CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bayi Kelaparan Ditemui Di Sisi Mayat Ibu Yang Sudah 2 Hari Meninggal Dunia

3-5-2021 10:54 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3840| Komen: 14

Dalam satu kejadian tragis, seorang bayi ditemui merengek kelaparan disisi jenazah ibunya yang sudah dua hari meninggal dunia.

Difahamkan, tiada siapa mendekati kediaman itu memandangkan jangkitan Covid-19 sedang memuncak di negara India.


Bayi berusia 18 bulan itu ditemui pada Isnin lalu, yang mana ibunya dipercayai sudah meninggal dunia sejak Sabtu.

Gambar Hiasan

Ia bermakna bayi itu sudah dua hari tidak diberi sebarang makanan dan minuman.

Ketika ditemui, bayi itu terus diberi susu oleh jiran dan anggota polis.

Bayi itu kini berada dalam keadaan sihat dan telah dibawa untuk pemeriksaan doktor. -CARI


Sumber: mStar/ India Times.

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Skuau 3-5-2021 11:01 AM
cam citer PIHU kat netflix...nasib baik dia boleh hidup....
Quote najib888 3-5-2021 11:10 AM
Kesiannya... tak tau la future India ni macam mana..

Aku teringat beberapa ustaz punya pertanyaaan/persoalan pada tahun lepas. Yang secara tak langsung, seolah-olah nak mengatakan yg covid ni betui ka? atau dakyah kerajaan. Sebabnya, kata depa, masa mula2 covid ni spread, bnyk je video pasal orang mati menggelupur kat sana sini.. Sampai ke satu tahap, dah takde pun video macam tu.. permainan media.. katanyalah.. Kat Malaysia ramai je kena covid, tapi takde pun yg menggelupur macam tu.. soalan2 ustaz ni sebijik macam blastoff punya post kat forum ni..

Jadi, depa melontarkan persoalan.. Perlu ka nak percaya covid ni..

Nah.. sekarang silalah tengok sendiri betapa huru haranya di India bila masing2 berebut2 nak dapatkan oksigen.

Sebenarnya aku malas nak melayan geng2 indenial ni.. tak kena ke ahli keluarga, boleh la gebang SOP2 semua ni mengarut.. tak payah ikut.. pastu suruh ikut perangai setinggan Filipina..  dok tempat bergelumang dengan kekotoran tapi tak kena covid katanya.. ignorance bastard.
Quote emera 3-5-2021 11:15 AM
najib888 replied at 3-5-2021 11:10 AM
Kesiannya... tak tau la future India ni macam mana..

Aku teringat beberapa ustaz punya pertanyaaa ...

Kat us pun ramai jugak manusia yg indenial. Dah kena covid, baru padan muka siap ngaku benda ni betul. Baru menyesal.
Quote naina 3-5-2021 11:24 AM
najib888 replied at 3-5-2021 11:10 AM
Kesiannya... tak tau la future India ni macam mana..

Aku teringat beberapa ustaz punya pertanyaaa ...

Aha yg menggelupur tu kes apa ha? Menipu jekan
Quote bakingsoda 3-5-2021 11:27 AM
dorang nak tgk malaysia jd cam india berebut ventilaor dulu pastu ujung2 salah dajjal pasaipa tak produce ventilator bebanyak, saje je kan suruh umat pupus cepat. sendiri tak nak jaga sop utk elak berjangkit pon salah orang lain. sendiri ingkar sop kena kompaun tiber salah lopak. cakap je la nak ada privilege mcm kayangan utk di abuse, 2 x 5 jah!
Quote tipah89 3-5-2021 12:01 PM
takut tengok keadaan kat india. dulu sapa ntah ckp org kt india kebal covid sbb mkn kari or kunyit etc2..last2..
Quote najib888 3-5-2021 12:02 PM
naina replied at 3-5-2021 11:24 AM
Aha yg menggelupur tu kes apa ha? Menipu jekan

takde menipunye.. boleh tengok video kat India tu.. most of them yg menggelupur tu akibat kesukaran bernafas, once dah severe/nak abis nyawa.. refleks tubuh..

sedangkan dengan aliran oksigen 8-10 LPM pun tak mampu meredakan kesukaran untuk bernafas, inikan pula nak self breathing with covid infection.
Quote Decaffeinated 3-5-2021 12:07 PM
apa punya kualiti berita lah... tahap sembang acik kepam ja

nama tempat pun takde. ko ingat India tu kecik baik cakap somewhere in the world

Quote najib888 3-5-2021 12:19 PM
emera replied at 3-5-2021 11:15 AM
Kat us pun ramai jugak manusia yg indenial. Dah kena covid, baru padan muka siap ngaku benda ni be ...

