CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Memalukan! Mahdzir Gesa Guru Melawak Dengan Isu Rogol Dikenakan Tindakan

27-4-2021 06:58 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4509| Komen: 24

Tindakan seorang guru lelaki di Selangor yang didakwa membuat lawak rogol ketika sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas, disifatkan sebagai tidak profesional dan memalukan institusi keguruan di negara ini.


Bekas Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, kejadian itu tidak boleh dianggap terpencil dan Kementerian Pendidikan Malaysia, KPM, perlu mengambil tindakan tegas ke atas guru terbabit jika terbukti perkara itu berlaku.


Kredit foto: The Star

“Sebagai bekas Pengetua sekolah dan juga bekas Menteri Pendidikan, saya merasakan perkara itu memalukan institusi keguruan di negara ini. Dalam apa jua situasi sekalipun, perkara itu tidak seharusnya dijadikan sebagai bahan untuk berlawak kerana rogol itu sendiri adalah perbuatan jenayah yang sama sekali tidak wajar dipromosikan lebih-lebih lagi oleh seorang bernama guru”.


Mahdzir berkata demikian dalam satu kenyataan kepada media hari ini.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Padang Terap menegaskan, jenayah rogol sepatutnya digunakan oleh seorang guru untuk mendidik anak muridnya menjauhi perbuatan itu dan bukannya dijadikan sebagai bahan satira atau jenaka.

“Bagi saya, ini juga berkaitan dengan akhlak seorang guru. Kita bukan nak mengambil pendekatan menghukum akhlak keseluruhan guru-guru di Malaysia, tetapi kesedaran mengenai batasan percakapan itu perlu ada dalam diri setiap guru agar semua anak murid di dalam kelas tidak merasa terganggu emosi mereka dengan akhlak dan perlakuan guru mereka. Ini bagi saya amat penting untuk kita faham”.

Justeru, beliau menggesa KPM segera menjalankan siasatan dan mengambil tindakan sewajarnya mengikut garis panduan peraturan dan sebagainya.

Jumaat lalu, seorang pelajar perempuan sebuah sekolah di Kuala Selangor mendakwa, seorang guru lelaki membuat jenaka mengenai rogol ketika dalam kelas sehingga mencetuskan kemarahan di media sosial.

Menurut pelajar berkenaan, guru terbabit bercakap mengenai jenayah rogol itu ketika membincangkan tentang gangguan seksual semasa kelas pendidikan jasmani dan kesihatan di sekolahnya.

Pelajar berkenaan mendedahkan perkara itu menerusi satu klip video di platform media sosial TikTok, yang kemudiannya diciap di Twitter.


Sumber: Suara Merdeka
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote airmineral 27-4-2021 07:14 AM
mohon tindakan tegas utk org2 yg melawak lucah ni
aku kt opis meluatttt je dgn jantan2 yg lawak lucah dam double meaning. da la umur bap2 org ada anak pompuan. dekat umh agaknya cakap lucah ke tidak dgn ank bininya tu.

yg pompuan2 gatal gedik melayan pun satu hal juga. bertepuk tampar gurau lebih2 ni xreti2 batas agama ke? {:freak
Quote chandrahusin 27-4-2021 07:19 AM
Sila lah ambik tindakan
Klu hal rogol pun boleh dibawak bergurau
Apa lagi lah hal2 lain
Quote shernazz 27-4-2021 07:54 AM
Lelaki tu lupa..
Dia ada saudara pompuan..
Samada ibu..adik mahupun sepupu2 lain..
Rogol dan berhubungan seks sama suka adalah lain ya...
Harap lah cikgu lelaki tu pikir balik dan balik rumah gantung diri.
Quote True-X 27-4-2021 08:12 AM
razin jidin tengah buat ape skrg,...

kes check pad period budak - dia suruh kita g report sekolah mane?....
kes ni pon dok diam je....

