CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Fadlan Hazim lebam biji mata ditumbuk sewaktu penggambaran

26-4-2021 09:29 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 4670| Komen: 9|Original author: piao




MATA Fadlan cedera ditumbuk sewaktu menjalankan penggambaran.

Kuala Lumpur: Pelakon Fadlan Hazim, 29, bernasib malang apabila mata kirinya cedera ditumbuk sewaktu menjalankan penggambaran,  kelmarin.

Fadlan atau nama sebenarnya Fadlan Hazim Anuwar berkata akibat kemalangan itu, matanya mengalami luka kecil dan membengkak sehingga perlu disuntik untuk redakan kesan lebam.

"Ini kemalangan kali pertama saya ketika melakukan babak pertarungan sepanjang aktif berlakon. Saya ditumbuk seorang pelakon lain yang tersilap, sebelum terkena mata saya.


fadlan hazim dan julie

"Kebiasaannya saya memang lebih suka melakonkan watak pertarungan sendiri. Normal jikalau berlaku kecederaan, namun tak sangka pula kali ini berlaku pada mata.

"Disebabkan tumbukan itu, ada luka kecil pada bahagian mata dan sudah dapatkan suntikan daripada doktor untuk redakan lebam. Meskipun beransur pulih, bekas lebam itu masih ketara," katanya.

Fadlan berkongsi, insiden itu berlaku sewaktu dia terbabit penggambaran super telefiem berjudul Seratus The Movie. Akibat kecederaan itu, ia memberi kesan lebam amat ketara pada matanya.


fadlan hazim dan julie

"Keesokan hari selepas insiden itu, saya perlu membuat penggambaran untuk sebuah drama lain pula. Namun, saya cuma dapat lakukan satu babak yang kebetulan menuntut watak saya cedera.

"Bagaimanapun, babak lain tidak dapat diteruskan lagi mengikut perancangan kerana bengkak pada mata saya terlalu ketara. Saya rasa sedih pula kerana menyusahkan produksi," katanya.

Dalam pada itu, pelakon filem Sangkar terbabit berharap mana-mana pelakon yang perlu lakukan aksi pertarungan selepas ini, sekurang-kurangnya harus mempunyai teknik asas pertahanan diri.

"Saya rasa, setiap pelakon perlu ada atau mempelajari asas (pertahanan diri) itu  kalau nak buat babak bertarung. Ia demi memastikan kemalangan seperti saya alami sekarang ini dapat dielakkan," katanya.

Sumber:https://www.hmetro.com.my

1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote adelea 26-4-2021 12:12 AM
"Saya rasa, setiap pelakon perlu ada atau mempelajari asas (pertahanan diri) itu  kalau nak buat babak bertarung. Ia demi memastikan kemalangan seperti saya alami sekarang ini dapat dielakkan," katanya.


Haahhhhh baru ko tau ... Sbb tu mat saleh macam jason statham and late paul walker ada belajar jujitsu .. mostly artis holiwud yg boleh lawan2 semua ada martial arts .. klu xde martial arts sila lahh pakai dabel.. or p training with personal trainer at least 6 months before ...

Even rumlow yg berlakon watak jahat pon ada martial art...

Tapi mostly ... Depa semua mmg ada martial arts
Boleh tgk keanu reeves pon ada belajar martial arts .. so bila ko ada martial arts .. lakonan nampak real ekk ....
Quote adelea 26-4-2021 12:26 AM
Patutnya pelakon pelakon malaysia .. baik laki or pompuan boleh benchmark .. klu nak berjaya macam holiwud retis .. apa yg diorg kena equipped themselves ...

Orang malaysia x mampu lagi even nak prepare body utk watak pon x afford .. production xde budget utk training and dietitian utk jaga proper meal intake utk build character pelakon..

Our industries mmg takat tu ajer la ..
Tak berkembang2 ...
Bila kena kutuk melompatt .. itu je la pandai ..

Artis diorg mostly grad drama , theatre and equivalent ... Yg ada master pon ramai ..
Sbb tu diorg serba boleh..
Boleh berlakon boleh direct boleh co write
Boleh produce ..

Malaysian actor ? Actress ?
Tik toking... Timbang kilo product..  rumah besar kereta mewahhh
. Harap tu je laaa .....
Watak pon macam tu je stereotype ...

Korang dok kutuk2 cyst nyawa tu ... At least approach drama dia nampak la ada kelainan each product wpun muka yg sama berlakon....
Wpun latest drama dia penjara janji tu ada sikit sikit part cedok citer defending jacob .. but at least the conflict present is different ....

Wake up la malaysian industries wake up !!

Tu belum aku sembang pasal charity and cause yg artis artis holiwud ni support ... Depa all out and mmg buat sungguh2 ... Something yg malaysian people should learnt .. so that untung yang ko dapat dari netizen yg dok support product ko

you give back to community in many ways ... Bukan setakat bukak puasa dgn anak yatim

Cuci sungai coldplay yg sponsor ..
Memalukan betul
Xde sumbangan kat community lgsg !!
Quote sharlenetexas 26-4-2021 01:02 AM
adelea replied at 26-4-2021 12:12 AM
"Saya rasa, setiap pelakon perlu ada atau mempelajari asas (pertahanan diri) itu  kalau nak buat bab ...

Mcm Nordin Ahmad dan M. Amin berlakon filem Hang Jebat. Nordin memang boleh bersilat gi berlatih untuk mantapkan lagi. M. Amin takde basic silat kena gi belajar. Tapi silat dia nampak keras skit. Tok Jamal Abdillah cantik bersilat. Ebby Yus masa muda pun.
Quote sharlenetexas 26-4-2021 01:03 AM
Julie Woon ke tu?
Quote CiliPadiSedap 26-4-2021 01:24 AM
tengok cm alif shukri filem badang angkat kereta belakang ada kren tak perlu martial art pun
Quote adelea 26-4-2021 02:48 AM
sharlenetexas replied at 26-4-2021 01:02 AM
Mcm Nordin Ahmad dan M. Amin berlakon filem Hang Jebat. Nordin memang boleh bersilat gi berlatih u ...

Ebby Yus tu mmg guru silat gayung ...
Sbb tu setakat muka cantik and hensem tapi skill xde .. mmg x ke mana la ..

Lagi lagi yg pemalas pergi kelas lakonan
Padahal ada byk je pelakon veteran yg bukak class ..
Tapi masing2 x nak upgrade skill
Quote sharlenetexas 26-4-2021 08:37 PM
Bukan ke sis @kakikuDibibirmu minat sangat fadlan hazim?
Quote Cece1234 26-4-2021 09:20 PM
Sape mamat nih?
Quote Kancilkering 26-4-2021 09:22 PM
shah alam 4000 tu chef kush....mata dia ni lawak ek....

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 09:36 AM GMT+8 , Processed in 0.035900 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top