CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ribuan burung kakak tua putih ‘serang’ bandar, penduduk terpaksa berkurung

30-4-2021 10:45 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 5365| Komen: 21



CANBERRA – Penduduk sebuah bandar tidak jauh dari Sydney terpaksa berkurung dalam rumah selepas kawasan kejiranan di situ diserang ribuan burung kakak tua, lapor Daily Star semalam.

Serangan itu yang dimuat naik di akaun TikTok @justsheff33 menunjukkan ribuan burung kakak tua berwarna putih terbang dan memenuhi halaman rumah dan juga jalan-jalan sekitar.

Insiden yang berlaku di Nowra itu dianggap menakutkan.

Burung kakak tua itu yang dikenali sebagai corella berasal dari New South Wales Shoalhaven dan boleh menjadi haiwan pemusnah, lapor 9 News.

Ia lazimnya memusnahkan tanaman di ladang untuk mencari makanan.

Namun, memandangkan ia merupakan spesies dilindungi, tidak banyak yang boleh dilakukan bagi mengelak kelakuan burung itu yang tidak terkawal.

Menurut Profesor David Phalen yang merupakan pakar kesihatan hidupan liar dan konservasi University Sydney, burung tersebut akan mencari tempat untuk makan sebelum berpindah ke destinasi lain dan akan terbang dalam kumpulan yang banyak ketika bukan musim mengawan.

“Burung itu bersifat nomad. Mereka akan mencari makanan dan apabila terjumpa sesuatu yang disukai, mereka akan turun ke situ.

“Mereka akan makan dan berpindah ke lokasi lain. Itu merupakan kelakuan normal,” kata Phalen.

Phalen yang menonton video tersebut percaya burung itu makan sesuatu di bahagian halaman rumah.

“Burung tersebut tertarik kepada sesuatu yang ada di halaman rumah,” katanya. -Agensi


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kerabuBiru 30-4-2021 10:55 PM
Sedap ni sembelih makan burung kakak tua hari2 boleh buat resepi macam2 masak kari goreng kunyit goreng belacan sambal berlado bakar percik goreng berempah yummyummmmmmm
Quote supernaturalee 1-5-2021 12:27 AM
kerabuBiru replied at 30-4-2021 10:55 PM
Sedap ni sembelih makan burung kakak tua hari2 boleh buat resepi macam2 masak kari goreng kunyit gor ...

Seriously uol mkn burung kakak tua?

Quote supernaturalee 1-5-2021 12:29 AM
Cute nya lagu background video tu

Anyway nmpk cantik
Seperti di kayangan
Klu kayangan tu ada burung kakak tua putih


Quote any42 1-5-2021 12:40 AM
klau duk bkeliaran trbang kt pdang rumput hijau mesti cantik
Quote kerabuBiru 1-5-2021 05:07 AM
supernaturalee replied at 1-5-2021 12:27 AM
Seriously uol mkn burung kakak tua?

Ai bayang2 jeee.... tak boleh makan ehh? Kalu burung gagak atau helang tu yee laa tak tegamak nak makan... tapi kakak tua ni dia makan buaha jee kan
Quote supernaturalee 1-5-2021 11:14 AM
kerabuBiru replied at 1-5-2021 05:07 AM
Ai bayang2 jeee.... tak boleh makan ehh? Kalu burung gagak atau helang tu yee laa tak tegamak nak  ...

Eeshh
Die pny byg mcm ye ye
I pnh mkn burung puyuh dgn merpati
Sedap

Quote Knowlee 1-5-2021 11:14 AM
I nampak sekor dove putih singgah kat tingkap rumah pun I dah kagum... Kalau byk burung kakak tua macam ni, taktau la nak kagum mcm mana....
Quote Amigurumi 1-5-2021 11:53 AM
Tolong mai terbang kat malaysia, baru rakyat ada akai kot nak dok dalam rumah, bolehla kes covid turun {:laugh

Serious note: Banyaknya, takut datang bawa virus lain pulak
Quote kerabuBiru 1-5-2021 06:28 PM
supernaturalee replied at 1-5-2021 11:14 AM
Eeshh
Die pny byg mcm ye ye
I pnh mkn burung puyuh dgn merpati

Ermmm mau cari puyuh laa posa hari ni..... goreng kunyit paatu kari lenak wauuu marbelos
Quote supernaturalee 1-5-2021 07:03 PM
kerabuBiru replied at 1-5-2021 06:28 PM
Ermmm mau cari puyuh laa posa hari ni..... goreng kunyit paatu kari lenak wauuu marbelos

Yaaa
Puyuh goreng kunyit sedap

Quote dani-rox 1-5-2021 09:57 PM
tingat filem The Birds


Quote Itzy 1-5-2021 11:20 PM
Amigurumi: Tolong mai terbang kat malaysia, baru rakyat ada akai kot nak dok dalam rumah, bolehla kes covid turun {:laughSerious note: Banyaknya, takut datang ba ...


jangan dok merepak la, kata2 tu satu doa.
Quote kucim 1-5-2021 11:33 PM
Kenapa tak mai malaysia....boleh bela dlm kandang kambing huahuaa
Quote noor2 2-5-2021 12:08 PM
Penuh la tahi burung ...yuck...
Quote kelapaparut 2-5-2021 01:16 PM
supernaturalee replied at 1-5-2021 12:27 AM
Seriously uol mkn burung kakak tua?

iols prefer mkn burung gagak, kesian burung kakak tua comel xpatut dimakan..
Quote supernaturalee 2-5-2021 06:47 PM
kelapaparut replied at 2-5-2021 01:16 PM
iols prefer mkn burung gagak, kesian burung kakak tua comel xpatut dimakan..

Serious mkn burung gagak?


Quote epis 2-5-2021 08:32 PM
Igtkan burung kakak tua ni x blh terbang tinggi dan jauh, sebab bila tgk video selalunya memanjat kt pokok je guna kaki dan paruh..
Quote Simunggu 3-5-2021 11:37 AM
pandai cakap org putih ni kan?
Quote Ayda89 30-7-2021 01:38 PM
Bila beramai2 jadi gengster ye burung ni I tot burung ni perangai cute2 ..

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-11-2024 10:29 PM GMT+8 , Processed in 0.173605 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top