CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Kilafairy Simpan Rahsia Punca Dirinya Bertudung

3-5-2021 12:31 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 8658| Komen: 33

"Ya Allah hadirkan aku rasa ketakutan untuk pakai tudung. Tunjukkan kepadaku. Alhamdulillah, saya kini sudah berhijab," kata pelakon dan penyanyi Kilafairy mengenai doa yang sering dititipkannya ketika meminta petunjuk untuk berhijab tahun lalu. 


Kilafairy, 29, atau mesra disapa Kila berkata, buat masa ini dia belum bersedia untuk berkongsi detik perasaan yang menjentik hatinya untuk memakai tudung. 


Foto: IG

"Saya belum bersedia untuk berkongsi, bagaimana saya boleh tiba-tiba nak berhijab. Saya nak simpan rahsia ini untuk diri sendiri dulu. 

"Lagipun papa pesan jangan kongsikan kepada sesiapa, sebab ini adalah hadiah yang Tuhan berikan kepada saya. 


"Cuma apa yang boleh saya kongsikan, saya dah lama nak bertudung. Tapi banyak anasir jahat dan cuba takut-takutkan saya apabila nak berhijab. Disebabkan itu, saya tangguhkan hasrat ini untuk beberapa tahun," katanya. 




Menurut Kila, dia bagaimanapun bersyukur tidak berdepan sebarang kesulitan selepas mengambil keputusan untuk berhijab sepenuhnya tahun lalu. 

"Bila dah sampai waktu untuk berhijab, saya tidak berdepan sebarang kesukaran. Malah, rakan-rakan selebriti pun ramai yang hantar mesej peribadi kepada saya mengenai penghijrahan ini. 


"Sebenarnya ramai selebriti yang masih belum berhijab teringin nak bertudung, tapi masa mereka belum tiba. Apa yang mampu saya katakan, jangan putus berdoa jika inginkan perubahan dalam hidup," katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 3-5-2021 12:36 PM
Nak gosip apa ni??????
Quote cicicumel 3-5-2021 12:54 PM
tunang dia sgt elok..tu je komen i
Quote Brunes 3-5-2021 01:38 PM
you pretty
Quote crossline 3-5-2021 01:40 PM
Tapi your bestie tu tak tutup aurat la puleks (lutut terdedah)
Quote prizadane 3-5-2021 01:40 PM
Dia cantik bertudung, compared to free hair. Baju pun nampak labuh dan longgar.. InsyaAllah semoga istiqamah hendaknya
Quote MoonRise 3-5-2021 02:03 PM
Cantiknya dia.
Moga istiqamah
Quote jerukkedondong 3-5-2021 02:16 PM
Ko mmg tersangat cantik bila bertudung Kila..seksi dulu nampak murahan..
Moga istiqomah ke jalanNya hingga akhir hayat...
Ye...tak perlu bgtau satu dunia knp berhijab.
Konon kepala melekat di sejadah lah..
Mimpi tidur kena belit sawa lah..nonsense dik...
Semoga berjumpa jodoh yg baik ye
Quote umbut 3-5-2021 02:29 PM
prizadane replied at 3-5-2021 01:40 PM
Dia cantik bertudung, compared to free hair. Baju pun nampak labuh dan longgar.. InsyaAllah semoga i ...

X cam zulin terdampar. Pki baju putih melekap tudung ikat leher baju tight in seluar jeans nak menunjukkk kekurusan badan

Done kecam
Quote Boomibulat 3-5-2021 03:36 PM
crossline replied at 3-5-2021 01:40 PM
Tapi your bestie tu tak tutup aurat la puleks (lutut terdedah)

Mazhab lain kut..
Quote cikperiukkera 3-5-2021 03:42 PM
Cantik jer kila bertudung...baru nampak darah paki sblh ayah sheols...pakai tudung pun x mengarut& baju longgar2... keep it up girl! & jgn menonggang agama mcm bff yg baru kawen tu yachhh
Quote makadek 3-5-2021 03:54 PM
Jngan pakai nikab ok
Quote Carlalisk 3-5-2021 04:02 PM
I suka dia sejak btudung. Nampak lebih sopan n lembut sgt
Quote BabyOnEarth 3-5-2021 04:55 PM
Alhamdulillah. Betul setuju sheols nmpk lebih classy bila bertudung.
xnmpk dh murahan pakai baru tersembul atas bawah belakang
Quote kakakgarang 3-5-2021 06:06 PM
bagus dia ni..walaupun dulu contolbesi menyekse.. skrg da berubah.. tak lama lagi naik la tu pelamin.. moga hok laki bole la bendung sheolls
Quote youell 3-5-2021 06:22 PM
Dulu xbaper kenan dia Ni. Tp bila dia slowly berubah, pakai longgar2..kendian baru bertudung..bagus Cara dia..harap istiqomah
Quote kucim 3-5-2021 07:03 PM
So so so??????
Dah hilang keseksian mu skrg compare to before..hihiii
Quote kucim 3-5-2021 07:06 PM
So so so??????
Dahhh dahhh tak perlu nak cerita murahan tonggang agama....diam2 dah baru ikhlasss

Kepala melekat sejadah
Rambut kena ikat dlm api
Kena belit ular tedong patuk di pepet
Kena himpit dlm kuboor

Ini semua cerita majalah mestikaaa utk kekal larisss
Quote beatgirlX 3-5-2021 08:04 PM
Semoga istiqomah...tu je sb skg ramai yg iman senipis tisu
Quote jfq 3-5-2021 10:19 PM
Nmpk semenggahla

Lihat semua komen(33)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-11-2024 04:05 PM GMT+8 , Processed in 0.063866 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top