alahaiiiii

dia mamat kelate dia pon agree pon buat gitu...
Quote isseliparjepun 27-4-2021 08:48 AM
Setuju. I tak akan sokong perkara begini diajar guru kepada anak anak I dalam bentuk lawak/sindiran. I harap cikgu tu dalam kegusaran sebab bercakap tanpa fikir guna akal. Tak semua benda boleh dibawa bergurau.
Quote Diamje 27-4-2021 09:13 AM
Teringat dalam kelas kesihatan..we olss semua pelajar perempuan takde lelaki..lecturer tu lelaki.. die cakap pasal buah dada.. die cakap buah dada ni kene jaga elok2. Sbb tu kene bagi suami hi**p, ra**s.. giler lucah lecturer tu.. tp masa tu semua takut..dulu2 bodoh kan. Cuma kitorg cakap sesama sendiri je.. nk report takut..
Quote sarah_ary2 27-4-2021 09:18 AM
Selayaknya cikgu tue kene viral anak murid pun sama siap ugut nak rape that girl yg buat report polis tue. Polis pun dalam press siap cakap ugutan rape tu sebagai gurauan  
Quote kucingitam 27-4-2021 09:38 AM
apa dlm pikiran polis laa boleh anggap gurauan. ya lah memang cikgu anggap gurau tapi tak sepatutnya berguaru cenggitu oi. bnyk lagi topik boleh di bawa bergurau. rogol is not a joke la bongok
Quote toynme 27-4-2021 09:42 AM
bila baca komen2 dekat FB rata2 lelaki tak agree...dorang kata melawak je kut....ok fine....
Quote mclaren 27-4-2021 09:52 AM
shernazz: Lelaki tu lupa..Dia ada saudara pompuan..Samada ibu..adik mahupun sepupu2 lain..Rogol dan berhubungan seks sama suka adalah lain ya...Harap lah cikgu  ...



Patut tempias balik kat dia masa tu jiga, "so ok lah kan boys dlm kelas ni rogol mak cikgu? Isteri cikgu?"

Geram betul ishhh. If tak kena buang kerja... tak tqju lah nak kata.
Quote NataliaLuiz 27-4-2021 01:19 PM
Gurauan tu bukan lawak ya. Please take this as a serious matter, tangkap dan pecat cikgu tu serta merta.
Quote Artemesiaa 27-4-2021 01:22 PM
Selayaknya dikenakan tindakan
Quote Bholatchomel 27-4-2021 01:56 PM
rogol tu bukan bahan lawak.. bodoh betul.. kesian kan budak perempuan tu sekarang ni dah ada budak lelaki ugut nak rogol. Nanti bila kena soal kata saya melawak jer...bingai punya cikgu
Quote fealefea 27-4-2021 03:44 PM
masa kecil ape cikgu cakap tu lah pegangan kita. Bayangkan kalau cikgu tu kate ok nk rogol bile umo 18 tahun tu pegang, abes la negara oit.
Quote MissYouSayang 27-4-2021 03:49 PM
Dekat twitter dah kecoh dgn #canceltimbalanigp. Bodoh betul ckp rape is a joke.xleh brain la aku bila bakal igp sendiri ckp camtu.org kapir pun x gamak nk ckp cmtu .
Quote giyomi 27-4-2021 06:37 PM
biasa, tidakan tegas mereka, change the teacher to another school. Done and case closed. kes macam ni bole di pandang remeh oleh pihak berwajib, Malaysia is going beyond third world mentality
Quote sarahmirza 27-4-2021 06:43 PM
toynme replied at 27-4-2021 09:42 AM
bila baca komen2 dekat FB rata2 lelaki tak agree...dorang kata melawak je kut....ok fine....

Lelaki2 yg rajin komen kat FB tu tengok la depa tu siapa.... sekolah tak pandai..
Quote toynme 28-4-2021 10:14 AM
sarahmirza replied at 27-4-2021 06:43 PM
Lelaki2 yg rajin komen kat FB tu tengok la depa tu siapa.... sekolah tak pandai..

yela...jenis lawak melucah dekat page elizabeth tan tu....semua lelaki melayu yang bodoh2 jenis tembak dinding je...
Quote DaisyD 28-4-2021 04:59 PM
sarahmirza replied at 27-4-2021 06:43 PM
Lelaki2 yg rajin komen kat FB tu tengok la depa tu siapa.... sekolah tak pandai..

ada juga cikgu yang komen lucah. dekat twitter orang share screenshot komen dengan profile, lepastu ramai ramai report. macam mana lah diaorang jadi cikgu kalau perangai macamtu

Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-11-2024 11:41 AM GMT+8 , Processed in 0.038857 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top