CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Fify Azmi Dituduh Suka Kaum Sejenis

30-4-2021 04:12 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5637| Komen: 19

Imej ala-tomboy, lasak dan berambut pendek menyebabkan persepsi terhadap pelakon filem Wira, Fify Azmi, 31, bertukar.

Bukan hanya dianggap cenderung kepada golongan sejenis, malah finalis program realiti, Dewi Remaja 2014/2015 mula diganggu golongan berkenaan.


Namun, tidak adil menilai secara luaran kerana Fify sudah pun mempunyai kekasih. Penampilannya sekadar tuntutan watak dalam drama dan filem, namun hakikatnya, Fify masih seorang wanita dan mempunyai perasan terhadap lelaki.

Foto: IG

Bagaimanapun, Fify atau nama sebenarnya, Nur Afiqah Mohamed tidak selesa diganggu golongan sejenis yang menagih kasih daripadanya. Sering menerima mesej langsung menerusi Instagram, namun pelakon drama Kisah Yang Hilang dan Ryan Aralyn itu enggan melayannya.


Apabila penampilan seperti tomboy, malah ada yang menuduh anda lebih cenderung kepada kaum sejenis, sedangkan dirinya sudah mempunyai kekasih. Ia seolah-olah membuka ruang kepada netizen menilainya tidak normal?


"Secara peribadinya, saya berjaya membawa karakter wanita lasak dalam konteks profesional. Namun, di sebalik penampilan nampak kasar ini, saya masih ada sisi kewanitaan, suka bersolek, bergaya dan sangat lemah lembut sebenarnya.

"Karakter kasar dan tomboy hanyalah untuk memenuhi tuntutan watak dalam lakonan sahaja.

"Saya masih gadis biasa yang mempunyai perasaan terhadap lelaki. Saya mempunyai keinginan untuk berpasangan, bukan cenderung kepada kaum sejenis," katanya kepada BH Online.

Mengulas pertanyaan apabila bergaya kasar, tidakkah ia menimbul persepsi mahu mengumpan golongan sejenis, Fify berkata, dia rasa ramai yang salah faham terhadapnya.



"Saya mengorbankan rambut jadi pendek untuk memenuhi tuntutan watak dalam filem Wira. Jujurnya, saya suka bergaya feminin.

"Saya hanya berlakon atau berlagak kasar seperti lelaki untuk kerja lakonan. Tiada isu saya mahu mengumpan golongan sejenis. Secara kebetulan, saya memegang watak tomboy bernama Reezs dalam drama terbaharu. Dan, saya sekali lagi terpaksa memotong rambut pendek.

"Namun, lain jadinya apabila saya berkongsi imej terbaharu dalam media sosial. Netizen mula melemparkan persepsi saya bukan gadis normal," katanya.

Fify berkata, dia hanya menerima mesej biasa daripada golongan sejenis itu.


"Ada yang mahu berkawan. Tetapi, setakat ini, tiada mesej berlebihan yang keterlaluan dan menyimpang. Saya rasa tidak salah jika saya berkawan dengan semua orang.

"Mereka juga manusia biasa, jadi tak elok nak menilai orang tanpa kenal. Saya anggap gangguan yang diterima daripada golongan yang meminati kaum sejenis sebagai perkara lucu.

"Saya tak marah atau menghina mereka, sebaliknya saya hanya ketawa sahaja. Walaupun mereka cuba mengganggu saya dengan menghantar mesej peribadi, tetapi saya tidak layan.

"Saya harap penjelasan ini membuatkan mereka sedar saya wanita 'straight'," katanya.


Katanya, ramai yang salah anggap dan pantas menghukum terhadap imejnya.

"Inilah mentaliti manusia. Jika lebih berfikiran terbuka dan positif, kita tidak akan sempat terfikir pun mahu menghukum orang.

"Bagi saya, ramai orang tahu siapa diri saya dan kenapa saya bergaya ala-tomboy. Ia hanya memenuhi komitmen kerja, bukan naluri saya," katanya yang baru sahaja menyelesaikan penggambaran drama Ratu Tenpin arahan Azman Yahya dan terbitan JS Pictures.




Katanya, filem kedua juga bakal menjalani penggambaran, tidak lama lagi.

