Fitnah untuk menjatuhkan karier politik. Itu kata Tan Sri Anuar Musa terhadap khabar angin kononnya telah berkahwin dengan seorang penyanyi dipercayai Datuk Nora Ariffin, 48. Menurut laporan Bernama, Menteri Wilayah Persekutuan terbabit kesal dengan tindakan pihak tidak bertanggungjawab berkenaan kerana secara tidak langsung, khabar angin yang tular di Twitter sejak Rabu itu turut menjejaskan reputasi pihak lain yang tidak berkaitan. "Saya orang politik tak mengapalah kalau kawan-kawan nak fitnah sikit-sikit, tapi janganlah melibatkan orang lain yang juga ada keluarga. "Setahu saya (penyanyi berkenaan) daripada keluarga yang cukup terhormat, saya kenal latar belakang mereka, kalau nak fitnah, libatkan saya sahaja jangan kaitkan orang lain," katanya. Tidak bercadang mengambil tindakan lanjut, Annuar bagaimanapun meminta pihak terbabit bermuhasabah sempena menghormati bulan Ramadan.
|
ADVERTISEMENT