CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Rentas negeri: Semua pihak sama di sisi undang-undang

3-5-2021 05:00 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 5975| Komen: 50



Kuala Lumpur: Isu rentas negeri dalam kalangan golongan kenamaan, selebriti dan 'instafamous' baru-baru ini mencetuskan perbualan hangat dan perbalahan antara netizen di media sosial.

Ia berlaku susulan tular gambar dan video yang menunjukkan mereka berada di luar negeri ketika larangan rentas negeri sedang dikuatkuasakan oleh kerajaan.

Apa yang mengundang kemarahan adalah pihak berkuasa dikatakan berat sebelah dalam mengambil tindakan undang-undang.

Aktivis masyarakat Azman Kang Abdullah berkata, tidak boleh ada 'double standard' dalam usaha membendung penularan Covid-19 yang sedang meningkat di negara ini.

Menurutnya, kerajaan mahupun pihak berkuasa harus tegas dalam melaksanakan undang-undang terutama isu rentas negeri yang menimbulkan pelbagai persepsi masyarakat.


"Semua pihak tidak kira sama ada pemimpin politik, golongan kenamaan atau rakyat biasa adalah sama di sisi undang-undang.

"Kalau nak laksanakan (larangan rentas negeri), sepatutnya sama rata jangan ada VIP yang boleh dan rakyat biasa tak boleh.

"Tambah pula jika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 dilaksanakan, biarlah saksama jangan ada orang yang balik kampung beraya sementara yang lain tak boleh," katanya ketika dihubungi Harian Metro hari ini.

Azman yang juga Presiden Pertubuhan Gerakan Transformasi Pengguna Malaysia (GTPM) menggesa kerajaan meneliti isu itu dan menanganinya segera sebelum ia memudaratkan lagi keadaan.

Beliau berkata, kedaulatan undang-undang mesti dilindungi supaya tidak disalah guna sehingga keadilan tidak dapat dilakukan.

"Hari ini, kita hidup dalam negara aman damai. Jadi kita tidak mahu ada isu yang mencetuskan kemarahan rakyat kepada polis dan kerajaan disebabkan ketidakadilan," katanya.


Sumber : Harian Metro 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lavendernovella 3-5-2021 05:02 PM
Berdasarkan kes2 lepas, percayakah anda?
Quote iman_kasih 3-5-2021 05:05 PM
lavendernovella replied at 3-5-2021 05:02 PM
Berdasarkan kes2 lepas, percayakah anda?

Tidak sama sekali..kuikuikui
Quote kucingitam 3-5-2021 05:06 PM
sembang.....
Quote mikasa 3-5-2021 05:09 PM
Sila pilih jawapan anda

A  KFC
B  NFC
C  NFA
D  UFA
Quote Kurex 3-5-2021 05:17 PM
Sembang je kau
Quote Boomibulat 3-5-2021 05:37 PM
Mcm pnh ku dgr ayat ni..tp dimana ya..?
Quote msdummy.2018 3-5-2021 05:38 PM
Ya ker sama di sisi? Berlmbk pak menteri yg xkena saman lagi walau terang2 langgar sop
Quote Skuau 3-5-2021 05:39 PM
sama pada jantinanya
Quote Carcosa 3-5-2021 05:40 PM
Lembu Jantan Tahi.




Sila direct translate.
Quote mamarock 3-5-2021 05:41 PM
Tolonglah laksanakannya dengan adil dan saksama.

Kepimpinan melalui teladan.
Quote lavendernovella 3-5-2021 05:49 PM
iman_kasih replied at 3-5-2021 05:05 PM
Tidak sama sekali..kuikuikui

60 ribu markah diberikan. Tahniah.
Quote Mulotkoyak 3-5-2021 06:13 PM
Rakyat dah banned Menteri skg,  Ahli Politik yg lain, Artis malahan ulama yg pergi ke majlis tahnik artis. Semua ini banggang dan mohon diorg mati beramai-ramai dipijak unta padang pasir. Dasar ckp xserupa bikin. Asyik2 bukak lertas siasatan. Walhal dah ada bukti dlm gambar di instagram. Rakyat semua dah muak tgk perangai lahanat diorg.
Quote CaqJora 3-5-2021 07:05 PM
Poodddaahh... Pentipu.. Selebriti buat x pe, rakyat marhaen je x blh. Contoh: NeeSangkakPerhatianLofa... Puuuiii
Quote orion_pax 3-5-2021 07:11 PM
Barbiturat…..
Quote ChildrenOfBodom 3-5-2021 07:14 PM
Mungkin sebab neelofag burit masam ni negeri kelate ditimpa bencana covid yg teruk la ni?
Quote nazurah 3-5-2021 07:17 PM
Kat IG i ternampak kerabat melintas 4 negeri untuk sampai ke suatu tempat, anak beranak. Pastu siap update IG berbuka puasa di kediaman tuuuut. Walhal sultan negeri itu baru sahaja menasihati rakyatnya.

Urusan apakah yang menghalalkan kerabat itu merentas negeri?
Quote notM 3-5-2021 07:55 PM
Katenye........sembang bergegar
Quote kakikuDibibirmu 3-5-2021 07:56 PM
Quote Firenzza 3-5-2021 07:57 PM
Baca boleh percaya idok le....

Lihat semua komen(50)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-11-2024 01:43 PM GMT+8 , Processed in 0.434148 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top