"Saya banyak menghabiskan masa dengan ibu dan keluarga sepanjang bulan puasa. Inilah sahaja masa yang ada untuk berehat selepas dua bulan sibuk dengan penggambaran drama," katanya. -CARI

Sumber: Berita Harian
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Carcosa 30-4-2021 04:51 PM
Comel jugak dia ni   {:childlike
(adakah aku berpotensi menyukai kaum sejenis?) {:freak
Quote KIM.K 30-4-2021 05:18 PM
Katangnye. Jeles body ko dek
Quote ezacbee 30-4-2021 05:22 PM
Edited by ezacbee at 30-4-2021 05:23 PM

Filter ke tu?
Mmg merah2 muka dia ek

Dia ni nampak gagah klo jadi tomboy, klo scha nampak lembut
Quote lilydandelion77 30-4-2021 05:27 PM
Takleh nak recall la sapa kau dek? Tapi hati2 ye dek. Muka cute boyish ni mmg sasaran bangpeng {:smile
Quote imanjannah 30-4-2021 05:28 PM
comei budaknya
Quote uori 30-4-2021 06:19 PM
shah rukh khan sangat muka ko dekkk


{:smile
Quote belilies 30-4-2021 06:50 PM
Gambar first tu macam shah rukh khan. Maybe sbb hidung tu sama. Btw, bukan dia ni ke yg deyols kata cek in ngan peti esbok dulu tu?? Jadah pulak org kata cat dinding
Quote LadyCarefree 30-4-2021 07:20 PM
Dari dulu percubaan up kan diri namun sendu je
Quote Tinot7 30-4-2021 08:00 PM
Lelaki suke ke rupa pompan mcm tomboy gini?
Quote Adrif 30-4-2021 08:20 PM
Tinot7 replied at 30-4-2021 08:00 PM
Lelaki suke ke rupa pompan mcm tomboy gini?

aku tak tau orang lain macam mana.. tapi aku suka..
cantik, comel gila.

plus, ada je kawan-kawan aku yang tomboy, lasak macam ni, in the end kahwin jugak.
once jadi emak, auto jadi ayu. kitorang yang gelak sebab dia yang dulu dengan sekarang macam langit dengan bumi.
welp, manusia kan boleh berubah.
Quote Tinot7 30-4-2021 08:22 PM
Adrif replied at 30-4-2021 08:20 PM
aku tak tau orang lain macam mana.. tapi aku suka..
cantik, comel gila.


Ok ok.. hang sorang je lelaki yg ngaku
Quote sfrnna 30-4-2021 09:14 PM
Comeyyy dah 31 still cantik. Tomboy2 ni okay je. Unless ko mmg ada gf show of tiap masa cam si lawyer tu.
Quote mamajawie 30-4-2021 10:01 PM
Anak buah aku suka nau tgok citer ryan aralyn sbab nk tgok muka si fify..dia ckap fify comel..ye aku terpksa mngaku dia comel sbab mata buntang tu..
Quote gideoncross 30-4-2021 10:22 PM
Iol support prmpuan cmni, luaran x mnggmbrkn dlman, ada yg luar nmpk cntik tpi dlman x cntik. U go girl, ala2 Amber Liu dh ni. U do what u do honeyyyy.
Quote Joysparta 1-5-2021 12:04 AM
Cutiing boyish pun still comel..ada yg ala2..muka hauk..sakit mata tengok...serba tak kena..
Quote mendeluk 1-5-2021 08:51 AM
sfrnna replied at 30-4-2021 09:14 PM
Comeyyy dah 31 still cantik. Tomboy2 ni okay je. Unless ko mmg ada gf show of tiap masa cam si lawye ...

haha yang itu dgn stewardess lagi tu ke? Ex dia pun girl jugak, tapi dah kahwin. Bagi ig dia boleh ? Dengan ex dia itu. Aku nak stalk. Ji pebenda ntah.
Quote kon2 1-5-2021 12:30 PM
sfrnna replied at 30-4-2021 09:14 PM
Comeyyy dah 31 still cantik. Tomboy2 ni okay je. Unless ko mmg ada gf show of tiap masa cam si lawye ...

siapakah si loyar itu?
Quote missHaidiD 1-5-2021 12:31 PM
Muka comel.tp aritu ada yg kt dia da berumur jgk .30an kan..untung la berbadan kecik
Quote cikX87 2-5-2021 01:22 AM
OK KONFEMZZZ.

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-11-2024 07:00 PM GMT+8 , Processed in 0.051689 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top