CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Lagi Isu Gangguan Seksual Oleh Cikgu, Kali Ini Ajar Pelajar Lelaki Rogol Perempuan Lebih 18 Tahun

25-4-2021 11:51 AM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 5109| Komen: 7|Original author: Oleh: Cari-Azza





"Rogol bukan bahan lawak, dan guru harus menitipkan soal keselamatan bukan sebaliknya."


Satu demi satu isu dalam sistem pendidikan di londehkan.

Selepas kekecohan mengenai guru meraba pelajar perempuan untuk memastikan mereka benar-benar haid atau tidak, kini timbul isu baru yang ditimbulkan oleh pelajar mengenai gangguan seksual.


Video itu tular di platform media sosial membuatkan mantan Menteri Pendidikan, Maszlee Malik menggesa pengetua sekolah tersebut memandang serius sekaligus menyiasat dakwaan berkenaan.


Pelajar tersebut menceritakan kejadian mengaibkan antara guru, pelajar lelaki dan pelajar perempuan. Guru tersebut dalam nada bergurau seolah-olah mengalakkan lagi pelajar lelaki untuk membuat perbuatan jenayah.

???Kemudian dia (guru) berkata, ???Jika kamu (pelajar) mahu merogol, jangan rogol seseorang bawah 18 tahun. Rogol orang melebihi 18 tahun.???

Reaksi yang diterima oleh pelajar lelaki adalah ketawa manakala pelajar perempuan pula terdiam.


Foto :Twitter

Rentetan itu, pelajar tersebut mengadu kepada guru kaunseling, namun reaksi yang diterima hanyalah sekadar pandangan dan tiada tindakan susulan.


Foto : Twitter
Difahamkan bapa pelajar tersebut telah membuat laporan polis manakala Kementerian Pendidikan sendiri telah pun maklum dengan kejadian tersebut.

Netizen turut menggesa kementerian mengambil tindakan serius.

Foto : Twitter

Mengetahui ianya bukan kes terpencil, apa yang harus dilakukan untuk menanganinya? Anda rasa? - CARI



1

Bagus
5

Marah
2

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (11 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Adrif

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Adrif 25-4-2021 02:03 PM
ni mesti cikgu yang sama ungkapkan, "Saya tak halalkan ilmu yang saya dah ajar awak."
"Kamu buat cikgu macam ni, tengok je la SPM kamu nanti macam mana."

this is a serious issue yo. isu besar gila
menteri pendidikan & polis, apa reaksi kamu,
kalau diam juga, macam benarkan cikgu jenis macam ni, yang menggalakkan jenayah rogol berleluasa? hasut budak2 bawah umur untuk merogol?
Quote merrissa 25-4-2021 02:39 PM
Edited by merrissa at 25-4-2021 02:42 PM

cikgu tu cakap rogol?
kalau cakap mengenai seks suka sama suka...lain lahsebab seks suka sama suka bawah 18 di kategori sebagai rogol
atas 18, tak di consider rogol

tapi cikgu tuh cakap rogol...dah lainnn maksud tu

mental kot cikgu tu...


takut pula if dicungkil lagi, tah tah cikgu tu ada kes rogol glup

Quote riyadhK 25-4-2021 02:44 PM
Try rogol bini @ mak Cikgu tu. Baru dia tau benda ni bukan joke. Bodoh la.
Quote dua_chzy 25-4-2021 06:49 PM
Sejak bila PJK asing2? Hanya di Malaya darul holier than zou ke?
Quote dua_chzy 25-4-2021 06:59 PM
Akak dah lama kata, cikgu ni (terutama jantan) ramai pedo.
Quote kucingitam 26-4-2021 10:33 AM
sejak tahun 90an lagi dah asing.. budak lelaki main bola, pompuan main netball.. kebiasaan pjk.
Quote che-cikL 26-4-2021 05:49 PM
KAN DAH ADA DAH, BUKA GAK LAGI THREAD

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 02:35 AM GMT+8 , Processed in 0.042165 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top