CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Cuba Panjat Masuk Rumah Teman Wanita, Lelaki Mati Terjatuh Tingkat 23

3-5-2021 11:07 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5023| Komen: 31

PENAMPANG: Seorang lelaki yang dipercayai cuba memanjat masuk ke rumah teman wanitanya melalui tingkap dapur maut selepas terjatuh dari tingkat 23 sebuah kondominium di Jalan Bundusan, di sini, malam tadi.


Mayat mangsa yang berusia 27 tahun ditemui kira-kira jam 7 malam oleh orang awam dalam keadaan tertiarap dan berlumuran darah di bahagian bawah kondominium terbabit.

Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Superintendan Mohd Haris Ibrahim berkata, sepasukan anggota dihantar ke lokasi kejadian untuk pemeriksaan lanjut sebaik pihaknya menerima laporan.

Gambar Hiasan


"Anggota telah menemui mangsa dalam keadaan tertiarap di tingkat bawah kondominium itu dan dia didapati sudah meninggal dunia.


"Siasatan awal polis mendapati, lelaki terbabit dipercayai terjatuh dari tingkat 23 kondominium berkenaan ketika cuba memanjat untuk masuk ke rumah sewa teman wanitanya melalui tingkap di bahagian dapur," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Mohd Haris berkata, mayat lelaki itu dihantar ke Unit Forensik Hospital Queen Elizabeth (HQE) untuk bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. -CARI

Sumber: Awani


Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Carcosa 3-5-2021 11:11 AM
Bukan kaleng2 cinta mamat ni aihhh.
Tingkat 23 tu nak oiiiii. Aku kalau tingkat 3 pun, idok ler nak panjat memanjat. Kau dah kenapo?
Quote ezacbee 3-5-2021 11:12 AM
Gayat ooo..
Quote AbukRokok 3-5-2021 11:47 AM
air naik kapala
jatuh
kepla picah
air tumpah
Quote najib888 3-5-2021 11:50 AM
Semalam kat Penang.. Umo 26..
Kali ni kat Sabah.. Umo 27..
jatuh tingkat 23

2627, 2723,7262.. mbox
Quote sue_liah 3-5-2021 11:53 AM
ko ingat ko spiderman ke ..sia2 je mati

kalau ko panjat sbb niat tk baik cash terus
Quote shernazz 3-5-2021 11:57 AM
Bundus btol
Aduhai...
Quote Decaffeinated 3-5-2021 12:02 PM
buka ja lah pintu

motif ikut tingkap?

Quote Babai 3-5-2021 12:14 PM
Buat kerja bodoh.
Quote Simunggu 3-5-2021 12:20 PM
menyesal dalam kubur...lama tunggu dunia mau kiamat..
Quote sarah82 3-5-2021 12:22 PM
Aku tingkat 2 pun dah pening.
Quote Artemesiaa 3-5-2021 12:23 PM
Sendiri yang cari bala dah tahu merbahaya gigih nak cuba juga
Quote queenraveena 3-5-2021 12:36 PM
Kenapa nak kena ikut tingkap..pintu takde ke?
Quote queenraveena 3-5-2021 12:37 PM
kenapa la masuk ikut tingkap
Quote underground 3-5-2021 12:43 PM
Simunggu replied at 3-5-2021 12:20 PM
menyesal dalam kubur...lama tunggu dunia mau kiamat..

kat mahsyar lagi tersiksa...
Quote uori 3-5-2021 12:47 PM
Curik2 masuk ke apa?
Quote dewi_rina 3-5-2021 12:54 PM
Awek merajuk ke macam mana?
Quote lavendernovella 3-5-2021 02:06 PM
Entah2 kena tolak, tak pun sakit mental , atau mungkin cinta mati.
Quote sukacactus 3-5-2021 03:05 PM
Takde kunci ke
Kalau dok skali, buat la kunci spare, berapa sen la sgt
Kalau gaduh gf xkasi masuk, ko mmg cari nahas la
Tingkat 23 tu
Quote Shanan 3-5-2021 03:10 PM
Aduhaiii....

Lihat semua komen(31)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-11-2024 03:49 PM GMT+8 , Processed in 0.044688 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top