CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Semua Nak Sama Sampai BF Pun Kembar Seiras Kongsi Orang Yang Sama!

30-4-2021 03:35 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3549| Komen: 15

Pasangan kembar, Anna dan Lucy DeCinque, 35, bukan sahaja digelar kembar paling seiras di dunia kerana berkongsi wajah dan habit atau kelakuan yang sama sebaliknya turut berkongsi seorang teman lelaki dalam hidup mereka.


Lebih 'gila', pasangan kembar itu turut mahu hamil anak teman lelaki mereka, Ben Byrne, 37, pada masa sama.

Selain teman lelaki, hubungan saudara kembar itu sangat pelik hinggakan mereka pergi ke tandas bersama-sama, makan dan mandi serta berkongsi katil dan pakaian yang sama.


Anna, Lucy berkongsi gambar teman lelaki mereka, Ben

New York Post melaporkan, pasangan kembar itu mengakui mereka tidak dapat dipisahkan.

"Kami menganggap satu sama lain sebagai satu orang. Kami tidak akan pernah berpisah," kata Lucy.

Dalam perkembangan sama, pasangan itu mengakui sudah menjalinkan hubungan dengan Ben selama 10 tahun dan mendakwa akan menikahinya jika tidak melanggar undang-undang.

"Dia (Ben) melayan kami sama. Dia tahu bahawa apa sahaja yang dia lakukan pada satu kembar, dia lakukan kepada yang lain," katanya.


Lucy mengatakan bahawa dia dan Anna pernah menjalinkan hubungan dengan individu berbeza pada masa lalu, tetapi ia tidak berjaya kerana 'mereka mahu memisahkan kami'.

"Orang boleh menilai kami bagaimana mereka suka, ini adalah cara yang sesuai untuk kami," katanya.


Sumber: Harian Metro

Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote MissyMolly 30-4-2021 03:41 PM
Eeeeuuuuuuuuuwwwwwww mak ko ijo!
Quote kuzaime 30-4-2021 03:55 PM
Untunglah Ben
Quote pejol 30-4-2021 03:57 PM
tengok kat insta memang per'paduan' sangat kembor nie
Quote Belibis 30-4-2021 04:01 PM
kuzaime: Untunglah Ben

Orang nak yang rupa berbeza,rasa berbeza..bukan rupa dan rasa yang sama.
Quote Kurex 30-4-2021 04:05 PM
Ya Allah ..

Dah sebulan lebih ada benang ni..... Lembabnya repot
Quote Artemesiaa 30-4-2021 04:07 PM
BF nya ler yang untung
Quote hyie 30-4-2021 04:13 PM
nanti masa atas katil pon nak main sama2 la kan...kowser sangat threesome
Quote tagas 30-4-2021 06:53 PM
Fuh double bearer
Quote Sham143 30-4-2021 07:50 PM
Cerita lama ni..Dah basi..
Quote Tinot7 30-4-2021 08:52 PM
Deme ni pakai bedak sekati ka?
Muka putih tapi badan tanned.
Quote dua_chzy 30-4-2021 09:00 PM
Walau cerita basi, akak nak komen juga:

Meka ni nampak nice je if tengok video kat Youtube. Cakap ok, molek sopan, takda carut2, takda karen vibe etc. Kesian juga bila meka jadik target padehal nampak macam tak kacau hidup orang lain pun.
Quote dua_chzy 30-4-2021 09:02 PM
Nah layan video.

[youtube]Bnb5C8Xos0A[/youtube]
Quote ketambangkang 2-5-2021 09:46 AM
fuhh buy 1 free 1
Quote Suchi 2-5-2021 11:42 AM
kuzaime replied at 30-4-2021 03:55 PM
Untunglah Ben

Untung apa dedua muka sama kalau sorang muka lain body pun lain skit boleh la untung huhuhu ni
Quote Decaffeinated 2-5-2021 12:19 PM
kuzaime replied at 30-4-2021 03:55 PM
Untunglah Ben

Untung apa nya fotostat rasa sama

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-11-2024 06:47 PM GMT+8 , Processed in 0.057579 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top