CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

'Steven Sim Beri Bantuan Motosikal Je, Tak Pernah Sebar Agama Kepada Saya'

30-4-2021 03:21 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 5017| Komen: 21

Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim menafikan dakwaan bantuan motosikal kepada seorang pekerja FoodPanda sebagai gimik politik.

Beliau yang juga Setiausaha Publisiti DAP Pulau Pinang menegaskan, bantuan yang diberikan itu juga bukan untuk menyebarkan agama tertentu.



Steven Sim (kanan) berbual bersama Anas Hazmi yang menunjukkan geran motosikal yang diberikan kepadanya di Pulau Pinang hari ini.

Sebaliknya ia bagi menampung perbelanjaan Anas Hazmi Ahmad yang menetap di negeri itu bagi menjalani latihan industri.

Jelas beliau, penerima motosikal tersebut yang meminta identitinya dirahsiakan namun isu itu dipolitikkan hingga ada yang mendakwa motosikal tersebut didaftarkan atas nama orang lain.



“Selama ini saya memilih untuk tidak menjawab isu yang dibangkitkan berkaitan pemberian bantuan motosikal kepada seorang pelajar berasal dari Kelantan tetapi tomahan serta fitnah yang dilemparkan kian hari kian melampau.

“Lebih teruk apabila segelintir pihak mendedahkan identiti termasuk alamat asal penerima bantuan itu di media sosial demi kepentingan sendiri tanpa memikirkan risiko.

“Saya boleh terima apa saja kecaman kerana tahu sebagai orang politik pelbagai tomahan dilemparkan tetapi tindakan segelintir pihak meletakkan harga untuk mendapatkan identiti Anas Hazmi merupakan tindakan merosakkan masyarakat,” katanya ketika ditemui pemberita di pejabatnya hari ini.

Steven Sim kini dalam proses mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang melemparkan tomahan tidak berasas berhubung pemberian bantuan motosikal itu.



Sementara itu, Anas Hazmi,22, meluahkan rasa kesal dan sedih susulan tindakan setengah pihak yang menjadikan dirinya sebagai bahan politik.

“Saya nafi tuduhan yang dibuat ke atas Ahli Parlimen Bukit Mertajam, beliau tidak pernah menyebarkan agama kepada saya malah selepas memberikan bantuan motosikal beliau tidak menghubungi saya bagi tujuan lain.

“Pendaftaran motosikal jenis Honda Dash pada 14 April lalu dibuat atas nama saya sendiri dan saya yang minta beliau rahsiakan identiti penerima,” kata Anas Hazmi.

Anak keempat daripada 10 beradik itu turut meminta orang ramai menghentikan kecaman terhadap dirinya serta keluarga. 


Sumber: MalaysiaGazette
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tripleid 30-4-2021 04:14 PM
Edited by tripleid at 30-4-2021 04:26 PM

Profesor hanat yg sebar fitnah tu dah tutup pun fb..

[youtube]OPM7FoR6Z8o[/youtube]
Quote hatikudus 30-4-2021 04:15 PM
Siapa pulak yg tuduh gitu? Takde dengar apa2 pun lepas tu...saje nak cari limelight ke apa?
Benda yg bagus buat apa dibantah kann...
Quote MissVixen 30-4-2021 04:48 PM
tripleid replied at 30-4-2021 04:14 PM
Profesor hanat yg sebar fitnah tu dah tutup pun fb..

Siapa prof kamarul ni? Prof homeopati ke? Perangai macam dajal sebar fitnah.
Quote foxs 30-4-2021 04:52 PM
Prof kangkung...time mahathir dtg trus jd tikus mondok
Quote renko 30-4-2021 05:09 PM
hatikudus replied at 30-4-2021 04:15 PM
Siapa pulak yg tuduh gitu? Takde dengar apa2 pun lepas tu...saje nak cari limelight ke apa?
Benda y ...

bersepah je kat pesbuk
ummah2 kaki troll kkm pakat share merata
Quote tripleid 30-4-2021 05:19 PM
Edited by tripleid at 30-4-2021 05:22 PM
MissVixen replied at 30-4-2021 04:48 PM
Siapa prof kamarul ni? Prof homeopati ke? Perangai macam dajal sebar fitnah.


Hahah prof homopati kauu.....dia ni prof hamPAS byk tulis artikael dlm harakah..no wonder dok canang kristianisasi ke hulu kehilir..ujung2 kena saman dgn steven sim.padan muke

Quote Aliaskotonggo 30-4-2021 05:27 PM
menyebarkan fitnah sambil memperjuangkan melayu, fake sangat tu. Ramai pulak yg menyokong, pejuang melayu tulen abg @dizekni apa komen, Cina komunis kapir menolong bangsa Melayu nan syorgawi dipitenah?
Quote dess402 30-4-2021 05:28 PM
Yg selalu buat fitnah ni bangsa melayu . Penuh hasad dengki . Tak macam cina ..  depa boleh berkongsi sama2 . Dah lama aku perati .
Quote nikaido 30-4-2021 05:39 PM
UUM, uni ranking bukan tinggi mana pun. Padanlah pensyarah pun tarap ni je
Quote vespa_oren 30-4-2021 06:54 PM
bakal naib canselor tu
Quote Sham143 30-4-2021 08:06 PM
Edited by Sham143 at 30-4-2021 09:20 PM

