CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pekerja Bunuh Diri 5 Bulan Tak Dapat Gaji

27-4-2021 08:39 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 13134| Komen: 86

Seorang pekerja binaan warga Pakistan ditemui mati di tapak pembinaan di Jalan Ampang pada 17 April.

Mangsa berusia 30 tahun itu dipercayai bunuh diri setelah kecewa kerana syarikat tempat dia bekerja didakwa tidak membayar gaji selama lima bulan.


Sebelum itu, mangsa menyiarkan video dirinya di platform media sosial Tik Tok dengan mengatakan bahawa dia "tidak boleh tahan" selepas majikannya tidak membayar gajinya.



"Saya mahu buat video. Saya punya bos, dia sudah lima bulan tak bagi gaji saya. Saya tak boleh tahan. Saya punya mati punya pasal... punya bos, tolong kawan, cari dia," katanya dalam klip video itu.

Mangsa juga ada menyebut mengenai video lain yang dibuatnya yang mengandungi perincian tentang majikannya.

Ketika dihubungi, Ketua Polis Wangsa Maju Ashari Abu Samah mengatakan bahawa berdasarkan siasatan, syarikat itu tidak membayar gaji kepada mangsa dikenali sebagai Shahzad Ahmed dari Disember 2020 hingga April 2021 kerana masalah kewangan.


"Siasatan mendapati majikan mempunyai masalah kewangan sebab PKP. Majikan nak bayar sikit tapi dia tak nak sebab dia nak gaji penuh.

"Kawan kerja dia kata dia ada masalah keluarga dan tertekan sebab keluarga mintak dia hantar duit," katanya.

Mangsa telah bekerja di Malaysia sejak 2019 dan tidak mempunyai saudara di sini, kata Ashari.

Sementara itu, ketika dihubungi, Ketua Pegawai Eksekutif Landseal Sdn Bhd Radha Krishnan mengatakan syarikatnya akan menanggung kos untuk menghantar jenazah ke Pakistan dan memberikan pembayaran muhibah kepada keluarganya.

Ketika diminta mengulas mengenai tuduhan bahawa kematian itu disebabkan oleh kekecewaan si mati terhadap gaji yang tidak dibayar, Krishnan mengatakan dia tidak dapat memberi komen kerana perkara itu sedang dalam siasatan polis.


Sumber: MalaysiaKini

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote otai_g 27-4-2021 09:35 AM
Da msia ni da jd tmpt org bunuh diri plk. Pihak berkuasa kat msia ni tido agaknya smpikan ada cmpny blh suka2 nak byr ke x gaji pekerja.
Quote testly 27-4-2021 09:51 AM
otai_g replied at 27-4-2021 09:35 AM
Da msia ni da jd tmpt org bunuh diri plk. Pihak berkuasa kat msia ni tido agaknya smpikan ada cmpny  ...

Org xreport mcm mn pihak berkuasa nak tahu? Hahaha...ko nak pejabat buruh /polis pi ketuk pintu setiap kompeni ke tny bulan ni dah byr gaji belum? Yg bab kompeni yindia salah xbyr gaji tu xnak komen plak...
Apolah punya pemikiran...
Quote cmf_premierleag 27-4-2021 10:06 AM
yg aku baca news ni, katanya majikan mmg nk byr gaji dia tp bukan penuh la, nak bayar sikit je
akak syak maybe sbb bisnes majikan pun terjejas ms cobid ni.
OR if majikan sengaja nk pedajal dia,tu kira zholim la
so ada byk possibilities
Quote kechikchomel 27-4-2021 10:11 AM
teringat pulak gossip kat bod sebelah. laki retis tak bayar gaji/epf staff.
harap staff situ ok lah.
iolss dulu boss bayar gaji lambat sikitttt pun iolss dah terasa susah. apa lagi yg dah berbulan tak bayar.
Quote kasibiman 27-4-2021 10:33 AM
dasar tak sadar untong.


oi laknat.


beribu org malaysia potong gaji 30-60% dari  bulan Mei- Jun 2020 sampai sekarang lah.

kau sejak disember je kot nak potong gaji dah bunuh diri.