Tu la.. macam si blasphoofmy ka apa nama tu.. tgk tulisan dia, seolah2 macam dia nak mengatakan Covid ni karut.. takde yg mati sebab covid pun.. sebab yg mati semuanya pesakit yg dah ada chronic illness.. mati sebab penyakit kronik bukan sebab covid..

Kalau guna logik dia, umpama orang yang mati kemalangan, dikatakan bukan mati sebab kemalangan, tapi mati disebabkan kehilangan darah yang banyak.


Selepas tulisan dia yg seolah2 menggambarkan covid ni hanyalah ciptaan media/a.k.a. ilusi, ada ketikanya dia macam nak katakan covid ni ada, tapi tak de la bahaya manapun.. cumanya kerajaan menerusi KKM Iluminati telah mencipta SOP yg karut..

#copypaste

SEBENARNYA ORANG MALAYSIA NIE BANYAK YANG BODOH. Tak semua tapi kau terasa kau la bodoh

PKP Semula - Marah Maki kata Kerajaan Zalim
Laksana PKPB - Marah Tak Cukup Berkesan

Perketatkan SOP - Marah Susah Sangat
Longgarkan SOP - Marah Tak Puas Hati

Tak boleh rentas negeri dan daerah - Marah
Bagi rentas negeri dan daerah - Marah

Buka Sesi Persekolahan - Marah bahaya
Tutup Sesi Persekolah - Marah susah belajar

Tutup kilang dan pembinaan - Marah Sekat Rezeki pekerja
Buka kilang dan pembinaan - Maki hamun punca kluster

14 hari Kuarantin - Marah sbb lama sgt susah nak cari makan
10 hari Kuarantin - Tak cukup masa boleh sebar kes

Kuarantin di Hotel - Marah sebab Mahal kena byr
Kuarantin di Hostel Kerajaan - Marah sebab tak selesa/ rasa dianaktiri oleh kerajaan sendiri

Bagi keluarkan KWSP akaun 2 - Marah tu duit sendiri kenapa kerajaan tak bg bantuan
Tak bagi keluarkan KWSP akaun 1 - Marah lagi sbb tu duit sendiri kenapa nak sekat

Bagi BPN 2021 - Marah sbb hanya bersasar utk b40/m40
Tak bagi BPN 2021 - Mengamuk sebab rakyat terjejas

Cucuk Vaksin - Marah kata tu agenda yahudi
Vaksin lambat sampai - Maki kerajaan lembab bagai

PM Cucuk Vaksin Dulu - Kenapa Ambik Slot Vaksin Kami? Kenapa Tak Bagi Frontliners Dulu?
PM Tak Cucuk Vaksin Dulu - Kenapa PM Takut Vaksin? Jangan jadikan kami tikus makmal.

Ludah marah, jilat pun marah
Korang jelah betul semua

#copypaste
#truestory


Quote Simunggu 3-5-2021 12:22 PM
tulah mass gathering di sungai ganga lagi...
Quote sarah82 3-5-2021 12:23 PM
najib888 replied at 3-5-2021 11:10 AM
Kesiannya... tak tau la future India ni macam mana..

Aku teringat beberapa ustaz punya pertanyaaa ...

Lantakkan depa la.. Yg penting kita follow SOP.. Aku nak tanya.. Bazar stadium depa tutup ka?
Quote felinecat 3-5-2021 12:25 PM
tipah89 replied at 3-5-2021 12:01 PM
takut tengok keadaan kat india. dulu sapa ntah ckp org kt india kebal covid sbb mkn kari or kunyit e ...

ade yg minum kencing lembu katenye
Quote puteribaya 3-5-2021 12:45 PM
tipah89 replied at 3-5-2021 12:01 PM
takut tengok keadaan kat india. dulu sapa ntah ckp org kt india kebal covid sbb mkn kari or kunyit e ...

ya..org India sendiri pun bangga..esp kat Mesia..kata covid kurang kena pada mereka,,katanya di India minum kencing lembu..ye ke
Quote arm_band 3-5-2021 01:44 PM
najib888 replied at 3-5-2021 11:10 AM
Kesiannya... tak tau la future India ni macam mana..

Aku teringat beberapa ustaz punya pertanyaaa ...

laporan kes kematian yang ditulis sebagai 'jenazah dibawa ke hospital sekian sekian' tu ada kot, tapi family mana je yang nak bukak cerita kan...

lagipun management kkm bagus, kat sini belum sempat apa2 dah jadi PUI, sampai 3 categories pula tu, so of course laaa takde yang menggelupur tengah jalan sebab semua tengah gabra kat umah tunggu ambulance angkut

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-11-2024 03:27 PM GMT+8 , Processed in 0.044778 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top