CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

"Maaf, Sila Bubuh Garam Di Rumah" - Pembeli Terhibur Sikap Jujur Peniaga

27-4-2021 06:19 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4553| Komen: 16

Menerusi satu tweet pada Jumaat, tersebar kisah peniaga sebuah kedai makan di Bangi, Selangor yang terlupa meletakkan garam dalam masakannya.

Namun, sikap jujurnya meletakkan satu nota ringkas dianggap 'comel' sehingga menerima pujian netizen.


"Harap maaf. Sila bubuh garam di rumah. Lupa. Maaf ya," tulisnya pada nota itu.



Menurut Noor Shahida Supian, 24, dia yang berkunjung ke kedai makan itu untuk membeli juadah berbuka puasa ternyata terhibur dengan nota yang tertera.

Malah, dia sendiri turut membeli lauk berkenan biarpun terpaksa membuat 'modifikasi' semula selepas pulang ke rumah.

"Ketika tengah pilih lauk, ternampak nota kecil tu. Jadi saya ambil gambar dan kongsi di Instagram dan Twitter.

"Yang tak ada garam tu daging gulai kawah. Saya rasa nota tu kelakar dan comel sebab tu saya ambil gambar," ujarnya kepada mStar.

Mesra disapa Shahida, dia berkata lauk 'istimewa' itu ternyata kena dengan seleranya.


"Memang dah perasan (nota) dan beli je. Saya rasa ia bukan masalah sebab dia dah maklumkan awal-awal. Jadi kita pun peka.



"Balik tu tambah garam sikit, settle. Saya suka kejujuran mereka untuk maklumkan pelanggan yang makanan tu tiada garam lagi.

"Daripada beli makanan yang tak sedap, sekurang-kurangnya kami boleh balik dan perbaiki lauk tu.

"Rasanya sedap, rugi beli satu. Nanti nak pergi lagi, harap tak habis lauk tu. Takut ramai dah pergi. Memang situ sedap-sedap lauk yang lain.

"Saya dah pergi beberapa kali ke kedai tu, cuma jarang sebab rumah jauh sikit semenjak pindah," ujarnya yang kini menetap di Sungai Merab.

Menurut graduan bidang Sains Hortikultur dari Universiti Putra Malaysia (UPM) itu, dia juga sama sekali tidak menyangka posting itu akan tular di Twitter.



Bercerita mengenai pengalaman-pengalaman lalu, Shahida berkata dia sebelum ini pernah ditipu oleh peniaga yang tak jujur.

"Pernah kena juga, contohnya kuih koci yang saya pernah kena. Inti dalam sepatutnya kelapa, tapi saya dapat hampas kelapa.

"Mungkin peniaga tu ingat pelanggan tak boleh beza kot. Jadi benda macam ni yang buat saya kecewa.

"Apa yang boleh saya pesan dekat peniaga, berniagalah secara jujur. Kalau makanan dia jual sedap, memang orang akan cari walau kat ceruk mana pun.

"Kalau boleh makanan yang nak dijual tu make sure jual yang baru masak, bukan yang recycle lauk semalam ke, sebab ada juga certain peniaga buat macam tu sebab nak jimat.

"Tapi berbalik pada atas tadi, berniaga secara jujur akan buat peniaga tu bertambah rezeki. Contoh macam tweet yang viral tu. Mungkin itu asbab dari sifat kejujuran dia," ujarnya.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 27-4-2021 07:42 AM
Apa yg terhibur nya? Netizen ni, semua benda nak terhibur.. lepas tu cepat sgt nak sebak kalau ada video artis cerita zaman susah sampai jadi berjaya
Quote sarah82 27-4-2021 07:52 AM
Gulai kawah.. Fuh.. Lama x makan gulau daging.. Huhuhu.. Nak pi tok keramat jauh pulak.
Quote shernazz 27-4-2021 07:56 AM
Iols.pernah buat kuih lupa bubuh gula
Makanya terkulat2 la iols buang kuih tu..
Buat kuih lapis.pelangi.plak.tu..
Quote exclusive_vvip 27-4-2021 08:00 AM
Kurex replied at 27-4-2021 07:42 AM
Apa yg terhibur nya? Netizen ni, semua benda nak terhibur.. lepas tu cepat sgt nak sebak kalau ada v ...

Ada jugak org yg sama pemikiran dgn iols..hihi..part peniaga jujur tu ok la..tapi yg pembeli touching lebih tu dah nape..smpi beria benar dok puji sedap..ntah ye ntah x..
Quote royaldanish 27-4-2021 08:12 AM
Ok lah kalau sedap
Quote harkktuih 27-4-2021 08:41 AM
peniaga tu sewajarnya x jual juadah tu kalau dah tau awal2 incomplete.. so pasni apa? gulai daging lupa letak daging? karipap lupa letak inti?...owh yg ni dah selalu ada...
Quote Boomibulat 27-4-2021 09:23 AM
2 mlm lps masa tgh beratur kat KFC ada sorang pakcik dtg komplen air pepsi yg dia beli mlm Sebelum tu x manis..so pekrja kfc kasi ganti balik..x de pun tlg ltak gula
Quote mizruncing 27-4-2021 09:49 AM
nampak sedap. tp kurang garam takpe jgn trlebih garam letak air byk mana pon tak kena je rasanya
Quote husie91 27-4-2021 11:14 AM
harkktuih: peniaga tu sewajarnya x jual juadah tu kalau dah tau awal2 incomplete.. so pasni apa? gulai daging lupa letak daging? karipap lupa letak inti?...owh y ...


Alah terluoa letak garam jee dia pon mention dia lupa nk beli beli lah taknak sudah takde orang letak pistol kat kepala suruh beli jugak dah tau macam tuu
Quote Meiizu 27-4-2021 12:13 PM
tak sangka ada jaid gini..kelakarlah jugak.
i rasa ok je dia bagitau lupa
Quote NataliaLuiz 27-4-2021 01:17 PM
Tak ada garam tak apa. Janji tak terlebih garam. Sebenarnya lagi bagus tak ada garam. Sbb kalau makcik pakcik yg ada high blood pressure, boleh la makan. Utk org Biasa, boleh letak garam sndiri ikut citarasa. Mcm my dad ada high BP, dah biasa mkn mknn tak ada garam, masak tak letak garam pun. So bila dia mkn kat luar, mmg rasa masin sgt.
Quote Redmyvi 27-4-2021 01:25 PM
sedap lak gulai kawah... lama tak makan... haha
Quote Artemesiaa 27-4-2021 03:11 PM
Ok jugak kurang2 dia jujur akan kekurangan garam dalam masakannya tu tak adalah yang nak komplain
Quote Cpkay 28-4-2021 10:50 AM
seeloknya peniaga bungkus garam asing dan ikat sekali ngan gulai tu ..
Quote chinta89 28-4-2021 03:30 PM
x pyh la senang nk terhibur adoi tp apepun bagus peniaga ni dia jujur
Quote Zeatyisaac 28-4-2021 05:31 PM
Dia jual jugak mungkin sebab dia dah ada pelanggan tetapi.

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-11-2024 11:35 AM GMT+8 , Processed in 0.132104 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top