CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Selepas JDT tewas, aksi "steady" TMJ masuk bilik persalinan pemain TFC curi tumpuan ramai

27-4-2021 02:13 PM| Diterbitkan: bubuk_bearbear| Dilihat: 11919| Komen: 79



Pemilik kelab Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mencuri tumpuan ramai apabila dilihat bersikap profesional menerima kekalahan dan mengucapkan tahniah kepada Terengganu FC (TFC) yang menewaskan pasukannya 1-0 di Stadium Sultan Ibrahim pada Sabtu lalu. 

Menerusi satu video yang dikongsikan di laman Facebook Harimau Selatan, Tunku Mahkota Johor (TMJ) dilihat memasuki bilik persalinan pasukan TFC selepas perlawanan dan berjumpa dengan anak buah Nafuzi Zain sambil bersalaman mengucapkan tahniah atas kemenangan mereka.

"Saya datang untuk ucap tahniah sahaja. Semoga berjaya untuk tahun ini," kata TMJ ketika bertemu dengan barisan pemain TFC di dalam bilik persalinan.

TMJ juga dilihat sempat bergurau dengan beberapa tonggak import TFC.

Loading FB Video...

Reaksi profesional dan merendah diri TMJ mendapat pujian dari warganet yang menyifatkan sikap Tunku Ismail harus menjadi contoh buat semua pemimpin yang lain.



Terdahulu, Juara Liga Super sebanyak tujuh kali berturut-turut, Johor Darul Ta'zim (JDT) dikejutkan dengan kekalahan tipis 0-1 di tangan Terengganu FC (TFC) di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, malam Sabtu.

Pemain tengah berusia 21 tahun, Mohamad Hakimi Abdullah muncul wira skuad Penyu apabila berjaya menghukum kesilapan pemain pertahanan JDT pada minit ke-57 untuk gol kemenangan itu.

Kali terakhir TFC mencatatkan kemenangan ke atas JDT adalah ketika kempen Piala Malaysia pada Oktober 2018, manakala pertemuan selepas itu menyaksikan keputusan terikat sebanyak tiga kali dan JDT menang sebanyak tiga kali.

Keputusan itu juga mencalar rekod tanpa kalah JDT, yang belum tewas dalam sembilan perlawanan Liga Super musim ini, selepas kali terakhir tewas dalam aksi liga pada Julai 2019 di tangan Petaling Jaya (PJ) City FC dengan keputusan 0-1.
1

Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 27-4-2021 02:18 PM
Netizen ni, semua benda nak terpersona
Quote ToungeSoup 27-4-2021 02:28 PM
Kurex replied at 27-4-2021 02:18 PM
Netizen ni, semua benda nak terpersona

@Kurex .. menjamu mata dibulan puasa ya..
Quote beloomberk 27-4-2021 02:35 PM
Acah2 nk nmpk cool n profesional dpn netizen.. Hahaha.. hakikatnya pedih.half skuad pnuh dgn player import n naturalisasi tpi ttap klah dgn team yg pnuh dgn player muda. Wlupon visi n misi 100 lgkah ke hdpn.
Quote anakjiran 27-4-2021 02:37 PM

masuk merisik ke tu
Quote supernaturalee 27-4-2021 02:48 PM
Sedap2 belaka
Oh my my




Quote Kurex 27-4-2021 02:49 PM
ToungeSoup replied at 27-4-2021 02:28 PM
@Kurex .. menjamu mata dibulan puasa ya..

Opkosssss sebab bulan poser je. Kalau tak dah bersemoga dah
Quote Normabaru 27-4-2021 03:00 PM
Laaa.. Takat nii pom nk taksub ke.Haihhh
Quote tagas 27-4-2021 03:01 PM
wayanggg
Quote dewi_rina 27-4-2021 03:04 PM
Ya ampun , nasib takde yg bogel
Quote Fly_over 27-4-2021 03:06 PM
terjah dgn kamera org tak bsiap lg. menceroboh
Quote guesswho09 27-4-2021 03:09 PM
Selamba je tak pakai mask
berjabat2 tgn
i sampai skrg takut nak bersalam dgn org
Quote Orix 27-4-2021 03:10 PM
bukan SOP xleh bersalam2 ke
Quote aechae 27-4-2021 03:10 PM
Yg penting kalah dgn tganu kannn
Quote pekanwoohoo 27-4-2021 03:29 PM
Orix replied at 27-4-2021 03:10 PM
bukan SOP xleh bersalam2 ke

Covid dah 2 tahun pun takkan tak tahu SOP untuk siapa je?



Quote Minami2013 27-4-2021 03:35 PM
Berani ke netizen nak serang tak ikut sop geng kayangan
Quote Orix 27-4-2021 03:36 PM
pekanwoohoo replied at 27-4-2021 03:29 PM
Covid dah 2 tahun pun takkan tak tahu SOP untuk siapa je?

ish ish ish ish.......................
Quote awanysss 27-4-2021 03:39 PM
Kurex replied at 27-4-2021 02:18 PM
Netizen ni, semua benda nak terpersona

selagi boleh jilat, jilat lah..mana tahu untung2 TMJ pilih komen yg bertuah pastu ajak lepak istana, bg hadiah iphone 12 promax..
Quote cik_sssara 27-4-2021 03:40 PM
Tahniah ganu.

Cantiknya changing room stadium dia. Bila lah club lain boleh buat fasiliti macam SSI ni.
Quote Nham22 27-4-2021 03:40 PM
Ya amponnnnnnn... TMJ mmg level lain mcm... "waa very big" die tegor nye pemain gelap tuu... Sumpahhhhh

Lihat semua komen(79)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-11-2024 12:26 PM GMT+8 , Processed in 0.101462 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top