CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Lori SugarBomb Terbalik, Achey Tak Mampu Hulur Duit Bantu Ganti Rugi

3-5-2021 09:15 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 9848| Komen: 25

Pelawak Achey bergegas ke lokasi apabila dimaklumkan sebuah lori yang membawa muatan produk wangian, SugarBomb yang dianggarkan bernilai RM100,000 terbalik di Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) berhampiran susur keluar Damansara menghala ke ibu negara, beberapa hari lalu.




Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang itu, difahamkan lori satu tan bersama pemandu dan kelendan dalam perjalanan dari Bukit Raja, Klang ke Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), sebelum salah satu tayar belakang kenderaan itu meletup.

Bagaimanapun, tiada kecederaan berlaku, sebaliknya ribuan produk berterabur dan pecah atas jalan raya.

Malah, video sekitar kemalangan telah dimuat naik Achey menerusi Instagram sehingga mencetuskan tular apabila ditonton hampir 700,000 kali.



Meninjau ke ruangan komen pada entri terbabit, ramai  mendoakan yang baik-baik dan tidak kurang memuji keprihatinan bintang itu yang turun ke lokasi kemalangan untuk meninjau situasi meski trafik pada ketika itu agak sesak.

Selaku duta kepada SugarBomb, Achey berkata, atas dasar tanggungjawab, dia tidak kisah meninggalkan komitmen lain apabila mengetahui lori yang membawa muatan produk tersebut terlibat nahas.

“Sehari sebelum kemalangan, satu kontena produk SugarBomb terbakar di Sarawak, ia disusuli pula dengan kejadian ini. Syarikat SugarBomb tentulah mengalami kerugian besar, namun hal tersebut juga disifatkan sebagai ujian bulan Ramadan.

“Saya memuat naik video kemalangan bukannya sengaja mahu menarik perhatian, sebaliknya saya memerlukan doa orang ramai. Bagaimanapun, saya tidak menyangka video berkenaan tular.

“Saya sendiri terkejut apabila tiba ke lokasi kemalangan, produk berterabur dan bau harum semerbak atas jalan raya. Tidak dinafikan, banyak produk pecah dan rosak, tetapi masih ada yang boleh diselamatkan,” katanya.



Achey pada masa sama turut menjelaskan, dia tidak mahu sekadar bergelar duta yang hanya menunggu imbuhan setiap bulan. Selagi ada masalah melibatkan jenama itu, dia cuba membantu apa yang termampu.

“Memang saya tak mampu nak hulur duit bantu ganti rugi, tetapi saya percaya, sokongan dan semangat perlu diberikan dalam keadaan ditimpa musibah.

“Saya sanggup menaiki motosikal bersama isteri dan anak bergegas ke lokasi kejadian. Sebab saya tahu, jalan raya pasti sesak apabila lori terbalik. Memang betul tekaan saya, jalan raya sesak dan petugas SugarBomb bertungkus lumus mengutip produk yang berterabur atas jalan raya,” katanya.


Kredit foto: IG Achey

Sementara itu, Pengurus Pemasaran SugarBomb, Mohammad Syafiq Yon Afrizal berkata, lori yang membawa muatan barangan dalam perjalanan ke PWTC untuk menghantar produk wangian badan, penyegar udara dan wangian rumah bagi satu acara yang dijadual berlangsung, keesokannya.

“Kami bersyukur pemandu dan kelendan lori tidak mengalami kecederaan, biarpun sebahagian produk rosak dan bertaburan atas jalan raya.

“Agak malang apabila tayar belakang lori meletup hingga menyebabkan pemandu hilang kawalan, sebelum terbalik di lorong kanan. Acara disertai tetap diteruskan, produk rosak terpaksa digantikan dengan yang lain,” katanya.


Sumber: Media Hiburan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Perawankota 3-5-2021 09:19 AM
Duta je ke? Ingatkan founder...
Quote imransulaiman 3-5-2021 09:24 AM
Founder SugarBomb ni siapa? Duta pula yang beria..
Aku suka wangian SugarBomb ni.. Ofis kami ramai yang jual jadi ejen
Quote nazzse 3-5-2021 09:28 AM
Lori dok lorong kanan..hurmmm