Sikit2 nk politikkan.. Bosan la.. Apasal lecturer jahat ni tak tolong budak ni dulu??.. supaya senang dia cari rezeki.. Bila pemimpin cina ni tolong, dia kecoh pulak.. Tk abis2 la dgn hasad dengki hantu sorang ni.. Bulan puasa ni buat fitnah apasal?? Pada aku yg penting dgn ada motosikal, dapat meringankan beban budak ni utk cari rezeki.. Alhamdulillah la.. Tak kira la siapa yg tolong.. yg penting masaalah budak ni dapat diselesaikan..Bayangkan la.. cuaca panas terik kayuh basikal hantar makanan..puasa pulak tu..
Quote asfaz 30-4-2021 08:14 PM
hatikudus replied at 30-4-2021 04:15 PM
Siapa pulak yg tuduh gitu? Takde dengar apa2 pun lepas tu...saje nak cari limelight ke apa?
Benda y ...

ada chuols.dlm minggu lepas dah kecoh. Sebab tak dpat cari budak ni kat mana. Dengar 2 fb yang start dlu dah kambus masuk kubor
Quote vespa_oren 30-4-2021 09:16 PM
hatikudus replied at 30-4-2021 04:15 PM
Siapa pulak yg tuduh gitu? Takde dengar apa2 pun lepas tu...saje nak cari limelight ke apa?
Benda y ...

https://says.com/my/news/dr-kamarul-blames-fake-facebook-post-for-putting-him-his-family-in-danger
Quote fatinandreanna 30-4-2021 09:21 PM
Si pemberi rahsiakan siapa si penerima. Org lain yg viralkn si penerima. Sebab apa? Jealous ke tak dapat nama? Sebab Steve Sim yg bagi bukan dia ? Jadi kenapa tak tolong si penerima ni dulu. Biarla si penerima & Steve Sim ni teruskan hidup masing2 dgn aman. Bukan semua org nak bagi bantuan riuh heboh siapa penerima. Lagipun Steve Sim pakai duit sendiri bukan duit sponsor kena ambik gambar tunjuk bukti kt sponsor yg bantuan telah diberi.
Quote MissYouSayang 30-4-2021 09:32 PM
Pehal uum ni ketegaq sgt xnk buang prof bodoh ni lagi ek.prof bodoh tu acapkali menconteng arang ke muka uum dah kan
Quote vespa_oren 30-4-2021 09:59 PM
TAWARAN RM2000 KAMARUL TUTUP, RIDER FOODPANDA DITEMUI

PETALING JAYA: Tawaran RM2000 yang dibuat pensyarah Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr Kamarul Zaman Yusoff, seperti yang diiklankan di Facebook beliau tamat apabila maklumat tentang 'Adik Mohamad' berjaya diperolehi.

Menurut Dr Kamarul, 'Adik Mohamad' bukanlah seorang pekerja dengan gaji RM500 sebulan seperti didakwa Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven, Sim Chee Keong, di laman sosial beliau yang tular baru-baru ini.

“Kita dapati beliau ('Adik Mohamad') bukanlah bekerja tetapi dia hanyalah pelajar yang sedang menjalani latihan industri di sebuah syarikat di Bukit Mertajam.

“Jadi RM500 sebulan yang dia dapat itu bukanlah gaji bulanan tetapi elaun bulanan latihan industri,” katanya ketika dihubungi.

Jelasnya lagi, 'Adik Mohamad' merupakan pelajar diploma (jurusan Kejuruteraan Elektrik dan Elektonik) di Politeknik Ungku Omar di Ipoh, Perak.

Dr Kamarul mendakwa kenyataan Steven Sim tidak bertanggungjawab kerana memberikan maklumat yang tidak betul tentang rider tersebut.

“Dia seolah-olah menggunakan budak ini bagi menimbulkan rasa kesian pembaca dan menjadikan posting beliau (Steven Sim) viral setelah mendapat perkongsian ramai.

“Sepatutnya dia cakap direct lah, saya (Steven Sim) telah membantu seorang budak ini yang sedang menjalani latihan praktikal di sebuah syarikat di Bukit Mertajam."

“Jangan cakap budak ini ('Adik Mohamad') merantau jauh dari Kelantan ke Pulau Pinang, kerja dengan gaji RM500…itu tidak betul,” katanya.

Tambahnya, beliau sedang menyiasat latar belakang keluarga 'Adik Mohamad' di Kelantan untuk memberi bantuan kepada mereka.

TAMBAHAN

Nama penuh 'Adik Mohamad' ini ialah 'Anas Hazmi bin Ahmad' dan beliau berasal dari Tanah Merah, Kelantan.

Tindakan Steven Sim memperkenalkan 'Anas Hazmi bin Ahmad' sebagai 'Adik Mohamad', tanpa menyebut bahawa 'Adik Mohamad' adalah nama samaran, juga menimbulkan tanda tanya kerana nama 'Mohamad' atau 'Muhammad' adalah satu nama yang sensitif kepada umat Islam kerana ia merupakan nama Nabi.

5umber fb: Kamarul Yusoff
Quote Aliaskotonggo 30-4-2021 10:01 PM
vespa_oren replied at 30-4-2021 09:59 PM
TAWARAN RM2000 KAMARUL TUTUP, RIDER FOODPANDA DITEMUI

PETALING JAYA: Tawaran RM2000 yang dibuat p ...

simpan jelah duit tu buat topup bayar saman nanti

Quote haruslah 30-4-2021 10:02 PM
Bagus dah dia tlg budak panda tu
Style ala2 uel nye fb
Karangan panjang lebar
Yg best ramai nak beli motor rega yb tu beli
Quote sarahmirza 30-4-2021 11:04 PM
Buat malu melayu muslim aje...

Jangan la korang beriya sangat hantar anak gi tadika islamik bagai... situ la lubuk mula sikap perkauman dan sangka buruk agama...

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-11-2024 06:34 PM GMT+8 , Processed in 0.060744 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top