Perkongsian Aktivis kebajikan, Nurul Ima Rahman mengenai sebuah keluar besar yang disantuninya baru-baru ini meruntun hati pelbagai pihak. Rata-rata yang membaca perkongsian tersebut meluahkan rasa terkejut. Mana tidaknya, bilangan anak-anak sahaja sudah mencapai 28 orang, hasil dari perkahwinan bapa mereka bersama empat orang isteri. Khabarnya, keluarga berkenaan terpaksa menyewa dua buah rumah bagi menempatkan keseluruhan ahli keluarganya dan sewa rumah pula ditanggung oleh pihak zakat. Dua buah rumah itu hanya mempunyai empat bilik yang setiapnya setiap satunya menempatkan isteri pertama, kedua, ketiga dan keempat.
Menjelang sebelah malam, anak-anak perempuan katanya disuruh tidur dalam balik, manakala anak-anak lelaki tidur berselerakan dalam rumah asalkan masih di bawah bumbung. Lebih menyedihkan, anak sulung keluarga itu dikatakan telah melarikan diri sehingga tidak dapat dikesan. Menceritakan kembali detik-detik kunjungan Nurul Ima dan pasukannya pada jam 12 tengah ke rumah tersebut, Nurul Ima turut berkongsi perbualan dengan ketua keluarga besar ini. Perkara yang utama dibincangkan ialah mengenai persekolahan anak-anak keluarga ini. Namun si bapa menjawab, "Belum, takpelah ingat nanti nak masukkan ke tahfiz je semua". "Oh baguslah," kata Ima sambil menunjukkan telefon bimbitnya akan gambar sebuah sekolah tahfiz di Klang, milik sepupunya. "Tahfiz ini milik sepupu saya, kalau kami aturkan anak-anak masuk ke sini boleh tak?" soal Ima. "Tak nak! Anak-anak saya semua hanya akan masuk ke Pondok Pasir Tumboh, di Kelantan. Pondok terbaik di Malaysia," pantas ayahnya menjawab. Jawapan si bapa membuatkan Ima terpana seketika dan berkata, "Kelantan? Jauh tu, ada sesiapa kenal ke kat tahfiz tu?" "Takde, tetapi tu sekolah pondok yang terbaik di Malaysia. Dah lahirkan ramai orang-orang hebat. Sekolah tahfiz lain saya tak nak. Nanti anak-anak saya semua akan sambung belajar di Cairo," katanya. Ima turut bertanya mengenai persiapan dan juga persediaannya, tetapi si bapa menyerahkan tanggungjawab itu kepada isterinya. "Nantilah, tunggu isteri saya uruskan sekolah kerajaan," katanya lagi. Menurut Ima, sekiranya anak-anak keluarga ini ditempatkan di madrasah, sudah tentu makan minum mereka lebih terjaga, soal ibadahnya sempurna dan ada tempat tidur yang selesa. Namun, hasrat untuk membantu itu terpaksa dipendamkan kerana kengganan si bapa untuk menerima bantuan seumpamanya. Tinjauan mendapati, hantaran asal mengenai keluarga ini telah diturunkan untuk menjaga hati pelbagai pihak. Loading FB Post... Benar kemiskinan harta boleh menjadi rintangan untuk meneruskan kehidupan. Tetapi ia tidak menjadi penghalang untuk seseorang individu bangkit membina kehidupan lebih baik. Poligami juga tak salah cuma jika jatuh ke tangan yang salah, musibah akan berlaku dan anak isteri yang menjadi mangsa. Semoga ada sinar untuk keluarga ini. -CARI |
arareez replied at 4-5-2021 10:14 AM
Sewa rumah zakat tanggung pun boleh ada 4 bini?
ADVERTISEMENT