Sugarbomb overpriced.
Beli yg takda brand pun wangi, murah jangan cakap lah
Quote Carcosa 3-5-2021 09:36 AM
Servis lah lori tu leklok. Then bawak ikut lane kiri. Jgn ambil mudah pasal Safety. Dugaan2 jugak, tapi takkan semua nak ambil remeh. Nasib baik perfume kau je berkecai, kalau libatkan kereta orang lain? Fikir2 kanlah wahai Achey
Quote prettyuglybabe 3-5-2021 09:47 AM
tak pernah suka dia ni.. bingit..
Quote beta_carotene 3-5-2021 09:49 AM
kau risau perfume kau je
tak risau ke kot kereta ke motosikal kene hempap

bodoh
Quote slyfynx 3-5-2021 10:48 AM
beta_carotene replied at 3-5-2021 09:49 AM
kau risau perfume kau je
tak risau ke kot kereta ke motosikal kene hempap

Kannnnn.
Aku pun tibe2 tertanya2. Korang mmg nmpk $$$ je kan
Quote queenraveena 3-5-2021 10:52 AM
Mujur takde sapa yang cedera
Quote kucingitam 3-5-2021 11:16 AM
imransulaiman replied at 3-5-2021 09:24 AM
Founder SugarBomb ni siapa? Duta pula yang beria..
Aku suka wangian SugarBomb ni.. Ofis kami ramai  ...

sama la duta yang beriya tgk site utk buka outlet ritu..
Quote jijilaaa 3-5-2021 11:32 AM
nazzse replied at 3-5-2021 09:28 AM
Lori dok lorong kanan..hurmmm

Sugarbomb overpriced.

skang ada promo, rm 50 dapat 5 botol yang 10ml tu..meols beli jugak. support bisness member2. not bad la bau dia. tahan lama
Quote nazzse 3-5-2021 11:42 AM
jijilaaa replied at 3-5-2021 03:32 AM
skang ada promo, rm 50 dapat 5 botol yang 10ml tu..meols beli jugak. support bisness member2. not  ...

Rm50 iols boleh dapat 15 botol sis. Isi sama,bau sama cuma packaging kotak tunje takda..hehe
Quote aireen24 3-5-2021 11:46 AM
ooo ni yang menyebabkan jem ritu kattgh2 jalan last week. aku dah keluar awal dah, tgk2 jem. rupanya sbb lori ni..
Quote lizaluvliz 3-5-2021 11:53 AM
aireen24 replied at 3-5-2021 11:46 AM
ooo ni yang menyebabkan jem ritu kattgh2 jalan last week. aku dah keluar awal dah, tgk2 jem. rupanya ...

kan..lori ni yg buat ku hampir menyumpah balik kerja ritu..yelah..lane kanan kot..warning kt signboard NKVE dok ckp kemalangan di lane kiri dan tgh...


Quote tompie 3-5-2021 11:57 AM
nazzse replied at 3-5-2021 11:42 AM
Rm50 iols boleh dapat 15 botol sis. Isi sama,bau sama cuma packaging kotak tunje takda..hehe

mana nak cari ni?Akupun mcm perasan semenjak 2 menjak ni byk yang kuar.
Tapi sebab mcm murah, akupun tak tau okay ke tak bau dia, tahan ke.

Mostly nampak yg bukan alcohol based, so mcm ala2 minyak atar ah kot
kalau tengok review kat shopee rata2 kata bagus.

Tapi kalau RM50 15 botol mcm melampau sngat. 10ml ke?

Share la barang baik
Quote Orix 3-5-2021 12:15 PM
tompie replied at 3-5-2021 11:57 AM
mana nak cari ni?Akupun mcm perasan semenjak 2 menjak ni byk yang kuar.
Tapi sebab mcm murah, aku ...

dekat mydin melambak. beli yg sekotak ada 5 botol tu baru rm12 bersamaan 50ml...
Quote ezacbee 3-5-2021 12:23 PM
nazzse replied at 3-5-2021 11:42 AM
Rm50 iols boleh dapat 15 botol sis. Isi sama,bau sama cuma packaging kotak tunje takda..hehe

Beli kat mana?
Quote Cece1234 3-5-2021 01:39 PM
I confuse sugarbomb ni ngan satu lg apa nama ntah yg krim tetek tu..
Quote bottombikini 3-5-2021 01:58 PM
perfume apa pulak ni

bombshell aku tau lah
Quote imransulaiman 3-5-2021 02:27 PM
kucingitam replied at 3-5-2021 11:16 AM
sama la duta yang beriya tgk site utk buka outlet ritu..

Duta mana tu?

Lihat semua komen(25)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-11-2024 12:44 PM GMT+8 , Processed in 0.044642 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top