul KURSK (2018). Filem ini tayang pada 2018 di bawah arahan Thomas Vintergerg.

Kalau nak bayangkan apa yang terjadi kepada kru kapal selam yang terperangkap dalam laut, boleh lihat gambar di bawah.








Terbaru, kita menerima perkhabaran mengejutkan apabila sebuah kapal selam KRI Nanggala-402 buatan Jerman milik negara jiran, Indoneisa kini telah kehabisan bekalan oksigen selepas lebih 72 jam hilang di lautan Bali.



Mari kita doakan saudara serumpun kita di Indonesia semoga segera menemui kapal selam berkenaan. Selain Malaysia, beberapa kapal tentera lain seperti Singapura, Australia dan Amerika Syarikat kini sedang giat menjalankan operasi mencari dan menyelamat kapal KRI-Nanggala-402.



Bagus

Marah
1

Terkejut
2

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (3 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote helicornia 24-4-2021 05:07 PM
tk sanggup nk tengok the kursk tu.mesti sedih gile n terbayang2 penderitaan krew kapal masa nk ajal
Quote CiliPadiSedap 24-4-2021 05:24 PM
helicornia replied at 24-4-2021 05:07 PM
tk sanggup nk tengok the kursk tu.mesti sedih gile n terbayang2 penderitaan krew kapal masa nk ajal

semua kematian sama lah  hilang nyawa. cuma yang lg ngeri mati terkejut.
Quote Itzy 24-4-2021 06:33 PM
Adakah 3 kru yg masih belum dijumpai tu adalah dalang pengkhianat kes kapal selam rusia ni? Sebab rusia dengan amerika syarikat ni selalu bergaduh perang dingin la. Sampai sekarang mereka masih beradu tunjuk kuasa siapa kuat hebat.
Quote LadyCarefree 24-4-2021 08:57 PM
Siapa pernah masuk kapal selam kt melaka?
Quote jiwarasa 24-4-2021 09:03 PM
LadyCarefree: Siapa pernah masuk kapal selam kt melaka?

pernah je.sempit sangat.memang tak cukup udara je rasa.tambah pula bilik krew ya ampun.sempit nau..respect dorang
Quote Supersirap 25-4-2021 12:34 AM
Teringat film u571, hanya beberapa sahaja orang yang terselamat akibat daripada kebocoran tenaga nuclear kalau x silap
Quote Normabaru 25-4-2021 08:38 AM
Nk tny sikit.. Kaka terpikir..

Negara2 yg tawar2 bantuan SAR etc ni mmg ongkos dia negara yg tertimpa kecelakaan akan cover 100% or mcm ada pro bono gitu?
Quote buapakperut 25-4-2021 09:42 AM
dah download movie tu belum nonton lagi.. beri kekuatan pada nabila ya Allah
Quote bottombikini 26-4-2021 12:56 PM
buapakperut replied at 25-4-2021 09:42 AM
dah download movie tu belum nonton lagi.. beri kekuatan pada nabila ya Allah

bole tak tolong pm ajar camne nak donlod

Quote anakjiran 26-4-2021 01:51 PM
jiwarasa replied at 24-4-2021 09:03 PM
pernah je.sempit sangat.memang tak cukup udara je rasa.tambah pula bilik krew ya ampun.sempit nau. ...


masuk kapal KD apa ntah hari tu. kat luar besar gila tapi.tengok bilik tidur dorang sempit sangat..memang untuk berlunjur aje. kalau kapal selam lg tak boleh bayanglah sebab dok bawah air. langsung tak dapat tengok pemandangan. rasa lemas wooo dok dalam besi tumpat yg sempit. memang bukan calang2 orang yg boleh jadi krew submarine.


Quote alongweeda 26-4-2021 03:44 PM
Normabaru replied at 25-4-2021 08:38 AM
Nk tny sikit.. Kaka terpikir..

Negara2 yg tawar2 bantuan SAR etc ni mmg ongkos dia negara yg ter ...

penah dgr yg mmg negara yg ditimpa musibah yg tgung
Quote NataliaLuiz 27-4-2021 12:48 PM
Thanks for sharing this.
Quote NataliaLuiz 27-4-2021 12:50 PM
Nak tengok filem the kursk ni kat mana?
Quote Artemesiaa 28-4-2021 04:09 PM
Sejak kes kapal selam 402 tu buat orang bercerita semula mengenai kes kapal selam ni sama
Quote nesloice 4-5-2021 07:46 AM
bagi yg tanya, netflix us ada movie tu

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 02:33 AM GMT+8 , Processed in 0.041189 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top