Makin kerap pula disebut-sebut mengenai makan di khalayak ramai ketika Ramadan bagi yang bukan muslim dan wanita yang datang bulan. Lain orang, lain pemahamannya dan berbeza pandangan dalam hal ini hingga boleh mencetuskan perdebatan hangat di media sosial.
Bagi Izara Aishah pula, dia lebih bersikap terbuka dan tidak kisah sekiranya orang yang tidak berpuasa mahu makan dihadapannya. Ia bukan satu tindakan biadab, baginya. Menerusi ciapannya di Twitter, Izara berkata bahawa Islam merupakan agama yang sangat mudah dan merangkumi segala hal.
Katanya, mereka yang menganggap perbuatan tersebut sebagai biadap hanya budaya diamalkan segelintir pihak. Ciapannya itu mencetuskan peredebatan di kalangan pelayar Twitter. Bagaimana pula pandangan anda? - CARI
|
helicornia replied at 26-4-2021 02:53 PM
haih tak faham tapi nak komen gak si izara ni
mmg la islam mudah, tak halang pun kalau nak makan ka ...
Skuau replied at 26-4-2021 03:00 PM
situasi kat kedai mamak...tuk non muslim makan depan muslim(tauke & pekerja)....camner pulok?{:1 ...
ellejo: adab berpuasa itu jatuh pada org yg berpuasa. pada yg tidak berpuasa, jatuh dosa kalau niat makan itu untuk mempengaruh org yg sdg berpuasa utk turut ...
ADVERTISEMENT