CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tular Gambar Anggota Polis Lalu Lalang Tak Pakai Pelitup Muka

30-4-2021 11:12 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2886| Komen: 18

Kuala Lumpur: Seorang anggota polis trafik membuat laporan polis susulan penularan gambarnya yang tidak memakai pelitup muka ketika bertugas di Jalan Tuanku Abdul Rahman, di sini, baru-baru ini.


Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur Asisten Komisioner Zulkefly Yahya berkata, kejadian itu berlaku pada Rabu lalu ketika anggota terbabit sedang bertugas mengawal lalu lintas di sekitar jalan berkenaan dan Lorong Tunku Abdul Rahman 7 iaitu di kawasan pasar malam bermula jam 1 petang hingga 10 malam.

Foto: Harian Metro

"Anggota itu baru selesai berbuka puasa bersama lima rakan sekerja lain di bawah sebuah khemah di persimpangan Jalan Tuanku Abdul Rahman/Jalan Esfahan berhampiran sebuah pusat beli belah jam 8 malam.

"Selepas berbuka puasa, anggota berkenaan menuju ke motosikal untuk meneruskan tugasannya dan gambar terbabit dipercayai diambil sebelum dia memakai semula pelitup muka serta topi keledar untuk meneruskan rondaan.

"Berikutan itu, anggota berkenaan membuat laporan polis kerana tindakan individu terbabit (mengambil gambar dan memuat naik ke media sosial) cuba menjatuhkan maruahnya dan Polis Diraja Malaysia (PDRM)," katanya.

Katanya, orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan atau maklumat berhubung perkara itu boleh menghubungi Balai Polis Trafik Jalan Tun H.S Lee di talian 03-20719999 atau Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999 atau mana- mana balai polis berhampiran. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote jalfa 30-4-2021 11:15 AM
10k
Quote ChildrenOfBodom 30-4-2021 11:26 AM
biar la dia x pakai biar dia kena covid
Quote hyie 30-4-2021 11:35 AM
meols banyak kali je nampak polis tak pakai mask di sekitar tempat kerja meols sis...sama je dengan marhaen lain...cuma tak kena saman je la ko hengat ummah gigih nak patuh SOP 24 jam kah? sembangggggg
Quote mikasa 30-4-2021 11:36 AM
Aku pernah lalu sjr kat putrajaya..minah polisi relax je tak pakai mask tahan keta
Quote cikpah27 30-4-2021 11:40 AM
"Anggota itu baru selesai berbuka puasa bersama lima rakan sekerja lain di bawah sebuah khemah di persimpangan Jalan Tuanku Abdul Rahman/Jalan Esfahan berhampiran sebuah pusat beli belah jam 8 malam.


"Selepas berbuka puasa, anggota berkenaan menuju ke motosikal untuk meneruskan tugasannya dan gambar terbabit dipercayai diambil sebelum dia memakai semula pelitup muka serta topi keledar untuk meneruskan rondaan.


Orang baru habis makan, tengah otw basuh mulut tangan tak pakai mask kena saman.. Yang baru habis makan pun kena saman jugak.. Buka mask sekejap sebab allergic pun kena saman.. Polis ni siap berjalan ke motosikal takpa pulak?
Quote mikasa 30-4-2021 11:42 AM
Kalau polia bagi alasan macam ni ..jadi tak kena saman ke? Takda perlu kertas siasatan?
Quote awanysss 30-4-2021 11:48 AM
sedangkan org duduk tunggu makanan bukak mask pun kena saman,
yg tengah letak mask bawah dagu sambil susun barang (tak berbual tak jumpa org) pun kena saman..
ni pulak yg terang2 tak pakai, siap berjalan lg..

masa polis2 kau saman org, takde pulak terfikir "sedang2" "sementara2" tu.. terus je nak saman..
bila org viralkan anggota sendiri, bg statement mcm takde akal..

kalau tok ayob ni, silap2 dia sekolahkan polis2 tu balik..
tp so far polis2 tok ayob baik2.. bg amaran mulut je.. ye la dorang pun ada sense..
nak pakai mask 24 jam.. kau sedut balik carbon dioxide yg kau hembus.. patut sedut oxygen..
nak buat cane, bertuhankan WHO sgt.. terpaksa la ikut..
Quote Skuau 30-4-2021 11:51 AM
do you feel like i feel???- Belinda Carlisle.
Quote ais_kosong 30-4-2021 11:55 AM
hmmmm... pastu budak yang viralkan tu pula kena saman.
Quote xy_daen 30-4-2021 11:56 AM
Adan uke...
Quote Orix 30-4-2021 12:00 PM
Peduli apa ko baru lepas berbuka ka hapa.... on the way kau dr tempat berbuka ke motor kau tu kau tahan nafas ke tak bernafas langsung ke kalo ko ada covid dh bpe byak virus tersebar....weols rakyat marhaen kemain takut kena saman, lepas makan tengahari panas2 terik dah la baru lepas makan pedas, bibir pun tebal lagi cepat2 pakai face mask wlupun nk menuju ke kereta 7-8 langkah jah ! kau dah la waktu malam xde la panas mana pun gigih tak pakai mask, polis pulak tu. haktui!

Dulu ada pakcik dduk sorang2 baca surat kabar xde org lalu lalang pn polis saman... ada akak tu keluar dari kereta kawasan xde org, nak buat susu anak jah pun buka boot kereta pun kena saman...


Quote Denco 30-4-2021 12:10 PM
cash utk abam polis
bila rasa ape yg marhaen rasa dan2 gelabah kopek buat laporan polis
Quote najib888 30-4-2021 12:10 PM
Bila kena baru padan muka...
Dulu bukan main, dengan org biasa ni.. kira nak saman saja..  tak dengar dah alasan marhaen. Budak tanya kedai ada panadol ke tak pun di saman. tak bagi muka...student tutunkan mask nak lepaskan lelah pun disaman..

Rasain loh...

Gi mam.... dengan ko punya alasan..
Quote Simunggu 30-4-2021 12:12 PM
kena adil...kayangan tidak kayangan..kena sama rata
Quote Artemesiaa 30-4-2021 01:13 PM
Sebab makin ramai mula tak puas hati mengenai macam2 perkara sebab tu makin banyak yang tular
Quote jalfa 30-4-2021 01:25 PM
Ujung ujung dak twiter tu yg masuk lokap
Quote jfq 30-4-2021 01:33 PM
Pandai pulak alasan baru lepas makan.
Hari tu bukan ada kes yg siapa tah kena saman sbb baru abis minum air tak sempat pakai mask dah kena saman
Quote mijot 30-4-2021 01:52 PM
mcm kt tempat keja kitaorg...otw nak pergi basuh dgn dgn mulut...polis datang nak saman...kitaorg sound jer..mulut kotor..takkan nak pakai mask dgn mulut kotor...diorg bebel apa tah terus blah...

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-11-2024 04:31 PM GMT+8 , Processed in 0.045065 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top