CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ayob Khan dicadang terajui JSJ, KPN sempat bergurau skil tebar roti canai Ketua Polis Johor disukai ramai

1-5-2021 12:23 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 4790| Komen: 23



KETUA Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay telah dicadangkan untuk menjadi Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman seterusnya, kata Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Abdul Hamid Bador.

Beliau berkata demikian ketika ditanya siapa yang bakal memegang jawatan Timbalan KPN selepas penggantinya, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah menggalas tugas baharu.

"Pengarah Bukit Aman yang paling kanan adalah Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS), Datuk Zamri Yahya, Pengarah Pengurusan, Datuk Ramli Din dan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), Datuk Razarudin Husain.

"Mereka adalah tiga pengarah paling kanan. Terserah kepada Perdana Menteri.

"Kita telah mencadangkan agar Ayob dinaikkan pangkat mengambil alih jawatan pengarah JSJ. Ramai yang mahu beliau dinaikkan pangkat," katanya pada sidang media terakhirnya pada Jumaat.

Dalam pada itu, Abdul Hamid juga bergurau mengenai ramai yang menyukai cara Ayob menebar roti canai, yang merujuk kepada video yang tular menunjukkan Ketua Polis Johor itu menunjukkan kepakarannya dalam masakan.

Kontrak Abdul Hamid berakhir pada Isnin depan, dengan Acryl Sani akan mengambil alih jawatan sebagai KPN. 


Sumber - The Star
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote LadyCarefree 1-5-2021 03:40 AM
Biarlah mamak pitchay tu bersihkan johor dulu.
Quote rainbowrainz 1-5-2021 03:46 AM
Quote rainbowrainz 1-5-2021 03:47 AM
Ramai dlm polis xnakkk
Quote Babai 1-5-2021 03:48 AM
Kalau Ayob Khan naik terus jadi IGP pun cantik juga.
Quote Babai 1-5-2021 04:12 AM
rainbowrainz replied at 1-5-2021 03:47 AM
Ramai dlm polis xnakkk

Apa yang taknak tu?
Quote msdummy.2018 1-5-2021 04:52 AM
rainbowrainz replied at 1-5-2021 03:47 AM
Ramai dlm polis xnakkk

Kalo ko takat nk ckp ko xblh bgtau lebih2 xpyhlah leave komen rmi polis tak nak..menambah aib jee kat imej pdrm ni....ko ingt komen ko tuh org xleh screen shot hntr kat polis?
Quote haruslah 1-5-2021 06:14 AM
Igt lg masa awal2 DAK kena transfer johor
Netitizen kata konspirasi mcm sengaja tukarkn...like kena aniaya....
Skali....habis negara selatan dan malaysia kena gegar.
Quote CiliPadiSedap 1-5-2021 06:15 AM
yang penting acik kerja kantin bukit aman takde komen. dulu bukan main komen dalam forum
Quote lemak_masin 1-5-2021 09:11 AM
Aku suka Datuk Ayob Khan ni.. bersungguh betul buat kerja .. kalau jadi KPN lagi bagus.. biar polis yang byk main, pemalas,  perasuah semua kene cuci habis2an..
Quote kitty_lynne 1-5-2021 11:16 AM
Mungkin cadangan utk DA jadi pengarah JSJ tu sebagai laluan utk naik ke pangkat lebih tggi yakni sbg bakal KPN?
Nampak ketokohan dan ketegasan dia. Moga Allah permudahkan
Quote supernaturalee 1-5-2021 11:49 AM
kitty_lynne replied at 1-5-2021 11:16 AM
Mungkin cadangan utk DA jadi pengarah JSJ tu sebagai laluan utk naik ke pangkat lebih tggi yakni sbg ...

Kan
But I thought bkn itu ke jwtn dak sblm ke johor



Quote tagas 1-5-2021 01:00 PM
Edited by tagas at 1-5-2021 01:01 PM
Babai replied at 1-5-2021 04:12 AM
Apa yang taknak tu?


Yg tak suka tu konfemla

yg da biasa kaki mkn rasuah

Kena cucuk idong dgn 9 naga

mkn duit haram

perut busung buncit

ahli kelab neraka
Quote iraizz 1-5-2021 02:17 PM
Teringin nak tengok muka anak-anak datuk ayob ni... Berapa orang anak dia agaknyer
Quote kitty_lynne 1-5-2021 02:17 PM
Edited by kitty_lynne at 1-5-2021 06:18 AM
supernaturalee replied at 1-5-2021 03:49 AM
Kan
But I thought bkn itu ke jwtn dak sblm ke johor


Sblum ke johor dia kat SB kan
Quote Sham143 1-5-2021 09:08 PM
Edited by Sham143 at 1-5-2021 09:12 PM

Yang kaki ambik rasuah memang la tak suka dia.. Nak jatuhkan dia lagi adalah..
Quote pu3_rania 1-5-2021 10:39 PM
haruslah replied at 1-5-2021 06:14 AM
Igt lg masa awal2 DAK kena transfer johor
Netitizen kata konspirasi mcm sengaja tukarkn...like kena ...

Yeah kasi clorox dan vacuum segala daki dan kekotoran degil yang lama dah melekat biar jadi bersih & sebersihnya kat selatan nuuun & Malaysia
Quote TuntungReturn 1-5-2021 10:55 PM
kalau cite tamil, polis jujur x disukai oleh ahli politik korup
Quote pyropura 2-5-2021 04:12 AM
Tak tau la apa nasib Yop Khan lepaih Amid bador blah nanti. Buat roti canai balik ka?
Quote Nurza 2-5-2021 03:01 PM
Maybe laluan DA (bakal Director JSJ) akan jadi seperti Musa Hassan dulu sebelum jdi KPN.. MH dulu prnh jgk jadi KPJ.. Semoga DA naik jadi IGP satu hari nanti..

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-11-2024 10:32 PM GMT+8 , Processed in 0.056295 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top