Gara-gara tidak dibenarkan bernikah lagi, seorang lelaki tergamak membunuh isterinya sendiri di Kampung Tanjung Ratu, Lampung Selatan. Lapor Tribunnews, suspek dikenali sebagai JK, 45 berasal dari Lampung Tengah bertengkar dengan isterinya, Tukini di dalam kereta.
Ketua Unit Siasatan Jenayah, Balai Polis Lampung Tengah, Edy Qorinas berkata, suspek kesal kerana mangsa meminta dirinya tidak bernikah lagi, namun tidak dihiraukan sehingga lelaki itu keluar dari kereta dan mengambil sebatang kayu yang ada di belakang. “Suspek dikatakan memukul kayu tersebut ke arah wajah dan tubuh mangsa. “Kes tersebut terbongkar selepas penemuan mayat mangsa yang terapung dalam perigi di kawasan kebun,” katanya.
Menurut Edy, suspek juga melakukan pembunuhan itu kerana ingin menguasai harta mangsa berdasarkan penemuan sejumlah barang bukti milik mangsa ketika ditangkap di Kampung Binjai Ngagung, Bekri. “Kita menemui barang bukti seperti sebuah kenderaan, perhiasan, geran tanah dan wang tunai 30 juta rupiah (RM8,488) yang dipercayai milik mangsa,” ujarnya. Menurut Edy, suspek cuba memperdayakan mangsa dengan meletakkan kad pengenalan orang lain di lokasi mayat mangsa ditemui. Sumber: Utusan
|
sukacactus replied at 30-4-2021 12:45 PM
Kalàu kat sini takdenya nak tanya2 lg dah
Nikah je terus
Dah terbocor rahsia baru ngaku
spankee_fili replied at 30-4-2021 12:57 PM
Haah.. Konsep kat sini "jangan mintak permission tapi mintak maaf" kan?
sukacactus replied at 30-4-2021 01:25 PM
Ha tu la
Tp mcm abg aku, dia just inform “I dah nikah dgn si polan” kat SIL aku
Minta maaf pun ...
naina replied at 28-7-2021 11:52 AM
Uihhh sakitnya tu disini
sukacactus replied at 30-4-2021 09:25 AM
Ha tu la
Tp mcm abg aku, dia just inform “I dah nikah dgn si polan” kat SIL aku
Minta maaf pun ...
sukacactus replied at 28-7-2021 12:09 PM
Aku yg menengok ni pun sakit ati
Dah cerai dah pun SIL aku yg penyabar tu setelah si polan no 2 b ...
naina replied at 28-7-2021 02:02 PM
Memang patut let it go pon..sapa cakap kena redha tu susah weii. Hati sakit jiwa sengsara..baik ...
sukacactus replied at 30-4-2021 01:25 PM
Ha tu la
Tp mcm abg aku, dia just inform “I dah nikah dgn si polan” kat SIL aku
Minta maaf pun ...
honeybee1802 replied at 28-7-2021 02:31 PM
Umpamanya...ini la kenyataan..terima je la....
sukacactus replied at 28-7-2021 12:09 PM
Aku yg menengok ni pun sakit ati
Dah cerai dah pun SIL aku yg penyabar tu setelah si polan no 2 b ...
Tinot7 replied at 28-7-2021 02:53 PM
Jahatnya si polan
ADVERTISEMENT