pendatang tak sadar untong mcm ni biar je pakat bunuh diri dan berambus beramai2.
Quote emera 27-4-2021 10:36 AM
Balik je laa negara korang. Walaupun benda tak patut, tapi bila dah sebulan tak bayar, cabut balik negara laa. Jgn menyemak lg kat sini. Balik negara mesti aman damai dapat tanam sayur bela ayam kambing buat makanan. Kan dah rugi besar kau bunuh diri.
Quote Eliadaisy83 27-4-2021 10:38 AM
Ingat lg tmpt kje lama aku bos cina kiasu, 4 bulan takde gaji dia taknak bayar kononnya takde duit tp dia berbelanja makan2 kt restoran mewah ada pula.. alih2 aku buat report kt jtk tp xjadi apa..kononnya klau company takde duit nak bayar gaji mcm mana..setakat smp surat saman je memang tak ke mana. korang sbg pekerja tak boleh paksa majikan yg takde duit utk bayar gaji..duit personal tak boleh digunakan utk byr gaji pekerja..gaji pekerja hanya guna duit untung syarikat.. undang2 buruh kt negara kita memang sangatla lemah.
Quote darkness 27-4-2021 10:40 AM
Edited by darkness at 27-4-2021 10:42 AM

Sapa juga majikan jahanam sampai 5 bulan tak bagi gaji. Moga majikan tu bengkrap..apa pasal xbagi gaji. Org pun nak mkn
Quote darkness 27-4-2021 10:47 AM
Eliadaisy83 replied at 27-4-2021 10:38 AM
Ingat lg tmpt kje lama aku bos cina kiasu, 4 bulan takde gaji dia taknak bayar kononnya takde duit t ...

Teruknya dasar bekerja gitu. Dah 5 bulan xdibayar gaji, jadi kompeni xbayar apa2 ka? Jadi selama ni kompeni untung dia p mana?
Quote Eliadaisy83 27-4-2021 10:54 AM
darkness replied at 27-4-2021 10:47 AM
Teruknya dasar bekerja gitu. Dah 5 bulan xdibayar gaji, jadi kompeni xbayar apa2 ka? Jadi selama n ...

Tak dibayar walau se sen pon..sudahnya claim bankruptcy..jangan mimpi la nak dpt gaji n pampasan..jtk gugur kes gitu saja.
Quote notM 27-4-2021 10:55 AM
Ada orang kata Mahiaddin dah bagi segala penjana, Sinar dsebagainya takkan tak pandai2 nak hidop lagi
Quote notM 27-4-2021 10:57 AM
emera replied at 27-4-2021 10:36 AM
Balik je laa negara korang. Walaupun benda tak patut, tapi bila dah sebulan tak bayar, cabut balik n ...

Ramai je yang dah balik lepas permit mati.
.yang bunuh diri ni agaknya permit hidup lagi
Quote ketupatnasi 27-4-2021 11:10 AM
Sedih. Mmg ada ya majikan yg amik kesempatan pd pekerja musim PKP ni. Lg pulak PATI kan sbb kwn tu xde tmpt nk ngadu. Tp awas ya majikan..PATI punya dendam bkn level KL Gangster Sol Usop.
Quote cikpah27 27-4-2021 11:24 AM
Nak bayar gaji xda duit, nak bayar duit kat family and hantar balik jenazah ada pulak.. 5 bulan takda gaji, sapa pun boleh naik gila..
Quote Skuau 27-4-2021 11:32 AM
Bg majikan kat Msia ni.....'kehilangan' orang spt dia....semudah itu jer boleh diganti.....ramai lg PATI menunggu giliran.Harap kes ini dpt  liputan meluas media antarabangsa....
Quote hatikudus 27-4-2021 11:44 AM
Eliadaisy83 replied at 27-4-2021 10:54 AM
Tak dibayar walau se sen pon..sudahnya claim bankruptcy..jangan mimpi la nak dpt gaji n pampasan.. ...

sebelum claim bankruptcy tu ada ke yg dtg tengok bukti contohnya account company or audit etc yg tunjuk company betul2 takde duit/bankrupt?
Quote hatikudus 27-4-2021 11:46 AM
Skuau replied at 27-4-2021 11:32 AM
Bg majikan kat Msia ni.....'kehilangan' orang spt dia....semudah itu jer boleh diganti.....ramai lg  ...

Kes mcm ni lah yg US kata guna buruh paksa tu kot...pekerja keje bagai nak rak tapi tak bayar gaji
Quote Skuau 27-4-2021 11:54 AM
hatikudus replied at 27-4-2021 11:46 AM
Kes mcm ni lah yg US kata guna buruh paksa tu kot...pekerja keje bagai nak rak tapi tak bayar gaji ...

sb tu aku arp....kes ni dpt liputan meluas antarabangsa.....dan 1 lg....aku percaya warga asing pon 'tak rasa apa2'...sb mende ni bg mereka cam 'nasib' memasing.
Quote drivethru 27-4-2021 12:16 PM
Pekerja 'kosong' mmg selalu kena tipu.

Lihat semua komen(86)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-11-2024 09:37 AM GMT+8 , Processed in 0.102286 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top